Blues Sekejap…

Saya kenal dia melalui kakak senior kat Kolej dulu. Kakak tu pas number fon saya kat dia. Hehe. Saya tak kenal pun dia. Entah apa yang akak tu cerita kat dia sampai dia beria-ia nak kawan ngan saya. So, kami pun kawan lah… tapi tak pernah ada perasaan nak jumpe. Satu UPM jer sebenarnya. Tapi berkawan melalui telefon dan sms jer (sms mahal masa tu, satu sms 20 sen, baik gayut ngan public fon…) hehe…

Banyak sangat peluang nak jumpa sebenarnya, tapi tak bersungguh. Malas. Hehe. Ada satu kelas dekat Fakulti Ekonomi dan Pengurusan tu, sebenarnya, lepas kelas dia, kelas saya pulak. Tapi nak buat macam mana…saya dan dia sama2 malas nak bincang kemungkinan nak jumpa ke apa. Sampailah dia grad dan konvo. Tak jumpa2…

Then dia dapat training 6 bulan kat Maybank Training Center (MTC) tu, kat Bangi… Masa tu baru lah dia datang jumpa saya kat kolej, awal tahun 2004 kut…Heh. Tapi jumpa sekali tu jer. Cute jugak lah. Haha. Comel. Saya suka… Tapi takde apa2 pun, kawan-kawan…Cuma mungkin dia special lebih sket lah. Heh. Sebab banyak yang kitorang share.

Then…sampai lah lepas saya konvo dan bekerja di KL…kami jumpa balik. Dan ada jugaklah kitorang saling memberi ‘hint’ macam “ada kerja kosong tau, jadi girlfriend saya” -dia lah yang cakap…hehe…saya pun tak reti lah…Tapi lama2 kami macam couple jugak. Tapi maybe sebab dah berkawan lama giler, hampir 3 tahun…kami rupanya tak sesuai bercouple..Last2 tak sampai sebulan, kami pon break up. Tapi kami still kawan lagi. Sampai sekarang.

Kenapa saya blues pulak? Sebab semalam saya pergi main bowling..Kenapa teringat kat dia? Ni nak cerita ni…

Semalam saya pergi Kajang Metro tu, main boling. Kena tulis nama, seyh ada waiting list! Tapi kejap jer pun. Lepas tu…dia announced la..

“Paging for aishah, paging for aishah, please proceed to the counter”

Masa tu rasa glamer jugak, rasa macam nak beri tunduk hormat, rasa cam semua orang duk tengok saya, hahah…

Sebenarnya masa saya kawan ngn dia dulu, (masa kami tak pernah jumpe lagi-dan dia ada kat MTC tu) kami pernah hampir berjumpa. Tapi masa tu kami tak saling kenal, so terlepas begitu ja. Kami main boling di lorong yang agak bersebelahan. Dan masa tengah main tu, saya boleh rasa dia macam ada. Tambah2 bila ada announcement tu… Tapi masa tu takde pun rasa nak sms ke apa just rasa jer. Lepas main boling tu saya dan geng2 lepak mamak. Dan saya perasan yang geng2 bowlers yang duk lorong sebelah kitorang tadi tu ada kat mamak tu jugak. Saya rasa berdebar tapi macam buat dek jer…

Sampailah bila keesokkan harinya bila kami sembang di telefon baru lah kami perasan…

Dia : Awak buat apa semalam?
Saya : Saya gi main boling…then lepak mamak…
Dia : Eh, macam sama je aktiviti kita..
Saya : Awak boling kat mana?
Dia : Mines…
Saya : Kul berapa?
Dia : Dalam kul sebelas malam gitu….then lepak mamak…
Saya : Eh…kitorang pun lepak mamak lepas tu…time pun macam dekat2 jer…awak lepak mana?
Dia : Rashmir…
Saya : Sama lah!!!!
Dia : Awak perasan tak ada mamat yang berbaju kuning yang macam lembut skit tu?
Saya : Perasan. Dia memang menyerlah (read : over) ah. Itu yang kitorang perasan dia tu ada lepak kat mamak tu..Awak dengan geng2 tu ke?(excited!)
Dia : Ah ah..ngan budak2 MTC…
Saya : Oh eh? Patut la rasa macam nak sms je awak, tapi malas heh.
Dia : Ala…takpelah…

Seyh, macam tu lah lebih kurang conversation kitorang. Tak tau lah. Mana nak ingat dah 4 tahun kut. (4 tahun!!!)

Kami kawan lagi. Once in a while, sms tanya khabar. Hope he’s happy now. Sure he is!

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

12 thoughts on “Blues Sekejap…”

  1. wow! kadang-kadang berkawan lama pun tak semestinye couple. some friends are just meant to be a friend je. huhuhu~

    (sama pengalaman kita!! waa.. aku rindu dia!!)

  2. faruqy…sesekali teringat. dah setahun dia kawin!

    buzzybug…blues… layan…

    AyUmi…waaa…..😦

    kak nana…sila komen berkaitan dengan tajuk! ahah…tak cuti lah. kalau cuti echah dah balik kelate lah
    🙂

  3. ========
    ========

    KALAU NAK BUAT BLOG, JANGAN LUPA MASUK SINI: http://www.leoxa.com/
    (Themenya Terlampau Cantik & Boleh Pula Letak Adsense)

    ========
    ========
    ramai yang telah berpindah daripada blog-blog lain ke blog Leoxa.com kerana theme yang sangat cantik

  4. echah! bestnye cite cinta ni… kalau u ada jodoh dengan dia, boleh buat cerita sampai ke anak cucu nih kan?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s