Cacah berlari-lari anak ke arah Jiji. Mahu keluar berderak dengan TM dan Jujurina. Jam 3.30 mahu gerak, kata TM.
“Owh, sekarang dah pukul 3.15 pm.” getus hati Cacah.
Sekonyong-konyong Cacah terperasan seorang manusia sedang berdiri di tepi kereta beliau. Cacah bermonolog lagi.
“Apahal en.zul berdiri di situ, di tengah rembang tengah hari yang hangat..”
Cacah pun berjalan perlahan2 ke arah en.zul itu. Menjenguk.
“Kenapa?” sambil matanya menjenguk ke dalam kereta en.zul.
Owh. Kunci kereta dia ada di dalam kereta. Pintu kereta tertutup kemah kemin. Baru Cacah perasan di tangan en.zul ada seketul penyangkut baju besi yang dah dibengkokkan.
“Nak ke mana?” tanya en.zul
“Berderak dengan TM dan Jujurina. Nak ikut?” balas Cacah.
En.zul memberikan jelingan. Pengertian segera : Takkan nak tinggal kereta macam ni, Cacah.
Baru Cacah perasan. Tidak cukup dengan pintu terkunci dengan kunci didalamnya, rupa-rupanya enjin kereta itu tidak dimatikan.
Ya Allah.
p.s : Dalam pukul 4 lebih, kunci berjaya dikeluarkan, dengan bantuan Cacah, TM dan Jujurina (biarlah hanya sekadar menjenguk dan memberi sokongan moral). En.zul ikut kami berderak pada petang itu.
p.s.s : Berderak = berjalan-jalan.
p.s.s.s : Jiji = kereta Cacah…
Mei 30, 2008 at 12:33 pm |
Yeah.. yeah dpt tolong en zull… hmm… so nice la! hehehe
Mei 30, 2008 at 12:34 pm |
ehh chacha tukar cat. bagus!
*kenan dari AyUmi ngan nana*
Mei 30, 2008 at 12:42 pm |
adakah ini encik zul yang diperkatakan itu? apakah? apakah?
aku rasa encik zul sengaje menguncikan kunci kereta dia di dalam kereta supaya echah dapat menolong dia dan mengoffer beliau pegi berderak sesama.
clever. very clever encik zul. *tepok tepok bahu encik zul*
Mei 30, 2008 at 12:43 pm |
t.a.t.a : takmau terkenan sama ke?
echah : this theme very nice la. nampak ellegent. sungguh ermm.. sungguh… errr.. kachak? hahaha..
Mei 30, 2008 at 12:47 pm |
owh,..berjaya jugak en.zul kluarkan kunci..
tanpa keretanya menjerit2 ?
sgt terer!
Mei 30, 2008 at 12:54 pm |
nana, sebab tu aku ckp encik zul sengaje.. hahahaha…
Mei 30, 2008 at 1:00 pm |
seriously saya x paham memula baca entri ini… only after lepas baca p.s.s & p.s.s.s hehehe… sungguh blur
Mei 30, 2008 at 1:07 pm |
en zul sengaja?
ye ke? sungguh bijak cara ni…
eh, saya ada citer pasal my mechanic.. nnt la..
Mei 30, 2008 at 3:09 pm |
korang, sangat kelakar sekali segala assumption yang dicurahkan. haha. en.zul tidak sekali kali akan membuat perkara yang careless macam tu secara sengaja okay.
niza, belajar ye. semalam belajar bahasa malaysia, ari ni belaja kecek kelate pulowk.
AyUmi, jangan sesuka tepuk bahu dia~ hahahah…
AyUmi lagi, terima kasih. theme ini memang kachak. saya mesti pilleyh!
Mei 30, 2008 at 3:17 pm |
hehehe…
mungkin en zul sengaja melakukan perubahan…
hahaha…manusia kan boleh berubah chah..
Mei 30, 2008 at 3:33 pm |
echah sound aku tepok bahu encik zul. apakah??
hahahahahahahahahahahahhahaah~
relek. relek. itu semua lakonan tanpa adegan. echah je la pi tepok2 bahu dia on behalf of me.
*kasi can la. kasi can la*
Mei 30, 2008 at 3:39 pm |
kak nanas…(nanas is intentional)…hmmm…still i dont think so. haha.
AyUmi, apakah?
*faham-faham la kan…*
Mei 30, 2008 at 3:57 pm |
owh…kisah ini pernah berlaku kepada abang waktu bujang2 dulu cuma pada waktu ittew, wana sudah pun diparkir di tepi rumah (equine), ternampak lin sengal sedang bersembang2 di hadapan rumah bersama enche pirates. sangat teruja lantas keluar dari wana tanpa mematikan enjin dan lampu seraya menghempas pintu dengan agak kuat. selang 30 minit, “eh…siyut terkunci!”
oleh kerana wana sangat canggih, penyangkut baju bukanlah penyelesaiannya…pelbagai kaedah termasuk memintaskan litar pengunci pusat dilakukan namun gagal. mahu tak mahu, terpaksa dipanggil tukang kunci pada jam 1.30 pagi…owh, terbang rm200….malam2 surcajnya tinggi.
eh, macam blog aku pullowk..har har
Mei 30, 2008 at 4:22 pm |
wana?
jap..tergamam jap..
wana tu nama keta ke?
wana>> macam nama company kak nana je kan?
Mei 30, 2008 at 4:46 pm |
rumah tu…rumah yang sama lah dengan rumah enzul abang ku….
apakah?
kak nana…wana itu nama kereta abang zaha…
Mei 30, 2008 at 5:00 pm |
owh,…
Mei 30, 2008 at 5:24 pm |
harian metro hari ni ada headline ‘Cuba Pecah Pintu’.
terus teringat encik zul. (tapi berita tu bukan lah pasal encik zul okay hahaha)
*aku teringat je ni. jangan marah echah!!* gagagaga~
Mei 31, 2008 at 9:29 am |
AyUmi memprovokasi chacha melalui en zul..
sabar ye chaa ye, AyUmi mmg camtu..
bagus en zul, bagus tektik anda.. hahahah
Mei 31, 2008 at 9:30 am |
AyUmi, esok² le tak terkenan sama. rumah aku tu baru lagi cat nya.. sayang lak.. hahaha
Jun 1, 2008 at 4:39 pm |
KNB berpindah ke http://nizambakeri.blogspot.com
Pautan blog anda sudah tersenarai di blog tersebut.
Harap maklum.
Jun 26, 2008 at 5:04 pm |
[...] Ingat cerita ni? Haha. Seminggu sebelum kejadian tu berlaku, Jiji sebenarnya terlebih dahulu menguncikan pintu secara autolock semasa kunci nya berada di dalam kereta. Masa tu saya baru lepas training, on 16 or 17th May, di Petronas II Precint 9. Resultnya, pintu depan belah driver tidak dapat dibuka dari luar kerana pemegang handlenya patah. Seminggu jugak Jiji berehat di rumah. Saya jadi malas nak memandu. Huhu. Tapi sekarang handlenya dah ditukar dan pintunya sudah kembali seperti biasa. [...]