Jiji II

Sudah lama rasanya saya tidak bercerita pasal Jiji… Hmm…banyak sungguh perkara yang berlaku sepanjang 7 bulan Jiji menjadi milik saya.

Pintu…

Ingat cerita ni? Haha. Seminggu sebelum kejadian tu berlaku, Jiji sebenarnya terlebih dahulu menguncikan pintu secara autolock semasa kunci nya berada di dalam kereta. Masa tu saya baru lepas training, on 16 or 17th May, di Petronas II Precint 9. Resultnya, pintu depan belah driver tidak dapat dibuka dari luar kerana pemegang handlenya patah. Seminggu jugak Jiji berehat di rumah. Saya jadi malas nak memandu. Huhu. Tapi sekarang handlenya dah ditukar dan pintunya sudah kembali seperti biasa.

Minggu terakhir bulan Mei, satu lagi kejadian telah menimpa Jiji…Macam yang saya cerita di sini

Kecederaan Jiji untuk kali ini walau bagaimanapun tidak teruk mana. Pakcik dan adik saya telah berusaha mengetuk-ngetuk Jiji dan bentuk Jiji juga sudah kembali seperti sedia kala. Pakcik saya juga telah mengingatkan saya tentang keadaan tayar Jiji yang telah mula menunjukkan simptom2 hendak expired dan kemungkinan pecah tayar akan berlaku sekiranya saya mengamalkan pemanduan jarak jauh yang terlampau, contohnya memandu balik ke Kelantan.

Nampak kan benjolan kat atas huruf L tu?

Jiji ditukar tayar…

Setelah mengambil langkah berjaga-jaga, akhirnya saya telah menukar juga sebiji tayar Jiji setelah bengkak di permukaan tayar itu terlalu menonjol sehingga mekanik itu berkata, “tayar ini sudah tidak boleh pakai”. Saya telah menukar tayar Jiji pada minggu kedua bulan Jun. *kching…[bunyi duit keluar wallet..]

Pada minggu ini, saya telah menghantar Jiji untuk diservis kali ke3 sempena kilometer ke10,000 beliau dan juga setelah beliau menunjukkan protes dengan mengeluarkan bunyi alarm tanpa dipinta. Semasa saya sedag berTOT di Wisma Tani pada Isnin lepas, satu annoucement telah keudara berbunyi…

“Pemilik kereta Gen2 3916, alarm kereta anda berbunyi…”

Saya pun dengan penuh cover memboloskan diri ke parking dan apabila sampai pakcik guard telah memberitahu bahawa alarm kereta saya berbunyi sekejap sekejap. Hmmm…Saya terus mengambil langkah drastik dan apabila diservis Jiji menunjukkan tingkah laku yang baik sehingga mekanik kata Jiji okay jer. Saya kata okaylah. Kalau bunyi2 keluar lagi, saya datang lagi.

Memang Jiji berbunyi lagi. Semalam saya pun membawa Jiji ke Proton Servis di Kajang Utama itu lagi. Alhamdulillah…keadaan Jiji sudah kembali okay.

Saya harap Jiji akan terus beraksi cemerlang pada masa hadapan.

p.s : I m not gonna change la Jiji. I love you very much. :P

22 Respon to “Jiji II”


  1. 1 oren Jun 26, 2008 at 5:38 pm

    whatever it is, JIJI mmg best. selesa betul. i liiike

  2. 2 nAna Jun 26, 2008 at 6:35 pm

    comeynyee entry pasal kete~ menarik2..

    *tumpang lalu sat ye..lenkali sy lalu lg xyah mintak permission ehh

  3. 3 buzzybug Jun 26, 2008 at 6:41 pm

    jiji mengalami hidup yang sukar… oh! sungguh kasihan sama jiji… semoga jiji lebih bernasib baik lepas ini… ;)

    *kching…[bunyi duit keluar wallet..]

    bayar pakai syiling ke? hehehhe…

  4. 4 faruqy Jun 27, 2008 at 8:12 am

    haha memang lawak aaa ko dengan khai bercerita pasal barang mcm a dear loved one..

  5. 5 نورنانا Jun 27, 2008 at 9:03 am

    ecah..kalo byr pakai syiling..tak cukup syiling, bleh tukar dgn kak nana…

  6. 6 mamawafiy Jun 27, 2008 at 9:16 am

    alahai jiji manja nya kau yea….kelakar je bila alarm jiji bunyi masa ko lepak dgn aku..serba tak kena..semua pintu kena hempuk hahahaaaa…..bagus la simptom alarm berbunyi dah berlalu….

    kching tu mungkin bukan bunyi syiling tapi bunyi mesin kira kat kedai servis hahaha (ada ke mesin kira mcm kat pasaraya tu kat kedai servis?)

  7. 7 AyUmi Jun 27, 2008 at 10:56 am

    “p.s : I m not gonna change la Jiji. I love you very much. ”

    all sudden, sedih pulak baca sentence ni. sincere gile.

