Main gitar untuk saya!

Semua ini adalah akibat memberi komen yang mengelirukan di sini. Sekali en.zuriaf tu dah salah faham dan dia nak saya cerita pasal first time seorang lelaki bermain gitar sambil menyanyikan lagu kepada saya. Saya pun memang suka nak bercerita. Tapi takde orang tag. Huhu *sedih*

Okay lah. Saya kenal dia melalui kawan kepada kawan kepada kawan. Gila banyak lapis kawan. Haha. Masa tu saya belajar di upm, dia kat ukm. Nak bagi nama dia Faisal lah, bleh? Okay Faisal ni terasa nak kol saya sebab dia tengok number saya naik dalam miscalled list kat henset dia. Kawan dia punya pasal la tu. Then dia pun kol. Disebabkan saya ni peramah, dan suka je nak melayan dia kol, so kami pun kawan. Sembang2, baru saya tau dia rupanya terer main gitar. Tapi masa tu saya takde lah percaya sangat (masa tu sembang kat public phone). Tapi layankan aje.

Sampai lah dia kol saya guna handset dan dia kata, “saya ada gitar ni, awak nak saya nyanyi lagu apa?” Saya pun suka lah kan. Mestilah! Gila best! Saya mintak dia nyanyi lagu dewa, mistikus cinta. Sebab saya suka lagu tu. Bukan macam eddie, nyanyi lagu orang puteh.

Dia nyanyi okay. Banyak lagu yang dia nyanyi malam tu. Gila lama bergayut. Heh. Heaven jugak lah! *suka giler!*

Then malam esok tu, kebetulan ada pesta konvo UPM, saya lak kena jaga booth OB Club dekat situ, saya pun saja je sms dia bagitau saya kena jaga booth malam tu. Then dia cakap, okaylah tu, dia pun memang plan nak lepak kat pesta konvo UPM. Heh. Saya pun excited lah.

Malam tu masa dia datang, memang saya lepak kat booth club kitorang then takdir betul, ada sapa entah lepakkan gitar kat booth kitorang. Huhu.

Kami pun lepak bawah pokok depan booth. Kawan2 dia pun ada jugak, 2-3 orang yang memang dalam band dia. Dia ada band!!! Then dia petik2 gitar tu, pastu dia kuarkan benda apa entah yang buat petik gitar tu, yang memang sentiasa ada dalam wallet dia. Then dia pun apa lagi, main lah gitar tu.

Haha. Heaven!!! Suara dia best! Dia main gitar pun pandai. *ah! tak percaya. tak percaya* Tapi betul! Member2 kelab pun pandang semacam jer, jeles la tu! Haha

Tapi sampai situ jelah…Lepak2 jalan2 makan2 then diorang pun balik. Then dah tak jumpa sampai sekarang. Haha. Lost contact cgitu jer. Guess it was 4-5 years ago. Tapi tulah, menda2 remeh macam ni memang senang lekat dalam fikiran saya.

Sweet!

Korang, percaya tak?

😉

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

28 thoughts on “Main gitar untuk saya!”

  1. AyUmi asyik first je arini.. hemph!

    btw ecah, rajin ye kamu mengimbas kembali memori-memori indah tika dulu? hmm pesta konvo.. apa memori aku dengan pesta konvo upm hah?

  2. faruqy:
    AyUmi bukan hari ni je asyik 1st.
    setiap hari pun dia 1st kat semua blog pulak tu…
    huhu apa ilmu dia pakai pun tak tau le..

  3. AyUmi, terkena dan terela menulis.huhu

    faruqy, jangan jeles ngan AyUmi. Owh, by the way, bila anda nak hapdet blog anda? asyik terhangguk2 dari bulan 4 lagi. (mengikut kata chech lah) hehe. anyway, don’t tell me you have no memory to recall on pesta konvo. heheh. (gelak jahat)😆

    kak nana, bagus! kepercayaan kepada member2 adalah kualiti yang diharapkan dalam diri kawan2. hehe

    t.a.t.a, jangan geram2. bahaya. yak aa au!

    t.a.t.a, anyway, nampak macam ada orang rela pipinya dicubit. terpulang kamu!😆

    AyUmi, kebetulan….kadang2 lebih indah dari yang dirancang. ok. takde kaitan dengan post. eh ada lah! hehe *blushing*

    niza, memang best masa tu. *heaven!*

  4. baik, will get started on a new post. truth be told, saya sudah kembali menjadi malas (like I was ever rajin!). hmm memori pesta konvo..

    aku cuma ingat aku pi sana usha awek-awek kat sana, and stalking some girl who would eventually end up as my wife! hehe owh kenangan mengurat-ngurat (saya cuma ada satu kenangan okay!)…

  5. ahha…nasib baik saya tak pandai main gitar..kalau tak saya dah buat kat akak gak..hahaha…

    err, kompang boleh tak?? hehe..mana tau terharu lak kan…

  6. faruqy, aku dah agak dah. sebab tu aku gelak jahat tadi. hampeh.😆
    pesal takde pun orang ngorat aku kat pesta konvo. ke ada? ke aku je yang jual mahal. heh.

    adik zuriaf, heh..kalau kompang ke apa ke akak tak kisah, asal sedap didengar..huhu…tapi kau tau kan…kompang biasanya meriuhkan meriahkan suasana je kan?

  7. NH Theorem;
    NH’s Voice + NH’s Guitar = Hujan Rintik2

    I know how to play Malay songs la. Belaian Jiwa etc2. But doesnt really capture my imagination sgt.

    BTW, eddie tu sape? Muahaha

  8. NoktahHitam, I didnt say you dont play Malay songs. What I mean was he didnt do english song like you did. Hehe. Eddie? Entahlah. Sape2 entah…😛

  9. saya sangat suka lelaki yg pandai main gitar… hehe… echah, kalu main gitar tepi pantai lagi best ek… dpn unggun api… haha…

  10. en_me, takpelah kalau tak reti. saya pon tak reti jugak. hehe.

    niza…berangan memang best!😆

    tongah, memang sweet. rasa cam tak percaya pon ada…haha.😉

  11. lebih kurang realiti lah. malam tadi tertengok. di 8tv kut. baru sesi pemilihan.🙂 kak nana kan buzi mana sempat nak tengok rancangan tv macam tu. hehe.😉 peace!

  12. kak nana kan seorang wanita yang berkerjaya yang sangat workaholics, bekerja pagi sampai malam. hehe.mana nak sempat melayan tv…😉 peace lagi yo!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s