that was me writing

“maybe redemption has a story to tell, maybe forgiveness is right where you fell’

Main gitar untuk saya!

with 28 comments

Semua ini adalah akibat memberi komen yang mengelirukan di sini. Sekali en.zuriaf tu dah salah faham dan dia nak saya cerita pasal first time seorang lelaki bermain gitar sambil menyanyikan lagu kepada saya. Saya pun memang suka nak bercerita. Tapi takde orang tag. Huhu *sedih*

Okay lah. Saya kenal dia melalui kawan kepada kawan kepada kawan. Gila banyak lapis kawan. Haha. Masa tu saya belajar di upm, dia kat ukm. Nak bagi nama dia Faisal lah, bleh? Okay Faisal ni terasa nak kol saya sebab dia tengok number saya naik dalam miscalled list kat henset dia. Kawan dia punya pasal la tu. Then dia pun kol. Disebabkan saya ni peramah, dan suka je nak melayan dia kol, so kami pun kawan. Sembang2, baru saya tau dia rupanya terer main gitar. Tapi masa tu saya takde lah percaya sangat (masa tu sembang kat public phone). Tapi layankan aje.

Sampai lah dia kol saya guna handset dan dia kata, “saya ada gitar ni, awak nak saya nyanyi lagu apa?” Saya pun suka lah kan. Mestilah! Gila best! Saya mintak dia nyanyi lagu dewa, mistikus cinta. Sebab saya suka lagu tu. Bukan macam eddie, nyanyi lagu orang puteh.

Dia nyanyi okay. Banyak lagu yang dia nyanyi malam tu. Gila lama bergayut. Heh. Heaven jugak lah! *suka giler!*

Then malam esok tu, kebetulan ada pesta konvo UPM, saya lak kena jaga booth OB Club dekat situ, saya pun saja je sms dia bagitau saya kena jaga booth malam tu. Then dia cakap, okaylah tu, dia pun memang plan nak lepak kat pesta konvo UPM. Heh. Saya pun excited lah.

Malam tu masa dia datang, memang saya lepak kat booth club kitorang then takdir betul, ada sapa entah lepakkan gitar kat booth kitorang. Huhu.

Kami pun lepak bawah pokok depan booth. Kawan2 dia pun ada jugak, 2-3 orang yang memang dalam band dia. Dia ada band!!! Then dia petik2 gitar tu, pastu dia kuarkan benda apa entah yang buat petik gitar tu, yang memang sentiasa ada dalam wallet dia. Then dia pun apa lagi, main lah gitar tu.

Haha. Heaven!!! Suara dia best! Dia main gitar pun pandai. *ah! tak percaya. tak percaya* Tapi betul! Member2 kelab pun pandang semacam jer, jeles la tu! Haha

Tapi sampai situ jelah…Lepak2 jalan2 makan2 then diorang pun balik. Then dah tak jumpa sampai sekarang. Haha. Lost contact cgitu jer. Guess it was 4-5 years ago. Tapi tulah, menda2 remeh macam ni memang senang lekat dalam fikiran saya.

Sweet!

Korang, percaya tak?

;)

Written by aishah

Mei 8, 2008 pada 12:38 pm

Dikirim dalam friends, hmmmm, like-like, song

28 Respons

Subscribe to comments with RSS.

  1. hahaha. tak pasal-pasal. hahaha. *fuhh…selamat bukan aku yang kena*

    AyUmi

    Mei 8, 2008 at 12:45 pm

  2. AyUmi asyik first je arini.. hemph!

    btw ecah, rajin ye kamu mengimbas kembali memori-memori indah tika dulu? hmm pesta konvo.. apa memori aku dengan pesta konvo upm hah?

    faruqy

    Mei 8, 2008 at 12:48 pm

  3. caye ecah….

    نورنانا

    Mei 8, 2008 at 12:53 pm

  4. faruqy:
    AyUmi bukan hari ni je asyik 1st.
    setiap hari pun dia 1st kat semua blog pulak tu…
    huhu apa ilmu dia pakai pun tak tau le..

    t.a.t.a

    Mei 8, 2008 at 12:59 pm

  5. so cute that little boy!
    wanna squeeze and pinch his cheek..

    *geram*

    t.a.t.a

    Mei 8, 2008 at 1:00 pm

  6. t.a.t.a : please do pinch me.. hahaha..

    kebetulan je aku dapat first. *giggle. giggle*

    faruq : huh. jeles~

    AyUmi

    Mei 8, 2008 at 1:10 pm

  7. bestnya~

    buzzybug

    Mei 8, 2008 at 1:59 pm

  8. AyUmi, terkena dan terela menulis.huhu

    faruqy, jangan jeles ngan AyUmi. Owh, by the way, bila anda nak hapdet blog anda? asyik terhangguk2 dari bulan 4 lagi. (mengikut kata chech lah) hehe. anyway, don’t tell me you have no memory to recall on pesta konvo. heheh. (gelak jahat) :lol:

    kak nana, bagus! kepercayaan kepada member2 adalah kualiti yang diharapkan dalam diri kawan2. hehe

    t.a.t.a, jangan geram2. bahaya. yak aa au!

