GE 08

Banyak perkara yang mengejutkan. Kan? Malas nak review lah. Baca blog orang lain lah, kalau nak baca pasal GE. Saya nak pinjam tajuk je. Haha.😉

Apartmen Tiara.

Dulu masa saya kerja di MBO Cinemas, saya tumpang rumah pakcik di TDAR, Ampang. Saya pergi kerja jalan kaki jer. Hari-hari kerja, cuti 1 hari je seminggu. Bukan cuti di hujung minggu pulak tu. Cuti saya sama ada hari Selasa atau Rabu saja. Kadang-kadang takde geng nak melepak, saya lepak kat cinema jugak. Huhu. Kebetulan masa 1st dan2nd month saya kerja di MBO tu, my sis tengah cuti semester, so saya ajak dia kerja kat situ. Best lah ada geng. Nak balik lewat pun saya cam okay je…

Kadang-kadang tu saya balik lewat, kul 12 am pun pernah. Jalan kaki, yes. Berdua dengan adik. Kadang-kadang ada budak2 cinemas hantarkan. Bukan jauh mana pun, dalam 10 minit je jalan kaki. (guna jalan pintas, kitorang cari sendiri)😛

Kalau sampai kat flat kat umah pakcik tu, saya suka tengok ke kawasan apartmen depan kawasan umah kami. Namanya Tiara Apartmen. Kenapa? Sebab ada dua unit apartmen yang bersebelahan tu lampu dia sentiasa menyala bila kami balik kerja. Entahlah. Rasa macam satu kepuasan bila tengok apartmen tu. Lampu dia warna merah. Adik saya pulak suka tengok apartmen yang warna oren lampunya. Rasa hilang penat. Kadang-kadang kami lepak kat depan umah pakcik dalam 5 minit, just talking. Mata mengadap apartmen yang nyala merah dan oren tu. Entahlah. Lama-lama jadi habit pulak.

Tapi itu kisah 3 tahun lepas. Hmm..adik saya pun dah grad. Dah keje pun. Saya pun dah tak tinggal di Ampang lagi. Rindu jugak. Balik rumah pakcik pun on request je sekarang nih. Hari tu sebelum balik kampung singgah rumah pakcik, sempat jenguk ke apartmen tu. Tapi siang hari, mana nak nampak nyalaan lampu merah dan oren tu.

Hey sis, do u remember the red and orange lights? They used to keep us awake and alive, even at 12 midnight…
Hey sis, do u remember the good things we used to share? The arguments, the bosses, the boy friends…😉
Hey sis, wish u luck!

p/s : my sis is having her interview today. currently she’s one of the plkn facilitator in kulim. i havent see her for almost 4 months!😛

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

8 thoughts on “GE 08”

  1. em, dah tak ingat camne nk ajar how to leave comment on my frenster blogs.

    klik comment pastu tekan back ke apentah..

    anyhow, glad u’ve been hopping to my blogs too🙂

  2. amboi en azhar ahmad…
    camtu meh kita pulak pompuan jadi lelaki.. nak?
    hahaha..

    dulu masa sy duduk hostel, balik sek lepak kat bilik pengawas..
    tgk rumah depan tu, ada mamat mixed chinese & western..
    hahahah.. tak ingat dunia wei tgk dia..
    padahal org nya tak de.. dpt tgk rumah pun jadi la..
    che nana.. ingat tak???

  3. en.azhar, nak jadi pompuan lak ke? huhu bahaya nih..

    shidah, u’ve got nice blog, it’ll be beter if u share it in wordpress dear…

    niza, i offer you to be my big sister lah…nak?

    t.a.ta, dulu saya pun ada minat kat seorang senior masa kat sekolah, ala2 cina gitu, saya ngn kawan saya panggil dia Mr.Hair sebab rambut dia yang comel, menjadikan muka dia bertambah kacak! huhu😛

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s