Memo

Jun 16, 2009

Meeting

I baru balik dari meeting di Cyberjaya. Canggih betul tempat tu. I rasa jakun sekejap. Semalam pergi survey, nampak macam bangunan tak siap saja. Tapi pagi tadi masuk dalam, I rasa macam wah. Indahnya. I don’t mind working here. :)

Oleh kerana tempat itu pejabat baru, maka ramai jemputan mesyuarat datang lambat sebab tak jumpa (tempat tu). I pun nasib baik jer dah survey semalam, itu yang sampai awal. Oh, by the way, I sempat bersembang-sembang dengan kawan2 lain.

Ada orang hensem. HIHI. I like. Bersembang-sembang kosong saja. Bincang-bincang pasal status kerja di pejabat masing-masing. Tapi itu saja. Bila meeting, seat I hampir sekali dengan chairman dan orang hensem tu jauh di hujung sana (seat dah ditetapkan oleh Urusetia). Di tepi skrin.  HUHU. Takpela.

Sarapan di mana?

Pagi tadi I bangun pagi dan menyuarakan perasaan I nak pergi breakfast di kedai kopi.  I bagitau azy, “saya nak cari tempat makan macam kat Kelantan tu, yang kita boleh makan nasi kerabu atau nasi berlauk dan minum kopi” Kat sini susah nak cari. Air kopi biasa pun dah capai RM5. HUHU.  I teringat masa kecil dulu, pernah my father bawa gi breakfst kat kedai kopi sebelum dia masuk kerja pukul 8. I nak suasana macam tu.  Sekarang ni, tapau bolehla kat tepi jalan. 

Oleh kerana I nak gi meeting, I pergi hantar azy ke pejabat then I jumpa Abang driver.  I cakap nak gi minum. Dia pun kata, “Minumla kat tempat bas, kat cyber tu.” I pun ajak azy ikut I pi minum gak.  Bestnya. I dapat minum kopi yang sedap pagi ini dengan bayaran rm1 sahaja!!! Wah. I don’t mind driving there every morning pun.  Terus I and azy berangan nak berumah di Cyber. :)

Retreat

Weekend ni I ada retreat di kepulauan.  Agak letih. Banyak kerja. Okaylah. I nak chau dulu.

:) Bye.

p.s : I macam nak bantah pengesahan minit tadi, sebab dia letak nama I puan. Jatuhla saham I!!!