Saya kena tag! Saya kena tag!

Mula2 saya nak minta maaf dengan cik AyUmi…sebab saya tak dapat menjelaskan hutang tag beliau kepada saya dalam jangkamasa yang terdekat ini. *p.s : Jangan lak kau interestkan hutang tag ku itu dear* disebabkan hal2 berikut;

i. kondisi laptop menghalang saya mengupload gambar ke post…(it is working in safe mode) by the way, en.faruq, bila nak datang merawat laptop saya ni?
ii. kamera saya pun sedang dirawat di rumah. (saya lupa bawak) nanti dah ada kamera dan semua okay saya buat sehabis baik untuk awak ye AyUmi..

Okay tag kedua datang dari (rasa cam dj baca permintaan lagu la pulak hehe) kak nana. 5 perkara pertama kali. Betul ke? Okay lah, saya try buat.

i. pertama kali belajar memandu.
A ha…mula2 sekali saya memandu ialah tahun 2001. masa ni ayah saya yang sponsor. best la. tapi saya kan budak yang malas. saya pun tak teruskan belajar. tak amik test pun. ahaha. sampailah lesen L mati. saya test L dua kali. satu bertulis (2001) dan satu lagi pakai komputer (2006). Test memandu yang betul saya lulus ialah pada hujung tahun 2007. haha. saya memang malas!!!!

ii. pertama kali ditangkap tidur masa exam!!!
Haha. ni lagi bengong. Ditangkap sebab tertidur! Bukan meniru ke apa. Masa tu saya form one. Sekulah asrama yang menjalankan sistem kuiz dan ujian pada waktu prep petang. Entahlah saya studi ke stay up very late ke sampai bleh tertidur masa test sains petang tu. hampeh tul! Cikgu Sulaiman tu memang garang! Nak menangis. Saya tersedar dari tidur saya tengok paper saya dah takder. Saya pun tanyalah cikgu. (Sebab saya tak jawab abis lagi!) Dia marah pulak! Benci!!!

iii. pertama kali menangis masa berbuka puasa di asrama
Masa ni form two. Huhu…masa form one saya masih bersekulah di SMKAW yang dekat dengan rumah dan pasar ramadhan. so, makanan takde hal. Tapi masa form tu saya duk asrama yayasan terengganu tu…huhuuu memang sedih. Kuah kari daging dia sangat cair. Saya tak dapat makan pun, tak lalu. menanis terus then amik tray buang nasi. Makan buah jer. Dulu saya ni pemilih tahap cipan punya. Tapi lama2 dah biasa. Dulu saya tak suka tembikai. Tapi bila kat asrama tu menjadi favourite orang dewan makan nak bagi kita makan la kan, so terpaksa menyukakan buah tembikai itu jugak lah.

iv. pertama kali jatuh basikal dengan parah.
Kejadian ni berlaku masa darjah 3-4-5 pilih lah, tak ingat. Jatuh basikal di tengah2 jalan raya kat kampung bukit sireh tu. Baru balik mengaji. Sama time pulak dengan ayah saya balik kerja. Berselisih lagi dengan dia. Tapi dia bua derk jer. Hampeh betul. Berdarah lutut! Tak boleh bangun nak gerak pun tak boleh. Nasib member ramai masa tu. Ahah. Nasib jugak dah dekat ngan rumah. Bila sampai rumah baru ayah saya tahu yang kecederaan saya serius jugak. Maklumlah, bukan tak pernah jatuh beskal sebelum ni. mengalahkan samseng kampung dusun. yak a au!

v. pertama kali accident!
hmmm…saya dengan Jiji kesayangan saya. Saya langgar lori. sedih betul. saya rasa sangat penat dan letih. selepas accident tu saya tidur saja. tak larat. sebulan lebih jiji masuk ward. kesian betul kat dia. huhu. tak nak a cerita lagi.

