Indahnya.

Jun 12, 2009

Syukur, Alhamdulillah.

Presentation untuk meeting tadi, aku yang harus laksanakan. Memandangkan bos kecik (BK) telah ke hospital dan dapat cuti rehat, langsung tanggungjawabnya terpindah kepada aku.  Ya Allah, memang aku berdebar-debar.  Presentation di depan para Ketua Jabatan dan wakil2 HR Manager dari Jabatan dan Agensi. Sangat mendebarkan. 

Tapi, alhamdulillah.  Presentation berjalan lancar.  Walau ye, pada mulanya memang aku terketar-ketar.  Nasib meeting aku start pada jam 3 lebih. 

Zuhur tadi aku yakinkan diri aku boleh buat.  Apa yang aku fikirkan?

  • aku yang sediakan semua, dari talking points, kepada slide, kepada handouts yang dibekalkan dalam folder meeting, jadi, insyaAllah aku boleh hadapi pertanyaan dan apa-apa sahaja
  • aku pun lambat laun akan tetap dipertanggungjawabkan untuk bentang apa-apa lagi, kalau tak sekarang, mungkin pada masa depan. There’s always going to be the first time. So, first time aku adalah tadi. 
  • aku kena buktikan pada BK yang aku buleh buat. :P

Alhamdulillah. 

Tadi KSU dan beberapa wakil Jabatan mahu turut terlibat dalam updating personal record melalui sistem, secara live, real time di Bilik Latihan ICT.  Ya, aku yang bagi taklimat dan demonstrasi.

Indah betul perasaan aku selepas meeting hari ini.

:)

p.s : Thanks kepada kawan2 yang menyokong dari dekat, jauh, maya atau fizikal.