Rumah lagi!!
Pukul 6.57 petang, hari Rabu lepas, saya berlari-lari (naik lift..) ke Aras 6, blok ni di kawasan Red Bricks ni. Nak ambil gambar pemandangan dari situ. Ingat nak letak dalam blog macam encik knizam buat, tapi saya sedar, bangunan ni rendah saja, setakat aras 7 saja. Dengan aras paling tinggi di aras 7 yang seakan2 terlarang untuk dilepaki saja-saja, saya pun travel setakat aras 6 sahaja. View yang saya dapat tu biasa-biasa saja. Tapi saya rasa menarik jugak lah.
Hari 1 Muharram, saya dan Nolee ada appointment dengan seorang agen rumah. Pirate juga telah menolong kami dengan mencarikan rumah. Okay ni details sikit-sikit pasal rumah yang saya dan Nolee jenguk semalam.
Rumah I
3 bilik, 2 bilik air, 1 tingkat
Sewa RM450.00Rumah II
5 bilik, 3 bilik air, 2 tingkat.
Sewa RM500.00
Selepas berkira-kira dan berbincang dengan Nolee dan dipengaruhi oleh Pirate sikit, dan tidak lupa Uncle bakal jiran kami, kami pun setuju untuk konfirm saja rumah II itu. Lagi pun, saya kurang gemar sedikit dengan cara agen rumah I yang agak kerek seolah-seolah ramai lagi orang berminat nak rumah tu. Ucapan beliau,
“kenapa mau konfirm hari rabu atau selasa, I cannot promise u, ada ramai orang mau rumah ini. good condition, ada kipas angin kat master bedroom, bilik besar…bla bla blah….”
Selepas habis hal rumah saya, abang saya yang seorang ini ingin mengajak kami (saya, Nolee dan Zul) berjalan-jalan ke Giant, nak beli ironboard katanya sebab masa breakfast, tengok kat iklan dalam paper, ironboard kat Giant cuma RM9.98 sahaja…Saya pun ikut saja, saya tak ada program apa-apa pun. Semalam telah didedikasikan untuk tengok rumah sahaja. Alhamdulillah, Insya Allah rumah II akan ditakdirkan untuk kami.
Doakan ek!
Have a nice day!
Saya sebenarnya baru saja transfer gambar raya haji hari tu. Terlebih sibuk hujung tahun hari tu.




best nye jalan..
haha…
(nk gelak bleh x?)
نورنانا
Januari 11, 2008 at 11:29 am
heyh kak nana! entri belum siap akak dah komen!
gelak lah…gelak..
aishah
Januari 11, 2008 at 11:54 am
eh lom siap ke?
haha…efektif sungguh saya ni…
نورنانا
Januari 11, 2008 at 12:02 pm
wooo lawa gak la view kat sana yer. boleh naik sampai ke bumbung ke eh?
KNizam
Januari 11, 2008 at 12:03 pm
akak tgk entri ko ni byk terpengaruh dgn unsur2 luar..
hahaha..
adehh…nak gelak lagik…
نورنانا
Januari 11, 2008 at 12:07 pm
en, knizam, ini baru di aras 6. bumbung, tak tau lah. aras 7 pejabat minister bro!
kak nana…gelak lah…takpe..echah tak marah…
aishah
Januari 11, 2008 at 12:10 pm
cutenya adikmu bernama naim tu..siap dah pakai cincin lagi tu..dah ada calon ke??hehheee
mamawafiy
Januari 11, 2008 at 12:28 pm
Ahahahah, nak jual umah pun kerek sehhh… Eh, Raya Haji punya cerita tak abes lagi?
Azhar Ahmad
Januari 11, 2008 at 2:22 pm
chah..
tak sengaja nak gelak bila baca entri ni..
hehe…
sori…
(tapi akak tau kenapa akak nk gelak..)
err..bleh tak lenkali amik pic matahari terbenam dr opis ecah? nak tengok camne..
نورنانا
Januari 11, 2008 at 3:01 pm
en.azhar, biasalah..bisnes maa…
kak nana…takpe…echah tak kisah…
aiyoo…kena stayback la cgini nak amik gambar sunset..
aishah
Januari 11, 2008 at 3:44 pm
murahnya sewa rumah ke-2 tu…. penang rumah mahal laa.. dah la tinggi2… saya dah la gayat…
buzzybug
Januari 11, 2008 at 3:48 pm
gambar atas tu lawa…
tapi kalau bole lebihkan bahagian matahari tu mesti lagi cun.
fadh
Januari 11, 2008 at 5:40 pm
niza, owh rumah kat penang mahal ek sewa dia? ingat kat putrajaya ni dah mahal dah…
amboi fadh, ala-ala pengarah fotografi gittew ahah..
aishah
Januari 14, 2008 at 10:39 am
chah…
bila nk dtg ampang??
نورنانا
Januari 14, 2008 at 11:44 am
kot kerek sangat takyah layan.. mcm laaa dia sorang je nak sewakan umah..
medcham
Januari 14, 2008 at 2:00 pm
datang ampang ke kak nana? best jugak tew…
tengok la wiken ni kalo takdo benda urgent kita jumpe..
aishah
Januari 14, 2008 at 3:21 pm
saje wat ilang boring… [line tenet kt opis aku kaco gile arinih, ces2]
anakkawi
Januari 14, 2008 at 4:31 pm
ok ecah..kol aje…
emm…ecah…tu koleksi keta mainan ko ke?
yg first tu cam juju…haha,,.
نورنانا
Januari 14, 2008 at 5:02 pm
anakkawi..jemputlah singgah, sekadar nak buat melayan post2 ringan nih…
kak nana..tu koleksi kete adik echah si baby naim tu. heheh.
aishah
Januari 14, 2008 at 5:14 pm
ha, klo xjempot pon mmg ku tumpang melalu r… [muka xmalu, haha
]
anakkawi
Januari 15, 2008 at 12:06 am
[...] bawah.. sungguh comel Juju dari pandangan atas.. Hahaha.. teringat pemandangan dari opis KNizam dan Ecah.. (korang best la…leh nampak banyak benda..sebab korang kat tingkat tinggi-tinggi.. Aku kat [...]
‘Tag Virus!?’ « (”,)
Januari 18, 2008 at 11:08 am
[...] cuti. Plan nak buat major packing. Hampir 70% barang saya dipacking pada hari itu. Saya kan nak pindah rumah…Petang Jumaat tu, saya dan Nolee dah mendapat kunci rumah. Petang tu jugak Pirate dan Nolee [...]
Jumaat, Sabtu dan Ahad… « that was me writing
Januari 28, 2008 at 8:50 am