Tag ketiga, dari en. faruqy, rakan seperjuangan di emotie ini.

5 presents you wish for.(realistik punya, bukan macam faruq, berangan!)
i. handphone tercanggih abad ini…state of the art kata faruq.
ii. perfume yang best…tak kisah la apa pun.tapi saya suka clinique happy heart (kak nana, AyUmi, tata dan buzzybug=sharelah duit beli hadiah kat saya) :lol: ~asal baunya menyenangkan.. (aku dan orang lain)masuk sekali dalam ni lah…naksekali baucer kasut dan baju dan aksesori bernilai kurang2 RM1000.00 haha
iii. nak notebook yang baru jugak…
iv. nak camera digital yang state of the art jugak…
v. nak baucer buku2 jugak. nak beli buku banyak2…

Kenapa nak 5 hadiah di atas…
i. nak memenuhi kemahuan diri…
ii.nak memenuhi kemahuan diri jugak. (p.s : you think gorgeous just happen?)
iii. nak memudahkan saya buat kerja. dan hapdet blog, dengar lagu dll. (saya tidak suka games)
iv. membolehkan saya snap gambar di mana dan bila2 masa saya suka tanpa gangguan.
v. hobi. saya suka membaca. ia hobi sepanjang seumur hidup saya, insyaAllah.

Sape tag saya ni, >>> En. Faruq.

5 impressi pasal dia…
i. boleh menjadi abang dan kawan yang baik.
ii. tidak kedekut.
iii. sangat banyak idea. saya kadang2 malas nak layan. idea dia terlalu idealistik.kadang2 tak tercapai akalku. yak a au.
iv. rajin bekerja. suka bertanya. insyaAllah he’ll be a good leader someday!
v. agak blur. haha.

Perkara yang paling membekas dia pernah lakukan untukku…
Okay…apa ek? banyaklah…dia memang baik…

Most loved invention..
Saya jahit kaki jeans saya sendiri! Lipat ke dalam. Haha. Malas nak anta kedai.

What I despise so much
My laziness and my acuh tak acuh sikap. Hope I can change for better sooner.

5 orang saya nak tag…(saya tidak balas dendam kawan2…)yang dah buat sila abaikan okay…tag yang ketiga sahaja…
i. kak nana ku sayang
ii. niza yang cute
iii. AyUmi yang comel
iv. bro t.a.t.a yang cool
v. en.eddie…(noktah hitam…)

p.s. Sori kalau agak mengarut. don’t have so much idea petang2 gini. ChaO!

Enjoy!

19 Respon to “Saya kena tag! Saya kena tag!”


  1. 1 shazanateh82 Mei 13, 2008 at 7:02 pm

    wah…. echah takmo tag i ke? muahaha!

  2. 2 en_me Mei 13, 2008 at 7:22 pm

    jiji dah sembuh ker..

  3. 3 AyUmi Mei 13, 2008 at 8:19 pm

    aishah. aishah. aishah. next tag i dapat serius i bg you lagi. hahaha.

    note to bro t.a.t.a : banyak nye kau kena tag. hahahhahahahhaha~

  4. 4 buzzybug Mei 13, 2008 at 9:01 pm

    kena tag lagi?? hahaha… tunggu ada mood nanti baru saya buat ye~ tag nana pun tertangguh~

  5. 5 NoktahHitam Mei 14, 2008 at 12:55 am

    echah! kalau tag tu, sile la link kan sekali. kalau tak, i takkan sedar you tag!

  6. 6 نورنانا Mei 14, 2008 at 7:42 am

    huhuhu…

    (byk nye BRO tata kena tag…)

    Owh Echah..walaupun kak nana ada 5 account management nak kena prepare bulan ni.. akak tetap akan buat tag ni..

    mcm besh je..hehe…(tetiba gembira kena tag..)

  7. 7 faruqy Mei 14, 2008 at 8:33 am

    haha thanks for replying to my tag in such a short amount of time, ecah! hehe yaa saya memang suka berangan!

