that was me writing

“maybe redemption has a story to tell, maybe forgiveness is right where you fell’

Archive for the ‘bas...’ Category

Kerna Sayang

with 14 comments

Just few hours ago I heard someone called me sayang. Heh.

I’ve found this lyrics in my other blog. I was so in love with this song before, and I guess I still am. How I love VE and Ruffedge back then. I was so young!

Watching them performed live, at open and free concert, merdeka, new year, at klcc. Things were easier those days.

tika kau berlari ku fikirkan..
hanya engkau yang kuidamkan
tak pernah pula kau bercerita
siang malam kau menderita
jangan dibiarkan perasaan menawar hati
jangan dibiarkan semuanya berlalu pergi

aku di sini ku tetap berdiri
ku mengundang kasih pergi sendiri
ku takkan kembali agar kita kan bersama

jangan pulangkan kerinduan
tiap kali kau berjauhan
tidak mudah ku melupakan..kerna sayang
kali pertama di pandangan
buat ku terbang di awangan
jangan pulangkan kerinduan..kerna sayang

engkau memungkiri janji..bukan aku
engkau yang melupakannya…bukan aku
hanya aku yang impikan..agar kita
berbahagia hingga ke anak cucu

tapi itu semuanya kenangan
yang tinggal hanya perasaan
dalam doaku hanya ingin selalu di sampingmu
oh pulanglah..

aku di sini
ku tetap berdiri
ku mengundang kasih
pergi sendiri
ku takkan kembali
agar kita kan bersama…

setiap kali mengenangkanmu
siang…malam…ku doakan kebahagiaan mu
yang kupinta hanyalah…tulus hatimu….
agar kau balas kerinduanku…

Written by aishah

November 11, 2009 at 5:22 pm

Dikirim dalam bas..., hmmmm, song

Letting go…

with 15 comments

Maybe it is the time to let go the thing that I’ve been holding on to these few years back.  It doesn’t have to be a final discussion, because it’s solely about me…All I have to do is think and think.  Things are all about me.  All on me, actually. 

It may sound so easy to say, but letting go takes more than just a word.  It involves my [broken] heart, a [strong] will and yes, it is a [tough] final decision.

But, after all, it’s good to everyone. 

Sedar atau tidak, ia mungkin melegakan banyak pihak. 

I am not sure kalau aku okay, but I will be. :)

Wish me luck!

Written by aishah

Jun 3, 2009 at 12:59 pm

Dikirim dalam bas..., hmmmm, self searching

Lari lari kecil

with 10 comments

Interface untuk add new post dah lama terbentang depan mata. Aku nak tulis sesuatu. Tapi tak dapat. Tiba-tiba aku jadi tak reti nak menulis. Idea lari lari kecil tinggalkan aku.

Perasaan agak bercelaru. Hidup kurang senang dan tenang. Mungkinkah kerana aku cantik?-Laskar Pelangi-

Ada satu rasa suka yang bercampur baur dengan keadaan berjaga-jaga. Susah nak define. Tapi takut tahu, takut untuk merasa terlalu teruja dan gembira dengan keadaan semasa. Yeah, ada sesuatu yang menggembirakan tapi pada masa yang sama mengundang banyak tanda tanya dalam hati aku. Teruk tahu perasaan itu. Simplenya ia adalah keliru.

Keliru. Perasaan aku macam sudah tak boleh dipercayai. Gerak hati macam gerak lebih-lebih. Tak sama. Sudah banyak kali rasa begini, sudahnya letih. Perasaan, bagi aku rehat, please. Minda, jangan fikir banyak sangat. Nanti stress.

“Cemburu adalah arang batu yang keluar dari neraka” <—Snow White, The Hallmark Channel, 8th April 2009.

 


For you I was a flame
Love is a losing game
Five story fire as you came
Love is a losing game

One I wish I never played
Oh what a mess we made
And now the final frame
Love is a losing game

Played out by the band
Love is a losing hand
More than I could stand
Love is a losing hand

Self professed… profound
Till the chips were down
…know you’re a gambling man
Love is a losing hand

Though I’m rather blind
Love is a fate resigned
Memories mar my mind
Love is a fate resigned

Over futile odds
And laughed at by the gods
And now the final frame
Love is a losing game

Love is a losing game, Amy Winehouse.

Written by aishah

April 8, 2009 at 11:38 pm

Dikirim dalam bas..., hmmmm, self searching

The Goners

with 24 comments

he used to wear the same design

he used to wear the same design

When he picked me up for dinner.  Walking together. I don’t know who was meant to be his girlfriend, but at that time, it was me, who was walking with him, though not hand in hand.

Rindunya!

Written by aishah

Mac 31, 2009 at 6:22 pm

Dikirim dalam bas..., hmmmm

Drama

with 12 comments

Sedang menonton Grey’s yang sangat sedih malam ini.

Meredith yang merelakan Derek keluar dengan perempuan lain depan mata dia. Kata-kata yang sama dari Meredith, turut keluar dari mulut aku dua tiga minggu ini. “I m okay”. Itu kata-kata keramat memujuk hati sendiri. At the end of the day, sebenarnya Meredith tidak mahu mengakui ketakutan dalam dirinya. Yang dia sebenarnya tidak pernah mahu melepaskan Derek pergi. Kata-kata itu hanya di bibirnya. Dalam hati, jauh sekali dari ok. Letih. Sedang Derek mengakui, hatinya masih pada Meredith. Derek pun bengong sebab tindakan dia keluar dengan perempuan lain, di samping menyakitkan hati Meredith, sudah tentu akan melukakan hati Rose [perempuan baru] bila nanti dia kembali kepada Meredith.

