Antara Muka Baru…

Interface baru  di wordpress. Sangat nice, saya suka!

Hari ni hari Ahad. Saya datang ke pejabat lama di RSD sebab nak kemas barang. Semalam saya dah pusing parcel tapi takder parking so saya pun melencong ke desa pinggiran, ke rumah oren dan paris. Melepak dan tidur petang di sana. Boleh tak? Lewat petang baru saya balik ke rumah. Nak tak nak, ari ni saya kena jugak datang office ni untuk kemas barang2 dan harta2 saya.

Sebenarnya saya agak segan, nak bawak semua barang saya ke office baru. Antaranya ialah kerana;

  • saya berkongsi office dengan seorang pegawai lain, dan saya rasa barang saya melampau2 banyak daripada barang tuan office sekarang..
  • saya berkongsi bilik dengan pegawai psikologi, psiko tak?
  • nanti kalau ada orang nak berurusan dengan dia, adakah saya harus meninggalkan office itu? ermmm mungkin dia akan membawa guest dia ke bilik discussion. hope so!

Rasanya itu sahaja.

Pagi tadi saya pergi jogging. Sorang-sorang. Sedang saya berlari-lari anak anjing menuju ke taman permainan yang best (ada track jogging) tetiba, larian saya dihalang oleh 3 ekor anjing yang cute. Bulu mereka sangat tebal. Mereka bermain2 di tepi jalan. Saya tengok di sekeliling, takde pulak tuan yang menjaga anjing2 itu. Lalu saya pun membuat pusingan 180 darjah, mencari taman2 lain yang sesuai dan tidak ada anjing. Susah jugak ek. Apa2 lah. Anjing pun nak bersenam kut. Heheh.

Saya jumpa taman yang lain yang best jugak, tapi track jogging dia pendek jer. Tapi okaylah. Takde orang sangat, so saya ambil kesempatan untuk bermain buaian yang disediakan untuk kanak-kanak itu. Owh, rasa sungguh heaven dapat melayang-layang di atas buaian. Huhu…

Hmmm…k lah. Nak start kemas barang. Esok saya akan mula di tempat baru! Ho yeah! Wish me lucks! muaaah!!😉

😆

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

9 thoughts on “Antara Muka Baru…”

  1. k.nana…nanti lah ek echah up pic baru…takde internet lagi..ni lepak tempat clerk jer…hehe

    niza, thanks!

    t.a.t.a, yeah, cudn’t agree more!

    zuriaf, hehe…saja suka2 mengimbas kenangan zaman kanak2 sesekali…

    kipp..yang tu ai lum cek lagi…nanti kita trai operate antara muka nih

    faruqy…sebelum aku main buaian tu…ada bibik seorang tu dah duduk dulu, so aku konfiden buaian tu sesuai untuk aku…hehe…😉

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s