Rumah lagi!!

Pukul 6.57 petang, hari Rabu lepas, saya berlari-lari (naik lift..) ke Aras 6, blok ni di kawasan Red Bricks ni. Nak ambil gambar pemandangan dari situ. Ingat nak letak dalam blog macam encik knizam buat, tapi saya sedar, bangunan ni rendah saja, setakat aras 7 saja. Dengan aras paling tinggi di aras 7 yang seakan2 terlarang untuk dilepaki saja-saja, saya pun travel setakat aras 6 sahaja. View yang saya dapat tu biasa-biasa saja. Tapi saya rasa menarik jugak lah.

02360236.jpg

Hari 1 Muharram, saya dan Nolee ada appointment dengan seorang agen rumah. Pirate juga telah menolong kami dengan mencarikan rumah. Okay ni details sikit-sikit pasal rumah yang saya dan Nolee jenguk semalam.

Rumah I
3 bilik, 2 bilik air, 1 tingkat
Sewa RM450.00

Rumah II
5 bilik, 3 bilik air, 2 tingkat.
Sewa RM500.00

Selepas berkira-kira dan berbincang dengan Nolee dan dipengaruhi oleh Pirate sikit, dan tidak lupa Uncle bakal jiran kami, kami pun setuju untuk konfirm saja rumah II itu. Lagi pun, saya kurang gemar sedikit dengan cara agen rumah I yang agak kerek seolah-seolah ramai lagi orang berminat nak rumah tu. Ucapan beliau,

“kenapa mau konfirm hari rabu atau selasa, I cannot promise u, ada ramai orang mau rumah ini. good condition, ada kipas angin kat master bedroom, bilik besar…bla bla blah….”

Selepas habis hal rumah saya, abang saya yang seorang ini ingin mengajak kami (saya, Nolee dan Zul) berjalan-jalan ke Giant, nak beli ironboard katanya sebab masa breakfast, tengok kat iklan dalam paper, ironboard kat Giant cuma RM9.98 sahaja…Saya pun ikut saja, saya tak ada program apa-apa pun. Semalam telah didedikasikan untuk tengok rumah sahaja. Alhamdulillah, Insya Allah rumah II akan ditakdirkan untuk kami.

Doakan ek!🙂

Have a nice day!

Saya sebenarnya baru saja transfer gambar raya haji hari tu. Terlebih sibuk hujung tahun hari tu.🙂

001600161.jpg
Pakcik ku, De Se dengan lembu yang bakal dikorbankan.
00200020.jpg
Tahun lepas giliran Waie korban, my 2nd youngest brother.
00500050.jpg
Di rumah nenek. My baby brother, Naim (in yellow baju melayu) with his beloved cousins (Nurul dan Imran).

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

22 thoughts on “Rumah lagi!!”

  1. chah..
    tak sengaja nak gelak bila baca entri ni..
    hehe…

    sori…

    (tapi akak tau kenapa akak nk gelak..)

    err..bleh tak lenkali amik pic matahari terbenam dr opis ecah? nak tengok camne..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s