Arkib untuk 2 Julai 2009

Lucky Strike

I tak tahu kenapa I berdebar-debar ni. HUHU.

Ada lebih kurang 3 jam lagi before kami dapat melihat persembahan abang nuar. Yak a au!

Entahlah.  Apa perasaan? Sangat teruja!!!

Malam tadi pengisian minyak di stesen kegemaran hampir menjadi kenangan pahit. I beratur lama di kaunter di tengah2 tempat isi minyak, dah hampir 3 minit baru mamat cashier tu bagitau, kena bayar kat dalam.

I pun jalan ke dalam on the run tu. Sampai kat sana cashier pula kata pam number 8 itu rosak. So, I kena tukar pam. Tapi duit I dia pegang. I tanya dia, “kena bayar dulu ke?”

I dah bengang. Dia pun nampak bengang sebab cash machine touch series tu buat hal. Dia masih lagi pegang duit dan kad Smile I.  Lepas tu dia sengih sengih dan kata, “akak tukar pam dulu ye.”  Then dia hulur balik duit I tu.

Ada cabutan bertuah pula, I noticed di pam tu, lepas pusing tukar pam, I ambil pam number 2.

I masuk dalam nak bayar then I tanya adik tu pasal cabutan bertuah.

“Macam mana ni? Cabutan bertuah?”

“A ah. Hari Sabtu ni cabutannya”

“Jadi, kena datang sini satu hari? Bila dia umumkan?”

“Kena tunggu la. Saya pun tak tahu.”

“Kerja Sabtu ni?” I tanya.

Dia angguk. I ambil resit, tulis nama dan number telefon. 

“Kalau saya menang, adik ambil lah.”

Adik tu senyum. Dan saya pun gembira. Kesian dia kena marah dengan I tadi.


maybe redemption has a story to tell. maybe forgiveness is right where you fell. where can you run to escape from yourself?

yang tak menunggu

Julai 2009
I S R K J S A
« Jun   Ogo »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

yang pernah

  • 69,839 hits

twit twit

yang dulu dirindu