Kawan-kawan dan Jiji…

Cacah nak letak kat sini pantun-pantun yang ditujukan khas kepada Jiji…

Dari kawan-kawan Cacah yang memang menunggu-nunggu kehadiran Jiji…

mr.wise;

keluar subuh mencari gaharu
menghilang penat minum secawan
apa guna berkereta baru
jika tidak ditumpang kawan

cacah jawab;

kereta baru dipandu sani
kereta sani dipandu nolee
wira s.e medcham pun tak naik lagi
kenalah naik yang tu dulu baru boleh belasah jiji…

mr.wise;

iblis jahat lagi keji
dipanah petir gegak berdentum
aku sudah tengok interior jiji
plastik seat dah buke ke belum?

cacah;

masamnya muka macam cuka
cuka masam dari Bintulu
plastik seat jiji belum dibuka
sani kata tunggu lah sebulan dulu…

mr.wise;

jangan dikejar burung kedidi
risau nanti tersepak kendi
jemput echah naik WND
itupun kalau echah sudi

pirates;

anak beruk dah banyak bulu
minum tuak muka jadi biru
plastik tu biar la sebulan dua dulu
baru semua tau chah pakai kete baru

shahsulong;

sungguh riang kawan di sana
bila mula berkereta baru
kawan-kawan di sini janganlah dilupa
jemputlah sekali naik kereta tu

cacah lagi;

papaya la bukan payapa
syawal kena marah dengan mastura…
insya Allah echah tak akan lupa..
tapi tunggu aje la masanya ya…

mr.wise;

jgn dilempang anak si nyonya
kelak nanti bapak tak suke
saya di sini ingin bertanya
raya haji echah balik kuala krai ke?

shahsulong;

sungguh senang rasa hati
bila echah dah sudi mempelawe
bawa kereta baru tu berhati-hati
kena saman nanti tak saje-saje

yak a au!

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

7 thoughts on “Kawan-kawan dan Jiji…”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s