that was me writing

“maybe redemption has a story to tell, maybe forgiveness is right where you fell’

Archive for April 21st, 2008

cRAZY tRIP III

with 31 comments

Huargh! Just came back to work again after a week away from the office environment. What do you expect. Rasa cam semua orang tak nak kawan dengan saya sebab saya lesap dari opis lama giler. Gi kuantan then gi penang pulak! Jeles la tu! Hehe. :lol:

Oh Penang! I called it a mysterious break. Why? because I’d never thought of it, (of going there last week) it just crossed my mind, that, maybe I should go to Penang. I was glad I went there because of course I’ve had so much fun with buzzybug. Hehe. Thanks so much to niza.

I boarded on the late afternoon bus from pudu and reached sg.nibong bus terminal at 10pm, (maybe). Niza fetched me then we went to Subaidah (she never went there, that’s why she’s so excited to take me there hehe). Subaidah is one of many many famous mamak eatery in Penang. It was late so we had supper there. I makan roti sardin (sedap) dan niza makan cheese nan (dia makan habis…) :lol:

Oh yeay, ada kemalangan dekat2 bukit gantang. 5 buah kereta dan sebuah bas. Langgar bumper to bumper. Kiranya bas tu penyelamat lah sebab dia serong ke kanan, so kereta yang datang dengan lajunya akan aware bahawa di depan mereka ada accident. Dah lah ujan, gelap. Kesian pulak.

Sabtu, 19 April 2008

Kami keluar rumah selepas breakfast. Then kami gi Penang Hill (Bukit Bendera) Niza gayat rupanya. First time pergi sana, terbayang2 pula scene dalam cerita Ali Setan yang masa tren diorang berselisih tu. Heheh. Then gi toy museum. Best lah kat toy museum. Niza excited lebih mengalahkan saya. Heheh. Ada patung pirate yang sebijik macam Johny Depp. (saya tak amik gambar pon, tunggu niza lah letak gambar eh :lol: ) Pastu kitorang tiru patung punya style masa amik gambar. Tiru spidey, superman, indiana jones…. Best. Unleashed our inner (and outer) child. :lol:

Pastu gi Pantai. Basah seluar jeans. Saya dah cakap licin tapi ada sorang budak degil tu nak tangkap gambar ketam. Kan dah basah. Dahlah tak bawak seluar spare. Hehe. Tak kisahlah. Yang penting, dapat jugak main2 air pantai, dan dapat berjemur di pantai yang indah itu. Haha. Best, best, best.

Lepas solat di Masjid Terapung kat Feringhi, kami gi melepak di Padang Kota. Buat apa? Makan lah! Best. Giler banyak makan! (niza) hehe. Lepas makan, makan. Order makanan macam 5 orang nak makan! Padahal 2 orang yang slim jer (niza lah) hehe… Kami makan mee udang, kerang bakar, pasembur, ais kacang dan laici kang. Then gi pasar chow rastar (tak sure betul tak eja) beli jeruk dan bam pala. (tak beli banyak pon) hehe. Tak plan kan.

Lepas tu kami gerak ke Plaza Gurney. Pusing2. Lepak makan waffle dan minum. (Makan lagi…haha) Lepas tu kami g Pasar Malam kat Feringhi. Syok! Tapi saya takder nafsu nak bersoping sangat. Beli lah beberapa ketul cd dan dvd tapi tu pun orang pesankan…Hehe. Tapi best lah! Best.

Malas nak cerita lagi. Kami balik umah kul 1 pagi. Giler teruk berjalan sakan. Kesian niza penat jadi driver.

Ahad, saya naik bas kul 10.30 pagi balik KL.

Isnin, saya kerja. Hehe. ;)

Oh yeah, rumusan.

i. niza makan banyak!

ii. niza drive laju tapi mantap! (tabik!)

iii. ada 3 kereta plat PHN menunjukkan sikap pelik (dan agak merbahaya) semasa pemanduan di jalan2 sekitar penang.

iv. niza kuat gelak (saya pun sama jer) haha

v. niza memang baik dan best!

Thanks niza. Jangan serik menerima lawatan sambil belajar dari saya lagi next time ek! Haha.

p/s : gambar? mintak ngn niza. Haha. :lol:

Written by aishah

April 21, 2008 at 4:32 pm