that was me writing

“maybe redemption has a story to tell, maybe forgiveness is right where you fell’

Melaka…

with 20 comments

Isnin, 18.5.2009

Gerak ke Melaka, dengan CC dan Suria(assistant baru), selepas office hour. Sampai hotel dengan jayanya. Kecuali parking, langgar tembok sikit.  Tapi jiji baik baik aja. Takde kesan calar balar yang ketara. HUHU.

Selasa, 19.5.2009

Kelas dari pagi sampai petang.  Tapi sebelum start kelas tu dah ada orang DOR ajak tengok wayang.  So petang tu kami gi tengok wayang. Angels and Demon, di Dataran Pahlawan.  Lepas tu pusing-pusing bandaraya Melaka.  Pusing-pusing dengan sesungguhnya…Melaka memang cantik pada waktu malam. Lepak sekejap di Eye on Malaysia, tapi tak naik pun sebab sampai situ dah pukul 11 malam.  Dapat tengok je benda tu pusing-pusing.  Lawa. 

Rabu, 20.5.2009.

Kelas dari pagi sampai petang.  Petang tu plan dengan orang DOR nak pergi Kota A Famosa dan lawat jugak kubu-kubu dan runtuhan gereja St. Paul tu.  Berangan ala-ala scene Angels and Demon pun ada jugak.   Lepas tu kami naik bot kat Sungai Melaka.  River Cruise.  Memang best.  Tambah2 lagi Suria dan Osmund tu tak pernah sampai Melaka.  Sangat menarik! Tak bosan pun.  Kami naik tu dalam pukul 8 malam.  Satu bot kami berempat jer.  Saya, Suria, Imran DOR dan Osmund DOR.  Bot tu kami yang punya. HAHA.

Lepas dah meronda-ronda dengan bot tu, kami ke Umbai, Medan Ikan Bakar Pernu.  Makan nasi lemak dengan ikan bakar yang best dan segar.  FUH.  Sedap sangat.  Dah kenyang, kami jalan-jalan cari makanan ringan nak bawak balik ke opis. 

Khamis, 21.5.2009

Kelas sampai tengah hari saja sebab petang tu cuma penutup dan penyampaian sijil saja.  Awalnya, En. Din dari IPL yang nak datang buat penutup, sekali dia tak dapat datang.  HMMM.  So, sayalah yang jadi tukang tutup majlis dan tukang sampaikan sijil. HUHU.  Acara memalukan diri sendiri sekejap sebab tak sedia pun nak bagi ucapan penutup yang baik baik.  Tapi takpela, sempoi sempoi sudahla. Lepas bagi sijil dan ambil gambar kursus, semua pun setel lah. 

Sampai kat rumah pukul 10 malam tadi, selepas acara melepak di Dataran Pahlawan.

Terima kasih kepada semua para Urus setia (IPL), penceramah (Jaypieyeah), dan peserta semua.  :)

Terima kasih juga, Grand Continental Melaka bagi saya souvenir kain pasang. :)

p.s : Sebenarnya, thanks so much to Imran sebab, kalau dia tak initiate plan jalan2 ni, I guess I will spend most of the spare time, doing what I do best, sleeping. HUHU.

Written by aishah

Mei 22, 2009 pada 12:39 pm

Dikirim dalam friends, grapevines, jiji, wayang

20 Respons

Subscribe to comments with RSS.

  1. jeles ah!

    shahsulong

    Mei 22, 2009 at 4:03 pm

  2. happeningg…

    oren

    Mei 22, 2009 at 4:54 pm

  3. mid/oren,
    aku rasa dah boleh kut nak bawak korang ke ikan bakar umbai tu…
    insyaAllah…

    aishah

    Mei 22, 2009 at 5:20 pm

  4. yezzaaa!!! melaka memang best.. 5 tahun kat sana, memori terbaik!!! :) awat tak pi cari asam pedas kat kota laksamana???

    demang

    Mei 22, 2009 at 8:30 pm

    • demang…dapat pusing2 dengan tak sesat tu dah kira kemujuran. kota laksamana? nanti la kami cuba… :)

      lagipun, kat hotel dah ada asam pedas…hehe

      aishah

      Mei 25, 2009 at 9:35 am

  5. makan seafood di umbai adalah terbaek.

    AyUmi

    Mei 22, 2009 at 11:24 pm

    • yes za! berjuang ari tu mencari tempat tu. siap GPS lagi. hahaha.

      aishah

      Mei 25, 2009 at 9:39 am

  6. rindu nye melaka.

    نورنانا

    Mei 22, 2009 at 11:55 pm

  7. Echah, jom jalan2 Melaka jom… :P

    buzzybug

    Mei 23, 2009 at 9:23 am

  8. hehehe awat tak try makan asam pedas kat pasar borong Melaka ..apa ntah nama tmpt dia ntah tak ingat dah … perghhh asam pedas dia sodap wa cakap lu … kena gi pepagi arrr sebelum matahari terbit …hihihihihi

    cicak

    Mei 24, 2009 at 6:31 pm

    • cicak…
      nantila lain kali gi try. pagi2 buta dah makan asam pedas, ada potensi ni untuk sakit perut.

      aishah

      Mei 25, 2009 at 9:50 am

  9. psssttt… jonker street jgn sekali2 kau lupai tau…
    terbaik di kalangan yg terbaik.. haha
    (nak jugak tuh!)

    Rizuan

    Mei 24, 2009 at 9:19 pm

    • pergi. tapi waktu malam, so takde apa2 dapat dilihat. tapi, kat situ sangat cantik. lampu merah dilatari dinding merah.

      [mengingatkan pada cerita hantu cina]

      aishah

      Mei 25, 2009 at 9:58 am

  10. Makan nasi lemak dengan ikan bakar yang best dan segar.

    Sesuatu perkara yang baharu bagi tata.

    t.a.t.a

    Mei 25, 2009 at 9:48 am

    • memang sedap, tata…jom tata, kita gi melaka pulak!
      tapi i have to put away those sambal…pedas giler. tapi nasi lemak ngn sambal kicap pencicah ikan bakar tu pun dah marvelles!!

      aishah

      Mei 25, 2009 at 10:00 am

  11. perghh.. sakanns echah tewww

    en_me

    Mei 25, 2009 at 1:11 pm

  12. [...] Link (yang best!) dan yang kecil tu, Profesor Lipas. (lupa nama dia..) Sabtu saya menggembirakan! Thanks. Ahad saya ke kenduri encik Pojie, kawan en. zaki.  En. Zaki jadi pengapit. Saya pergi ke sana [...]


Tinggalkan jawapan