  8. 8 نورنانا Jun 27, 2008 at 11:17 am

    huhu… nanti kau akan jumpa jiji jugak, ayumi…beberapa hari je lagik..

  9. 9 nolee Jun 27, 2008 at 11:27 am

    haha.. nasib baik jiji dah ok.. ingatkan nak bawak pi jupe pawang kampung sebelah dah..
    yerlah tak tau penyakit aper.. ngan mekanik ok jer.. bawak balik.. meraung2.. sian ecah.. hihi
    Jiji dah jd gudgirl

  10. 10 aishah Jun 27, 2008 at 11:44 am

    oren…hehe…aku tau kau suka dengan Jiji…

    nAna, lain kali datang la lagi…

    niza..ah ah…tak reti buat bunyi swipe kad kredit la..

    faruqy, memang aku sayang jiji…harta tau…[tapi lum isytihar..]

    kak nana…simpan…kita buat bayar tol nanti…

    mama…aku rasa adalah…hehe ;)

    AyUmi, kau baca ala2 irama iklan mcd yang “i’m not going anywhere” tu…lagi best..hehe

    kak nana…cakap banyak pulak…bila nak bagi kami jumpe juju ni…

    nolee…tulah…nasib baik lah jiji dah behave..hehe :)

  11. 11 faruqy Jun 27, 2008 at 11:56 am

    harta tapi belum isytihar? … ??? …

  12. 12 buzzybug Jun 27, 2008 at 12:02 pm

    hahaha… keta tu adalah harta bank! :(

  13. 13 zahack Jun 27, 2008 at 12:31 pm

    nak kena buat entry encik sani gak ke camni?

  14. 14 mamawafiy Jun 27, 2008 at 3:34 pm

    faruqy: ecah tak isi borang pengisytiharan harta lagi kot……kira kalau SUB dia nak gempak dia pun bleh la ni…hahahhahaa jahat giler aku

  15. 15 نورنانا Jun 27, 2008 at 4:09 pm

    Echah:
    Bukan ke Ecah dah jumpa JUJU?
    Ayumi pun dah sudah..

    Niza dan Tata je belum..

  16. 16 aishah Jun 27, 2008 at 5:30 pm

    faruq..heheh…aku akan isytihar melalui sistem hermis

    niza…couldn’t agree more… ;)

    zahack, boleh saja….lagi pun bukan dah pernah buat ke sebelum ni…

    mama…thanks explain kat faruq…

    kak nana…a ah…echah luper…hehe…. ;)

  17. 17 AyUmi Jun 27, 2008 at 6:00 pm

    nana : yeah.. dah jumpa juju. juju looks so… errmm.. blue. hahaha..

  18. 18 shazanateh82 Jun 27, 2008 at 11:13 pm

    since last month till this month, cik teteh banyak berhabisan untuk MyKellis. ni pas balik dari alor star ni ada lagi nak kene ganti… maklumla, MyKellis dah 3 tahun… cemacam dia mintak yang baru…pandai demand dia skang…

    nak bagi dia makan pun dah naik skang kan???

  19. 19 Asiah Abd Jalil Julai 1, 2008 at 11:15 am

    Ganti tayar sebelah aje ke? Setakat saya dok tolong husband gi tukar tayar ni, normally mekanik advise suruh tukar dua-dua, baru balance, lebih selamat. Takpe la habis duit sikit, untuk keselamatan… especially untuk minah rempit seperti saya, yang memandu Gen2 pada kelajuan 150 km sejam. Yang peliknya, your Gen2 baru 10000 km dah banyak pe-el… Err… your Gen2 tu perempuan ke lelaki? Kahkahkah…

  20. 20 aishah Julai 1, 2008 at 11:58 am

    asiah…jiji ni manja…itu yang banyak peel tu….

  21. 21 REU Julai 2, 2008 at 3:05 pm

    oh…..pemilik jiji nie duk kelantan…? orang tukguru yer? baguih!!!

  22. 22 ecahkoop Julai 4, 2008 at 9:35 pm

    slm tuan umah,

    ingatkan lelaki je yang bagi nama kat kete dengan moto
    pompuan pon same gak ek..

    jaga jiji baik2x!!


Tinggalkan jawapan




tak kisah sangat apa orang kata, yang penting apa yang kita rasa...

twit twit

  • tak kisah berapa kali, asalkan ikhlas....kan? 2 hours ago
  • haha.twit litium memang betul!tp nk bgtau gak td dpt numb 2 individu boling tournament! 1 day ago
  • br abes game boling.takde number!haha 1 day ago
  • @nurnana kak nana. itu maksud nak terima duit. wwah. bila bleh belanja mee bandung? 3 days ago
  • @famia choki2 dan famia memang tak dapat dipisahkan. auwww. bermekap? hmmm. KIV. 3 days ago

time after time

Jun 2008
I S R K J S A
« Mei   Jul »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

was here

  • 62,816 hits

reverbs

time after time

Jun 2008
I S R K J S A
« Mei   Jul »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30