    t.a.t.a, anyway, nampak macam ada orang rela pipinya dicubit. terpulang kamu! :lol:

    AyUmi, kebetulan….kadang2 lebih indah dari yang dirancang. ok. takde kaitan dengan post. eh ada lah! hehe *blushing*

    niza, memang best masa tu. *heaven!*

    aishah

    Mei 8, 2008 at 3:38 pm

  9. baik, will get started on a new post. truth be told, saya sudah kembali menjadi malas (like I was ever rajin!). hmm memori pesta konvo..

    aku cuma ingat aku pi sana usha awek-awek kat sana, and stalking some girl who would eventually end up as my wife! hehe owh kenangan mengurat-ngurat (saya cuma ada satu kenangan okay!)…

    faruqy

    Mei 8, 2008 at 4:20 pm

  10. ahha…nasib baik saya tak pandai main gitar..kalau tak saya dah buat kat akak gak..hahaha…

    err, kompang boleh tak?? hehe..mana tau terharu lak kan…

    zuriaf

    Mei 8, 2008 at 4:46 pm

  11. faruqy, aku dah agak dah. sebab tu aku gelak jahat tadi. hampeh. :lol:
    pesal takde pun orang ngorat aku kat pesta konvo. ke ada? ke aku je yang jual mahal. heh.

    adik zuriaf, heh..kalau kompang ke apa ke akak tak kisah, asal sedap didengar..huhu…tapi kau tau kan…kompang biasanya meriuhkan meriahkan suasana je kan?

    aishah

    Mei 8, 2008 at 4:47 pm

  12. NH Theorem;
    NH’s Voice + NH’s Guitar = Hujan Rintik2

    I know how to play Malay songs la. Belaian Jiwa etc2. But doesnt really capture my imagination sgt.

    BTW, eddie tu sape? Muahaha

    NoktahHitam

    Mei 8, 2008 at 4:56 pm

  13. NoktahHitam, I didnt say you dont play Malay songs. What I mean was he didnt do english song like you did. Hehe. Eddie? Entahlah. Sape2 entah… :P

    aishah

    Mei 8, 2008 at 5:02 pm

  14. me tak fandai main gitar ataupun instrument seumpama gittewww.. uhuhu

    en_me

    Mei 8, 2008 at 6:53 pm

  15. saya sangat suka lelaki yg pandai main gitar… hehe… echah, kalu main gitar tepi pantai lagi best ek… dpn unggun api… haha…

    buzzybug

    Mei 8, 2008 at 7:53 pm

  16. macam sweet je baca je entry ni hehehe

    tongah

    Mei 9, 2008 at 7:17 am

  17. en_me, takpelah kalau tak reti. saya pon tak reti jugak. hehe.

    niza…berangan memang best! :lol:

    tongah, memang sweet. rasa cam tak percaya pon ada…haha. ;)

    aishah

    Mei 9, 2008 at 8:36 am

  18. percaya tak dulu, akak pernah blaja main gitar..
    tapi, kejap giler..

    pastu dah lupa…

    نورنانا

    Mei 9, 2008 at 9:31 am

  19. kak nana, of course i percaya. you can do anything! if you think you can do it!
    p.s : so you think you can dance sudah kembali!!!

    aishah

    Mei 9, 2008 at 9:57 am

  20. akak x penah tgk.. reliti tv programme gak eh?

    نورنانا

    Mei 9, 2008 at 10:06 am

  21. lebih kurang realiti lah. malam tadi tertengok. di 8tv kut. baru sesi pemilihan. :) kak nana kan buzi mana sempat nak tengok rancangan tv macam tu. hehe. ;) peace!

    aishah

    Mei 9, 2008 at 10:20 am

  22. yer…8tv tu tgk sekali sekala je..setahun, bleh kira berapa kali akak tgk channel 8tv..

    نورنانا

    Mei 9, 2008 at 11:42 am

  23. kak nana kan seorang wanita yang berkerjaya yang sangat workaholics, bekerja pagi sampai malam. hehe.mana nak sempat melayan tv… ;) peace lagi yo!

    aishah

    Mei 9, 2008 at 12:13 pm

  24. workaholics la sangat…
    haha..

    نورنانا

    Mei 9, 2008 at 2:12 pm

  25. nana, better workaholics than alcoholic.. huhu

    pengkomen blog cha cha

    Mei 9, 2008 at 4:09 pm

  26. pengkomen, cha cha (as u like to write) sokong!! *i’ll stand by you*~playing on the background~

    aishah

    Mei 9, 2008 at 4:11 pm

  27. *pinch AyUmi*

    pengkomen blog cha cha

    Mei 9, 2008 at 4:11 pm

  28. better workaholics than alcoholic…? haha…

    نورنانا

    Mei 9, 2008 at 4:53 pm


Tinggalkan jawapan