Update sebelum exam!

Hari Jumaat lepas saya telah membawa Jiji untuk dikhidmatkan (serviced) buat kali pertama. Yes, Jiji dah lebih 1000km perjalanannya! Terima kasih kepada En. Pirates kerana membawa saya ke Pusat Servis yangbertauliah dan seswaiii gittew dengan jiwa dan perasaan Jiji…

Pagi Sabtu saya telah dikacau oleh abang sulung saya iaitu En. Exguy yang beria-ia menagajak saya jogging. Namun saya mengatakan tidak sahaja kerana saya amat mengantuk. Lagi pun saya malas nak mencari ke mana agaknya kasut sukan saya…entah bila kah agaknya kali terakhir saya jogging. Walaubagaimanapun, saya tidak dapat menolak ajakan beliau untuk breakfast. Kami breakfast di fudkort yang baru dibuka di Precint 9. Dengan mantap sekali saya makan nasi lemak dan nescafe ais. Mantap. Alhamdulillah, En. Exguy telah menaja breakfast saya pagi itu.

Pada jam 11 pagi, saya ngn Cik Nurli pun bergerak ke Opis. Saya nak studi! Kata saya kepada diri sendiri. Tapi saya hanya mencetak notes2 yang disumbangkan oleh kawan2 yang terlebih dahulu ambil periksa itu. Wah banyaknya! Saya telah merasa berdebar2 dan rasa macam tidak sempat saja nak belajar. Ini tidak boleh jadi. Terus saya rasa lapar. ๐Ÿ˜›

Pada jam 4.00 petang saya telah tercongok depan rumah En.Exguy. Saya telah berjaya mengejutkan dia dari tidur beliau. Haha. Padan muka beliau kerana siapa suruh dia kejutkan saya pagi tadi. Kami pergi makan char keow tiow.. (entah betul tak eja nih.) Kemudian kami pusing2 tengok rumah. En. Exguy telah membebel kepada saya kerana beliau tengok tayar Jiji macam takder angin. Lalu saya mengaku, ye, saya lupa nak letak angin. So, kami pergi isi angin tayar Jiji.

Selepas itu, En.Exguy telah berjuang untuk mempolish bumper depan Jiji (yang saya calarkan dengan pelanggaran yang tidak diduga…) Alhamdulillah, bumper depan Jiji dah kembali ceria, kecuali untuk tempat kaler Jiji terkopek tu jer lah…

Hmm…panjang pulak cerita ari ni. Saya ada sikit gambar2 nak share.

Doakan saya berjaya menjawab soalan dengan baik eh. Thanks.

00050005.jpg

The double rainbows! (11 November 2007)

 

00680068.jpg

Masa di Johor Bharu. (13-17 November 2007)

 

00090009.jpg

Dengan Jaja..exclusive lepas (Jaja) kawin.

 

00450045.jpg

Dengan Kak Linda, Pengarah RSD Pahang!

 

01860186.jpg

Jiji enterframe secara besar-besaran gittew! yak a au!

 

01880188.jpg

Nampak tak kecalaran Jiji?

 

018901891.jpg

Ni part Jiji yang paling parah. Dahlah ada najis! Kesian!

 

Jeng jeng..ni lepas Jiji dipolish oleh En. Exguy!

 

01950195.jpg

Tiada calar lagi! yak a au!

 

01940194.jpg

 

 

 

 

 

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

26 thoughts on “Update sebelum exam!”

  1. sy benci PTK kerana dah tua2 ni..otak dah lembap nk study…dan sy gumbira apabila bc paper semlm..yg tiada lagi exam utk PTK tetapi tkr ngan kursus..ngeh3

  2. i know u r on leave today (as what u told me that day)..but still wanna shout out. Happy nampak Jiji dah cantik kembali dan mungkin akan mengganas semula di jalanraya…sori tak sempat sembang dgn ko mas exam..gabra seyh…

  3. medcham…best kan perkataan dikhidmatkan tu?

    abikal (abang hilang akal), tak abis2 ngn akronim nampak…

    oren, thanks!

    zuriaf, saya lum tua mana lagi…kang terasa hati orang2 lain yang betul2 tua…huhu๐Ÿ™‚

    kak nana, naik pangkat ke? insyaAllah…biasa mulut akak masin kan…๐Ÿ˜‰

    me…takpe, at least leh asah balik skil study…

    knb, thanks for linking to me!

    bro yginsaf, jiji tu macam amanah jugak..kena jaga jugak…tanggungjawab tu…

    fadh, ganas ngn kereta takpe, jgn ganas ngn jiwa dan raga orang dah….

    mama, tu lah…aku sedar2 ko dah tiada dari pandangan mata ku…wish u did well! kuar dewan awal tu! mantap!

    abang ku…jgn lah…huhu…

    to all! thanks! seronok baca komen korang!

  4. kak nana, kena jawab…

    ari ni ada taklimat sampai petang karang…ingat rehat nak tido jap tapi jawab komen adalah lebih best dari tido…

    argh ngantuk!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s