that was me writing

“maybe redemption has a story to tell, maybe forgiveness is right where you fell’

Archive for Jun 2nd, 2008

Jiji…

with 16 comments

Saya memandu berhati-hati di Lebuhraya Sg. Besi yang terkenal dengan kesesakan lalu lintas, terutama di petang Jumaat minggu cuti sekolah seperti minggu lepas. Di belakang Jiji, sebuah lori yang besar dan dipandu seorang pemandu berhemah.

Oren di sebelah kadang-kadang memberi info berguna dan kadang-kadang tidak berapa berguna tapi menghiburkan. Banyak pendapat Oren, saya sangkal hingga membawa kepada pergaduhan. Yang saja-saja saya cari. Haha. Sorry sis.

Tiba-tiba, kedengaran bunyi yang tidak menyenangkan dari persekitaran Jiji. Lebih tepat, di belakang.

“Bam!”

“Kereta aku kena langgar eh?”

“Echah, kat sebelah kau…” jawab Oren terhadap pertanyaan saya.

Mamat di sebelah, bermotosikal memberi isyarat “pergi tepi jalan kak” kepada saya.

Setelah diperiksa dan disoal siasat dengan cool sekali, mamat itu, bernama *edy (bukan nama sebenar) telah memohon maaf dan berjanji akan membayar nilai pembaikian jiji.

Apapun, jiji tidak tenat sangat. Masih boleh gerak.

Saya sudah pun membaiki jiji hari Sabtu lepas. Di Ampang. Berpeluang lepak dengan Kak Nana.

Hmmm…

p.s : Sepupu saya yang darjah 1 tu suka cakap “Along ni…suka kelentong”

Written by aishah

Jun 2, 2008 at 12:30 pm

Dikirim dalam friends, hmmmm, jiji