~wayangs!~

Masanya sudah tiba! Bertekad bersemangat. (sapa ingat lagu nih? lagu Rakan Muda…)

Dah lama saya dan rakan-rakan tidak keluar berpoya-poya menonton wayang beramai2. Oleh sebab itu, Rabu ini saya nak ajak kawan2 tengok Stardust

stradust.jpg

di TGV Cheras Selatan. Tapi tadi saya cuba buat on-line booking, tapi tak dapat pulak. Booking dibuka sampai hari Selasa saja. Mungkin saya kena cuba book pada hari Rabu nanti. Harap-harap dapatlah tengok!

Sabtu lepas, saya, Oren dan Fish dah pergi menonton 1957: Hati Malaya

hati-malaya.jpg.

Cerita dia? Okay lah…Menjadikan saya lebih bersemangat Malaysia. Meningkatkan nasionalisma. Menambahkan minat untuk memahami sejarah penubuhan Malaysia. Yeah, betul apa…sekarang saya tertanya-tanya, macam mana perjuangan pra-merdeka ini sampai di Kelantan. Kenapa? Sebab banyak perjuangan fokus di Kedah, Johor dan Kuala Lumpur sahaja.

Nasib baik Oren ada buku Tun Dr. Ismail. Jadi, saya dapat lebih memahami perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan ini. Saya tak pernah ingat nama Sardon Jubir. Tapi bila saya tengok Hati Malaya, dan baca buku TDI tu, baru saya tahu, Sardon Jubir itu, Menteri Perhubungan di awal pasca merdeka. Merupakan peguam yang berasal dari Singapura.

Satu saja saya tak puas hati dan tertanya-tanya…kenapa semua perempuan yang membawakan watak utama dalam cerita ini mempunyai rambut berwarna perang. Mungkin dulu memang macam tu.

Kepada semua, tengok lah Hati Malaya. Tak kisahlah tentang hal-hal lain yang timbul dalam cerita tu. Hayati saja perjuangan para pejuang kemerdekaan dulu. Kita mungkin akan lebih menghargai kemerdekaan yang kita dapat sekarang.

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

17 thoughts on “~wayangs!~”

  1. Dah agak dah tu. Mesti ada first tu.😛
    Cheras Selatan je yang terdekat dan ada Stardust. Yang lain OU. Even Sunway pun takder lagi kut. Cheras Selatan tu pun, atas sikit je dari Mines. Jemput ikut bang!

  2. Echah,

    Tadi I talked to Zarul (kawan Aimi) and dia kata ko gi open house dia jugak. Oh, sungguh kecil dunia (cliche statement).

    Anyway, aku pun ada cita-cita nak tonton Hati Malaya tu. Kalau masa tak mengizinkan, mungkin beli dvd (musti yang original).

    Bersemangat waja terus berusaha
    Keazaman terus membara…
    Yakin boleh
    Rakan muda!
    😀

  3. Haha. I like, chech ko still ingat lagi lagu itu. (lagu semangat zaman kanak2 dulu)

    Zarul…heheh. Kawan Aimi and Oren tu. Aku ini pengiring diorang ajer…Anyway, iye, lunch Sabtu ku di rumah Zarul. Makan banyak giler…😉

    Beli yang original okay!😛

  4. saya lom tgk citer Hati Malaya tu walopon saya pecinta sejarah..
    Takde masa lak..kalo ada pon, malam..malam? x besh la nengok wayang memlm..

  5. Pergilah kat MBO tu… 2 tahun yang lalu Linda Onn n Fahrin pernah tengok Madagascar kat situ…maklumlah takdo orang ramai…dating pun sonang…
    Ramai gak selebriti gi situ dulu…privacy!😉

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s