  8. 8 buzzybug Mei 14, 2008 at 1:14 pm

    saya dah langsaikan hutang tag ini… hehe… apesal entah wp x ping back page echah~ hmmm… ya!! kita semua materialistik… hahahaha…

  9. 9 Paris Mei 14, 2008 at 1:50 pm

    saya naik beskal laju-laju sebab nak berlagak dengan kawan. turun bukit. jatuh. berdarah dagu. nak balik rumah takut (padahal rumah tu 10 meter je dari tempt kejadian). saya jatuh depan rumah jiran saya. jadi pegi mengadu dengan jiran saya. jiran saya nurse. jiran saya bersihkan luka saya dan bubuh bandage (banyak darah huhu x bley pakai plaster …). lepas tu saya balik rumah. kena lecture (macam biasa). sampai sekarang, kalau saya kerut dagu saya, nampak ia berbintik (sebab jatuh atas jalan tar yang fresh, harus tercucuk batu lalu meninggalkan parut berbintik). ini blog saya kah? saya sangat berangan.

  10. 10 t.a.t.a Mei 14, 2008 at 4:34 pm

    saya pernah tidur masa paper kimia SPM dulu. ngantuk giler! berapa kali ntah cikgu tu kejut saya suruh buat, tapi tak tahan sgt, tido jap!

    saya pernah jatuh basikal masa kat kolej di hadapan rakan seper ‘lepak’ kan lelaki dan ppuan. heheheh

  11. 11 mamawafiy Mei 14, 2008 at 9:33 pm

    wowo bagus…menjawab beberapa soklan tag dlm satu post…bagus bagus….

    btw…aku boring kat sini..

  12. 12 t.a.t.a Mei 15, 2008 at 9:24 am

    waahh ramai ye yg suka bro t.a.t.a kena tag.. heheh amboi nya korg ni ya..

    (dlm hati: grr…..)
    hahahah

    cha cha, bro dah jawab dah.. :)

  13. 13 cacah Mei 15, 2008 at 11:40 am

    thanks korang sebab respond tag saya. miss you! ai terkurung dalam dewan ni. ai tengah kursus! muah!! ;)

  14. 14 buzzybug Mei 15, 2008 at 9:10 pm

    echah~ cepat la abis kursus~ huhu~

  15. 15 buzzybug Mei 15, 2008 at 11:14 pm

    alahai…mangkuknya wordpress ni~ baru nak ping back?? hoho… lembab betul!!


  1. 1 :: tag (again) :: « One Hand In My Pocket - take this kiss upon the brow~ Jejak balik bagi Mei 13, 2008 at 11:56 pm
  2. 2 Tag - 5’s (Saya… Dia…) « (”,) Jejak balik bagi Mei 14, 2008 at 9:35 am
  3. 3 2 tag « hide & seek Jejak balik bagi Mei 15, 2008 at 11:02 pm
  4. 4 Tag Tujuh!!! « that was me writing Jejak balik bagi Mei 28, 2008 at 10:54 am

Tinggalkan jawapan




tak kisah sangat apa orang kata, yang penting apa yang kita rasa...

twit twit

  • tak kisah berapa kali, asalkan ikhlas....kan? 2 hours ago
  • haha.twit litium memang betul!tp nk bgtau gak td dpt numb 2 individu boling tournament! 1 day ago
  • br abes game boling.takde number!haha 1 day ago
  • @nurnana kak nana. itu maksud nak terima duit. wwah. bila bleh belanja mee bandung? 3 days ago
  • @famia choki2 dan famia memang tak dapat dipisahkan. auwww. bermekap? hmmm. KIV. 3 days ago

time after time

Mei 2008
I S R K J S A
« Apr   Jun »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

was here

  • 62,816 hits

reverbs

time after time

Mei 2008
I S R K J S A
« Apr   Jun »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031