Archive for April 22nd, 2008
Adaptation.
Hari ni saya sangat menjaga masa saya. Haha. Alhamdulillah hari ni saya tak masuk lambat meeting. Tak macam hari Jumaat lepas (11 April), saya masuk meeting lewat setengah jam. Sebab; saya tak tahu ada meeting. (Tahu, pitidi tabley guna alasan tu) Tapi betul, saya tak dapat email atau memo pasal meeting itu. Lagi pulak saya terlebih lama rehat di surau selepas Zohor. (Jumaat kan…
)
Hari Rabu sebelum tu pulak (9 April) saya tak masuk meeting dan terlepas sesi presentation (yang ala2 pengucapan awam masa dipiyeay, cuma presentation ni ada power point lagi…) Heheh. Minggu pertama saya di emotie memang agak sangap. Dengan takde talipon line dan internet. Memang sangap. Sampai saya jadi bengap.
Lunch tadi saya sempat bersoping bersama2 sally kat d8. d8 tu cuma sejengkal je dengan d5 (ukur dari tingkap dekat aras 5 tempat tunggu lif, heheh) tapi, Ya Allah saya telah bersoping dengan jayanya. (Gaji belum dapat…huhu) Oh! Patutla tapak tangan belah kiri duk gatal dari semalam lagi. Nak bersoping rupanya. Hesh!
Lunch saya pulak ditaja oleh rsd sebab ada meeting sebelum lunch tadi. Kawan2 kat sana ajak saya makan sama2. Alhamdulillah.
Oh yeah. Hari ni ialah earth day! Saya dapat tahu dari niza ari tu. Sebab dia siap beli baju baru berwarna hijau sebab nak pakai ari ni. Well, saya pun pakai baju kurung berwarna hijau! Hehe.
Hmm…bosannya. Nak balik awal lah ari ni. Tiadakah sesi melepak hari ini kawan2?