Hari yang tidak berapa cerah…
Mungkin minggu pertama Januari ini memang untuk aku. Boleh aku kata begitu. Muram dan mendung. Memang aku gembira dapat lepak dan bermalas-malasan dengan kawan2 yang memahami dan menyayangi aku. Tapi ada satu perkara bodoh yang meletihkan aku. Salah aku juga sebab benarkan benda remeh temeh macam tu mempengaruhi hidup aku.
Kenyataan itu melukakan. Aku harus mengakuinya. Macam mimpi ngeri yang jadi kenyataan. Aku tidak pernah ada klu pun untuk menghadapinya, kalau-kalau ia terjadi. Ia terjadi, akhirnya. Di depan mata aku. Mimpi-mimpi indah aku terbang dan terhempas. Realiti terlalu kuat, aku tak sanggup menghadapinya. Jadi benarlah, kenyataan memang pahit. Aku mahu menangis tapi aku tertawa. Apa yang berlaku, adalah tidak adil dan teruk untuk aku yang lemah ini.
Semestinya, kesalahan itu berpunca dari aku juga. Aku meletakkan harapan pada sesuatu yang aku sendiri pun tidak pasti. Macam aku melibatkan diri dalam pelaburan atau perjudian yang aku tidak punya panduan. Aku mungkin menang, aku mungkin kalah. Aku mungkin berjaya, aku mungkin gagal. Nampaknya, aku sangat hampir kepada kegagalan. Beberapa inci saja memisahkan aku dengan garis kegagalan.
Tapi gagal tak semestinya bermakna aku terus jatuh. Tidak. Aku harus kuatkan hati dan bangun semula dengan segenap tenaga yang ada. Kerana apa? Kerana aku tahu, it’s gotta be more to life.
Bukan hal yang menjatuhkan aku itu saja yang membuatku bangkit selama ini. Banyak lagi hal lain yang menggembirakan aku. Kan? Yang lebih memberi aku semangat dan kehidupan.
Kenapalah aku jadi lemah dan mudah rebah sebab satu benda yang tidaklah penting sangat pun. Tidak penting tapi aku begitu senang membiarkan ia mempengaruhi sebahagian besar kehidupan aku.
Maaflah, aku dah harukan hari Isnin yang memang sedia biru dengan luahan perasaan aku. Harap2 perasaan sedih, bengang dan letih ini akan hilang. Doakan aku.
Loading...
sis..hari yang tidak berapa cerah akan cerah jgk akhirnya..jadi..sabarlah byk2…i know u can face it…
life is so short, so make it to the fullest…
p/s: aku tak tido lagi..tunggu papa balik dan bwk makanan utk aku hahahaaa
mamawafiy - Januari 4, 2009 at 11:35 pm
mama thanks. for always being around. it was good to talk to you. always. walau kadang2 kau tend to bagi aku lawak2 yang buat aku nak marah. haha.
insyaAllah. hari2 aku akan kembali cerah nanti.
semoga papa bawak balik makanan yang best2 untuk kau.
aishah - Januari 4, 2009 at 11:46 pm
hi cek echah ittewww.. jangan majuk majuk one uooolsss..
en_me - Januari 5, 2009 at 8:18 am
apa cer?
giggs_509 - Januari 5, 2009 at 1:27 pm
en_me, echah tak merajuk. kalau merajuk pun, ni tengah pujuk diri sendiri la ni.
bro…maleh la nak cite. memalukan.
btw, sabtu lepas aku kena tahan polis sebab memandu laju. hoho.
aishah - Januari 5, 2009 at 3:00 pm
ingat..kelajuan membunuh tawwwww
mamawafiy - Januari 5, 2009 at 3:26 pm
esok lusa akan cerah jua, insyaAllah.
mucs - Januari 5, 2009 at 4:06 pm
mama, ye, aku ingat aku ingat ni…
kelajuan kadang2 boleh juga membunuh tension.
mucs, insyaAllah.
aishah - Januari 5, 2009 at 4:14 pm
kat pantai timur mmg x bape nak cerah skrg..
tp jgn biakan diri anda d selubungi misteri~~
esok2 cerah ar tu..cheer up
ieja - Januari 5, 2009 at 4:28 pm
eh, hari ni cerah walafiat kat penang! heheh. just take it easy OK!
demang - Januari 5, 2009 at 4:43 pm
ieja…pantai timur katanya kena gelombang kedua…tapi takpe…nanti cerah balik.
thanks for dropping by…
demang, penang memang cerah aje…hihi…
thanks.
i m trying to make it easy..
aishah - Januari 5, 2009 at 5:02 pm
hari ni baru dapat bace entry ecah ni..
harap ecah makin ok.. cheer up ecah..
liyananaznim - Januari 6, 2009 at 10:02 pm
nanti hari Echah akan cerah gak… hehe…
hey, byk lagi benda yang bleh buat hari kita cerah, kan?
buzzybug - Januari 7, 2009 at 2:48 pm
liyana, thanks!
buzzy…insyaAllah…
setuju ngn pendapat buzzy.
aishah - Januari 7, 2009 at 3:27 pm