Cacah selsema. Semalam mesyuarat pukul 5.00 petang, habis pukul 6.15 petang. Habis bukan habis macam tu aje, tapi habis dengan berbagai-bagai kerja yang nak kena selesai minggu ni…(baca : minggu ni, hari ni lah hari last bekerja…) Jadi semua kerja yang dibincangkan semalam, KENA selesai hari ini. Sangat tidak suka, boss yang cool pulak kursus sampai hari Jumaat depan. Argh, I am lost without boss yang cool itu! Huhu…
Masa tengah buat kerja dengan P.A (Penolong Akauntan) Cacah semalam (selepas mesyuarat), tetiba saje blackout…Masa tu dah pukul 7.40 pm…Gelap gila, dah lah bilik kerja Cacah ni jauh ke dalam…Bengang betul. Terus tak dapat buat kerja. KPSU pun ada datang jenguk semalam, kebetulan dia nak balik masa tu. Terima kasih boss.
Malam tu angkut staf dengan Jiji la… Makan di Taman Warisan, terlepas nak pergi kenduri Era dan Ezri… Masa nak balik, tengok2 ada MyVi parking rapat gila dengan Jiji…Tak tau ke Cacah ni tak berapa reti lagi nak keluar side parking yang mencabar jiwa dan raga tu. Terima kasih lagi kepada KPSU kerana sudi membantu Cacah mengeluarkan Jiji dari dikepung oleh MyVi dan NazaCitra itu.
Alhamdulillah malam tadi Jiji berjaya diparkingkan dengan selamat.
Ahahahahah, semuanya dinamakan, sampai kena paham betul2 siapa Jiji dan Cacah tu… Huhuhuhu
Ahahah..mujur cacah tak namakan sekali myvi dan nazacitra itu…ahahks… 🙂
cacah bunyik agak pelik la wei. tukor la. haha
saya paling benci side parking.. hehe..
ahahah..biarlah…faruq, jumpe di residence ek…lama tak lepak sesama..nanti bleh pusing2 ngn Jiji… (ahah mesti kau dah muntah…)
same here buzzybug!
aku agak tak suka jugak dgn kebizian hujung thn ni..semuanya nak segera. aku pon sama mcm ko..bos dua2 takdak..susah nak buat keje sbb aku tak boleh buat decision..hahaha..
pengalaman aku keluar dari side parking masa memula drive keteku yg kecil tu..aku pulas2 je stering tu…dalam 1/2 jam gak nak kuar..org tengok semcm je..tapi i have to do it by myself..takdak org nak tolong hatta KPSU pun takdak nak tlg..(hehe…)
ala..body myvi kat kuat..langgar je..gesel2 calar2 kat bumper keta tu biasala.. :p
by the way, i am using a GEN-2… 😉
haha..gen2 ngan myvi pun lebih kurang je..:P (cover malu)
haha…takpe…malu itu sebahagian daripada iman…
eh, akak pun x suka parking side..
sebenarnya x penah lepas pun kalo tinggal satu parking JE utk kita,
or, nk keluar dari parking side bila kete yg depan dgn belakang AMAT RAPAT..
akak rela g jenjalan lagik sampai koa salah satu… (kalo x urgent leh la jalan2..)
kalo waktu keje, xkn wat parking side bila koa g mana2..
kang jenuh pikir camne nk koa!!
ahah echah sampai sekarang, side parking ke, butt parking ker, parking normal ke…memang tak pernah konfident. apatah lagi nak kua…hmmm…