Perkembangan semasa…

Oh yeah. Echah pun tak tahu nak tulis apa. Balik dari US di Rembau hari Jumaat lepas. Echah singgah di rumah lama. Jenguk-jenguk barang yang ada lagi kat situ. Bila nak angkut sampai habis pun echah tak tahu. Ada sofa dan kotak yang berisi buku dan baju-baju lama yang tak akan digunakan dalam masa terdekat ni. Entahlah. Rasa macam nak gajikan orang saja untuk angkut barang-barang tu.

Kulapuk. Rasanya surat dari emotie sudah dapat. Tapi echah tak nampak pun. Tahu-tahu bos di perkhidmatan emotie kol tanya siapa yang keluarkan surat untuk retain echah di tempat semasa ni. Walaupun echah sedang menanggung kerja admin, takkan lah echah sendiri yang keluarkan surat untuk retain diri sendiri. Pastilah bos echah yang kool itu bertindak pantas untuk tidak kehilangan ofiser kool dan mantap macam echah ni kan. Heheh.

Situasi seterusnya, echah pun tidak tahu. Jumpa rakan 105ers di US tu, kebanyakkan dari mereka sudah pasti di mana penempatan seterusnya. Sama ada stay di tempat lama atau telah berpindah ke tempat yang memerlukan. Bila echah ditanya, echah jawab, entah, terserah kepada BB untuk tempatkan echah. Bukan tidak mengambil berat, tapi faham-faham lah, kerja di tempat semasa ini pun ada lagi yang belum selesai. Sudahlah menanggung kerja takkan nak tinggalkan bos yang kool itu seorang menanggung bebab finance dan admin.

Seminggu sebelum pergi US, abang-abang echah yang kool iaitu abikal dan pirate telah pergi kursus di pidiey. Masa ari mula2 dinner dengan nolee, teringat pulak kat pirate…biasanya, at least kami makan bertiga, kalau tak berempat. Echah cakap dengan nolee, rasa pelik je makan berdua jer. Hehe. See, we miss u abang…Abikal pulak, rasanya dah berbulan echah tak jumpa abikal. Rasa sangat lah rindu. Nasiblah abikal telah park wananya di rumah sebelah rumah echah. Bak kata orang dulu-dulu, tak nampak tuan, nampak bumbung rumah pun jadilah. Dalam kes abikal, nampak wana dia pun okaylah. Yang bahagian nampak bumbung rumah tu, terpakai untuk misteri gai itulah. Haha.

Kursus di US tu sangat dirasakan membasuh dan menyedarkan echah. Banyak sangat perkara yang tak pernah diambil berat tiba2 jadi penting pada echah. Hari pertama tiba di US, echah jadi teruja tengok air terjun. Terus echah bisik kat nolee, “eh, jom ajak pirate picnic ari ahad nanti”. Tetiba malam tu, nolee menjerit kat echah, “wow! macam ada orang baca fikiran mu..” nolee pun tunjuk esemes yang pirate tulis…ajak berkelah hari ahad ni…ada kat portal ptd tu, harap2 ramai lah join…boleh jumpa kawan2…

Oh yeah, di lorong echah sekarang, ada pertambahan rakan 105ers bila en.romi memilih untuk menyewa di rumah no.14 kepunyaan uncle Mohan yang pernah kami intai-intai dulu. Takpelah. Best jugak lorong tu ada ramai kawan2. Malam ni pulak ada majlis sambutan tahun baru cina. Nice.

Mengundi. Banyak betul blog yang membicarakan pasal election tu. Ada yang kelakar. Ada yang menimbulkan rasa tak puas di hati echah. Entahlah, echah rasa echah tak layak nak lemparkan pandangan pasal election ni. Harap2 semua yang bakal mengundi memahami dan tahu yang mana yang terbaik untuk mereka.

 us.jpg

Jumpa ramai kawan di US, ada paris, sufi, shidah, salina, nik shida, kak fid, jimi, napee, fiqa, dll.

Thanks for the wonderful time.

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

13 thoughts on “Perkembangan semasa…”

  1. abang..apalah…

    azhar, elvinado, knizam…US itu…ulu sepri…hehehe

    kak nana…oh yelah yelah…midi pun ada kat kursus tu…😛

  2. it was fun meeting frens again after being apart so long. kalu harap nk jumpa satu batch sekali lagi for a week’s course memang susah la.. tapi 79 orang kawan2 lama yang best pun still ok what?!

    ai.. bestnya bila ingat time kawad tu.. macam2 perangai :))

  3. huk aloh..
    tak habaq mai pun nak pi US tetiba dah balik..
    Ulu Sepri rope nya..
    tak pe la Ulu Sepri pun Ulu Sepri la..
    at least ada gak US tu..
    kan? kan? hehe

  4. hahaha … kat US la baru saya tau rakan satu batch bernama norhazlina dan norizam tu wujud … saya agak kera sumbang dulu zaman dpa … circle saya kecik je … tak perasan punggg mereka nie … ampun!!!!! but nice knowing them (n_n)

  5. zuriaf, kalau dah lama tak pergi, baik pergi..sebab hutan kat atas bukit tu dah nak kena tarah, katanya nak buat empangan…

    shidah, yes, it was fun…and for sufi and kak fid, it was like a bachelorette week party for them..

    no.sher.ta, hehe…US macam ala-ala kod rahsia gittew..

    Ulu Sepri, memang indah…ada air terjun…

    paris, bukan mu saja yang tak kenal norizam itu, fika dan taz pun sama seyh…dan kakak bernama norhazlina itu di depan katil mu eh?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s