Juga kisah Christina, yang pernah menjadi tangan kepada Preston Burke semasa tangan Burke terketar-ketar selepas insiden tembakan. Tapi sekarang bila Burke dah meninggalkan Christina, dan menang anugerah Avery Harper [or Harper Avery], semua orang menyanjung Burke tanpa mengetahui, yang tanpa Christina, tak mungkin Burke mendapat kembali keyakinan akan kebolehannya dalam menjalankan surgeri. Tapi itulah, Burke adalah contoh lelaki yang mudah lupa. Lupa pertolongan dan kesetiaan dan sokongan perempuan yang mungkin pernah memudahkan hidup dan menyenangkan hatinya.

Izzie yang semakin matang dalam hidup dan karier. Bersungguh-sungguh tidak mahu mencampur adukkan hal peribadi dan kerja. Geram juga. Terus terang sahaja kepada Alex [oh Alex.] yang si Jane Doe itu tidak pregnant pun. Itu hanya helah untuk memastikan Alex terus dengannya. Simpati kepada Lexie.

Dan Hanh dan Torres. Juga Sloan. Sloan sedih sepanjang episod ini. Kekecewaan O’Malley terhadap tugasan dari Cif. Dan Cif yang sudah berbaik semula dengan Adele.

Meredith, sedarlah. Derek itu berdiri dan ada di depanmu.

Semalam, Prison Break. Suka hati bila melihat Scofield bertemu kembali Sara. Aduh. Itu satu drama yang stress. Harapnya musim ini dapatlah aku menahan kantuk. Kenapalah lewat sangat siarannya. Huhu.

Juga The Hills. Spencer itu seorang jerk. Tolonglah Heidi dan Spencer. Berapa persahabatan lagi yang mahu diruntuhkan semata untuk menjaga hati kamu berdua. Kesian Lauren. Spencer, grow up. Stephanie sudah cukup dewasa untuk memilih kawannya. Heh.

Dan drama pagi tadi. X harap W tidak tegur dia langsung. He’s not making things easier. X akhirnya menyedari, mungkin bagi W perkara terjadi antara dia adalah nothing. Sedang X sudah berhabis air mata mengenangkan persahabatan yang kian rapuh. Meletihkan.

p.s : Ini untuk nota diri sendiri. Sesiapa yang tidak ikut siri-siri ini, baca sajalah. Eh.

 p.s 2 : Happy birthday dear. My wish for you, still the same.

Written by aishah

Januari 20, 2009 at 11:07 pm

Hari yang tidak berapa cerah…

with 14 comments

Mungkin minggu pertama Januari ini memang untuk aku. Boleh aku kata begitu. Muram dan mendung. Memang aku gembira dapat lepak dan bermalas-malasan dengan kawan2 yang memahami dan menyayangi aku. Tapi ada satu perkara bodoh yang meletihkan aku. Salah aku juga sebab benarkan benda remeh temeh macam tu mempengaruhi hidup aku.

Kenyataan itu melukakan. Aku harus mengakuinya. Macam mimpi ngeri yang jadi kenyataan. Aku tidak pernah ada klu pun untuk menghadapinya, kalau-kalau ia terjadi. Ia terjadi, akhirnya. Di depan mata aku. Mimpi-mimpi indah aku terbang dan terhempas. Realiti terlalu kuat, aku tak sanggup menghadapinya. Jadi benarlah, kenyataan memang pahit. Aku mahu menangis tapi aku tertawa. Apa yang berlaku, adalah tidak adil dan teruk untuk aku yang lemah ini.

Semestinya, kesalahan itu berpunca dari aku juga. Aku meletakkan harapan pada sesuatu yang aku sendiri pun tidak pasti. Macam aku melibatkan diri dalam pelaburan atau perjudian yang aku tidak punya panduan. Aku mungkin menang, aku mungkin kalah. Aku mungkin berjaya, aku mungkin gagal. Nampaknya, aku sangat hampir kepada kegagalan. Beberapa inci saja memisahkan aku dengan garis kegagalan.

Tapi gagal tak semestinya bermakna aku terus jatuh. Tidak. Aku harus kuatkan hati dan bangun semula dengan segenap tenaga yang ada. Kerana apa? Kerana aku tahu, it’s gotta be more to life.

Bukan hal yang menjatuhkan aku itu saja yang membuatku bangkit selama ini. Banyak lagi hal lain yang menggembirakan aku. Kan? Yang lebih memberi aku semangat dan kehidupan.

Kenapalah aku jadi lemah dan mudah rebah sebab satu benda yang tidaklah penting sangat pun. Tidak penting tapi aku begitu senang membiarkan ia mempengaruhi sebahagian besar kehidupan aku.

Maaflah, aku dah harukan hari Isnin yang memang sedia biru dengan luahan perasaan aku. Harap2 perasaan sedih, bengang dan letih ini akan hilang. Doakan aku.

Written by aishah

Januari 4, 2009 at 11:29 pm

Dikirim dalam bas..., hmmmm, self searching