Whatever happens in weekend…

Ku pejamkan mata
Kau hadir di sisi
Ku hulurkan tangan
Kau sambut dengan kasih
Tenangkanlah hatimu
Agar bisa tersenyum
Pejamkanlah matamu
Jika rindukan wajahku

Ku pejamkan mata
Kau hadir di sisi
Bisik mesra darimu
Menyemai kasihku
Bahagiakan dirimu
Agar bisa ku senyum

Pejamkanlah matamu
Ku pasti di sisi
Untuk dikau kasih
Ku curahkan cinta suci
Yang tak mungkin terpadam
Akan terus membara
Bahagiakan dirimu
Di saat ku tersenyum
Pejamkanlah matamu
Jika rindukan wajahku

Janjiku kepadamu
Aku pasti di sisi

Suka lagu ni..tapi seirus, tak reti nak nyanyi pun..Baru dengar sekali, masa tengok filem 9 September.
Hmm…tak tau kenapa terngiang-ngiang lagu Breakfast at Tiffany di telinga ku…Rasa macam jatuh cinta ngan lagu itu. Huhu…ke jatuh cinta ngan orang yang suka lagu itu…😉

Sabtu malam hari itu, aku telah membuatkan bumper depan Jiji tercalar, di mana aku telah melanggar bumper Waja seorang family man. Nasib baik abang itu sangat kool dan bertolak ansur dan tidak marah2 sesuka hatinya. Aku redha je lah…even masa nak tidur malam itu aku macam trauma jugak.

Malam Jumaat aku telah memandu Jiji ke JJ Balakong. Mestilah ada supervisor (SV) di sebelah. SV aku itu sangat garang, tapi caring. Ahahks. Thanks a dear.

Hari Sabtu pulak, Paris telah menambahkan driving confidence aku kerana aku telah memandu dengan berhati-hati, seorang diri ke Bangi untuk menjemput beliau di rumah, dan selepas itu beliau telah mencadangkan aku untuk memandu ke The Curve, and yeay! aku berjaya sampai dengan selamat.

Pada malamnya pula, aku berjaya memandu Jiji ke KLIA (bersama Paris) untuk menjemput Oren dan Nolee yang baru pulang dari Sabah. Alhamdulillah…selamat sampai dan hantar diorang ke rumah.

Hari ni ada lagi satu batch P*TD baru masuk. KPSU called tadi untuk memberitahu bahawa ada orang hensem masuk. Yak a au! Saya memang alergik orang hensem! Sesi taklimat department ini akan berlaku pada 30/11 nanti. Alright, I’ll be ready! Aiyak, lupa nak tanya berapa orang ek? Takpe pasni call la tanya.

Hari ini, saya akan mengemaskini prestasi perbelanjaan untuk tahun ini. Kalau tak perform, tahun depan tak dapat bajet banyak u all! Mati aku kena ngan Big Boss. (Mati ke?)

Kay, sekian update. Back to work! Have a nice day!

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

22 thoughts on “Whatever happens in weekend…”

  1. babe..
    sorry for jiji..
    a lil bit gulity coz asking to come by, n u’r having accident wif jiji..
    hope he’s getting better.. so do u..
    hapi monday.. daa~

  2. fadh, hallamak! ko suka lagu ni ker? ahah glad u like it, anyway..

    zetty, don’t be sorry babe. nak geroh..nak buat ghano…it was fun meeting u…and aiman and omar too.

    buzzybug, heheheheheheh….😉

  3. echah sekarang tgk wayang tak ajak kami dah … sumer citer best beliau dah tengok … kami masih lagi belum tengok bee movie beliau dah tgk 9 september … sentap!

  4. zuriaf, ahah..memang kurang mahir. huhu…masih tergagap-gagap lagi..

    girl, dah bercium dah. thanks, i have to be extra careful next time.

    mamawafiy, thanks. memang pengalaman…

    fadh, aku pon lum tengok lagi that muvie

    kak nana…hmmm….😉

  5. lau apa ntah…lagu dari felem 9 september…amik dari blog zuriaf…cuba akak klik muka zuriaf itu, nescaya akan membawa ke blognya…ada disertakan link download here rasanya…for the song. tq.

  6. KNizam, i got that song dalam kompilasi school of rock…buy 2 for RM70 di Borders. Sekian terima kasih. 😉

    Belanjawan satu hal..nak membelanjakan wang itu adalah satu hal yang lain…🙂

  7. siye ko jiji
    nk buat ghano…nk geros la katakan
    alergik org hensem???muahahahahaha
    echah dan org hensem bagaikan tidak dpt dipisahkan…
    “…(blablabla)…tp dia hensem…” – ayat normal echah
    peace!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s