that was me writing

“maybe redemption has a story to tell, maybe forgiveness is right where you fell’

Archive for Mei 22nd, 2008

Saya suka…

with 6 comments

Lami, Cwan, Me and Mat Ley

*beramai2..di tepi pantai yang indah*

comel gambar ni…cuba klik. semua ada gaya masing2…

they are all friends from skul. ahah. memories.

Written by aishah

Mei 22, 2008 at 5:41 pm

Dikirim dalam friends, hmmmm, like-like

Narnia…

with 14 comments

Owh ho…oleh kerana pc saya tidak berapa sihat macam saya yang tengah selsema ni, saya tak dapat nak letak gambar2 untuk mengiringi post saya ari ni.

Owh Narnia, movie yang best, walaupun saya tertidur selama beberapa minit. Ngantuk! Aha. Saya, oren, paris dan azy (my officemate) memilih untuk menonton wayang midnite di gsc alamanda pada hari Jumaat lepas.

Prince Caspian itu sangatlah cute (bak kata Paris) tapi agak jugaklah ketidakpandaian beliau. Macam mana nak menjadi raja wahai Putera Caspian kalau permasalahan kecil pun nak meminta pertolongan dari luar. Oh, okay, besar jugak masalahnya, dia telah diperintah oleh pakciknya sendiri supaya dibunuh sebab nak menghalang dia dari menjadi Raja Caspian. Itu memang masalah yang besar, kan…

Tapi yang saya tak berapa suka Si Putera ni dia tak berfikir panjang dan suka buat pandai2 sendiri. Menyusahkan! Tapi nak buat macam mana, cerita dah memang macam tu.

Tapi kalau suka Narnia, korang akan enjoy lah tengok cerita ni. Saya rasa saya lagi suka Narnia yang The Wardrobe tu. Lagi mantap cerita dia.

Minggu lepas, saya balik kampung. Gerak kul dalam kul 4.40 pagi, lepas tengok midnite tu…hehe, saya balik dengan azy dan adik dia.

Okay lah…

Nanti2 saya update lagi lah. Saya kan memang suka update blog.

Written by aishah

Mei 22, 2008 at 4:52 pm

Dikirim dalam like-like