Archive for Jun 29th, 2009
You boleh
You boleh tanya orang lain, sebelum pergi meeting di hari Ahad tu, nak pakai baju apa. Jadi bila you seorang yang pakai baju kurung, jangan nak membebel kata dalam surat tak nyatakan pun pakai baju apa. You dapat tahu pasal mesyuarat tu awal kan. On weekdays, you had plenty of time to ask and plan.
You boleh datang tanya your staff kalau diorang ada masalah dengan you. Bukannya hantar email macam macam nasihat atau quote yang entah apa-apa, yang mungkin membangkitkan masalah yang sebenarnya tak pernah wujud pun. You ni psiko lah!
You boleh jadi seorang lebih considerate, tau tak? You boleh dengar masalah your staff. Jangan nak tuduh tuduh diorang curi tulang atau tak buat kerja. Dahlah you tak pernah puji diorang dengan baik, you tambah lagi keburukan hubungan you dengan staff melalui tuduhan tuduhan yang kadang kadang tak masuk akal. Orang lain pun ada perasaan, tau. Lepas tu you boleh pula dengan senang lenang sebut pasal respek. You tau kan, kalau you respek orang, orang akan respect you balik.
You boleh buat kerja thru email sebelum ni, kan? Kenapa sekarang you selalu nak marah saja bila kerja dijalankan macam biasa melalui emel? Kalau tak suka, dan mula cara baru, you boleh kan bagitau elok-elok? Ini tidak, kesian pulak staff you kena marah tak tentu hala atas kebiasaan sedangkan you tak pernah khabarkan penggunaan format baru dalam kerja you. Macam mana you nak minta semua orang ikut kalau you tak pernah bagitau betul betul apa yang you nak. You ni!
You boleh je bagi emel personal tau kalau nak tegur orang lain. Ini tidak, you boleh s.k s.k pula kepada orang yang tak de kaitan. Hmm. Pastu tak cukup kalau tak puas hati, you emel reply to all? Wah. Ingat semua orang nak tahu ke masalah you. Rasanya setiap penghantar emel berkaitan kerja ada letak signature dan contact number, in case ada masalah, boleh diselesaikan secara one on one. Kalau benda umum tu lain, ini personal you pun you nak reply to all dan s.k sana sini? You tahu, kadang-kadang benda macam ni akan malukan diri sendiri semula.
You boleh share tahu pengalaman yang you ada dengan orang lain. Secara baik. Bukan dengan cara menghentam kelemahan orang lain. Kesian. Tak ada makna tau you nak banding pengalaman you yang baru 2 tahun dalam servis dengan budak kontrak baru habis belajar. Dah sah sah pengalaman you lagi banyak.
I pulak tulis entry ni sekadar untuk sedarkan diri I sahaja. Oh, ini bukan pasal I keseluruhan. Nanti you all yang baca ni ingat I bermasalah pulak. HUHU.
Sabar.
*s.k s.k ialah salinan kepada. sebenarnya s.k is enough tapi kalau diletak berganda rasa lebih ryhme.