Pintu…

Cacah berlari-lari anak ke arah Jiji. Mahu keluar berderak dengan TM dan Jujurina. Jam 3.30 mahu gerak, kata TM.

“Owh, sekarang dah pukul 3.15 pm.” getus hati Cacah.

Sekonyong-konyong Cacah terperasan seorang manusia sedang berdiri di tepi kereta beliau. Cacah bermonolog lagi.

“Apahal en.zul berdiri di situ, di tengah rembang tengah hari yang hangat..”

Cacah pun berjalan perlahan2 ke arah en.zul itu. Menjenguk.

“Kenapa?” sambil matanya menjenguk ke dalam kereta en.zul.

Owh. Kunci kereta dia ada di dalam kereta. Pintu kereta tertutup kemah kemin. Baru Cacah perasan di tangan en.zul ada seketul penyangkut baju besi yang dah dibengkokkan.

“Nak ke mana?” tanya en.zul

“Berderak dengan TM dan Jujurina. Nak ikut?” balas Cacah.

En.zul memberikan jelingan. Pengertian segera : Takkan nak tinggal kereta macam ni, Cacah.

Baru Cacah perasan. Tidak cukup dengan pintu terkunci dengan kunci didalamnya, rupa-rupanya enjin kereta itu tidak dimatikan.

Ya Allah.

p.s : Dalam pukul 4 lebih, kunci berjaya dikeluarkan, dengan bantuan Cacah, TM dan Jujurina (biarlah hanya sekadar menjenguk dan memberi sokongan moral). En.zul ikut kami berderak pada petang itu.

p.s.s : Berderak = berjalan-jalan.

p.s.s.s : Jiji = kereta Cacah…

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

21 thoughts on “Pintu…”

  1. adakah ini encik zul yang diperkatakan itu? apakah? apakah?

    aku rasa encik zul sengaje menguncikan kunci kereta dia di dalam kereta supaya echah dapat menolong dia dan mengoffer beliau pegi berderak sesama.

    clever. very clever encik zul. *tepok tepok bahu encik zul*

  2. seriously saya x paham memula baca entri ini… only after lepas baca p.s.s & p.s.s.s hehehe… sungguh blur

  3. korang, sangat kelakar sekali segala assumption yang dicurahkan. haha. en.zul tidak sekali kali akan membuat perkara yang careless macam tu secara sengaja okay.

    niza, belajar ye. semalam belajar bahasa malaysia, ari ni belaja kecek kelate pulowk.

    AyUmi, jangan sesuka tepuk bahu dia~ hahahah…

    AyUmi lagi, terima kasih. theme ini memang kachak. saya mesti pilleyh!

  4. hehehe…

    mungkin en zul sengaja melakukan perubahan…
    hahaha…manusia kan boleh berubah chah..
    🙂

  5. echah sound aku tepok bahu encik zul. apakah??

    hahahahahahahahahahahahhahaah~

    relek. relek. itu semua lakonan tanpa adegan. echah je la pi tepok2 bahu dia on behalf of me.

    *kasi can la. kasi can la*

  6. owh…kisah ini pernah berlaku kepada abang waktu bujang2 dulu cuma pada waktu ittew, wana sudah pun diparkir di tepi rumah (equine), ternampak lin sengal sedang bersembang2 di hadapan rumah bersama enche pirates. sangat teruja lantas keluar dari wana tanpa mematikan enjin dan lampu seraya menghempas pintu dengan agak kuat. selang 30 minit, “eh…siyut terkunci!”

    oleh kerana wana sangat canggih, penyangkut baju bukanlah penyelesaiannya…pelbagai kaedah termasuk memintaskan litar pengunci pusat dilakukan namun gagal. mahu tak mahu, terpaksa dipanggil tukang kunci pada jam 1.30 pagi…owh, terbang rm200….malam2 surcajnya tinggi.

    eh, macam blog aku pullowk..har har

  7. harian metro hari ni ada headline ‘Cuba Pecah Pintu’.

    terus teringat encik zul. (tapi berita tu bukan lah pasal encik zul okay hahaha)

    *aku teringat je ni. jangan marah echah!!* gagagaga~

  8. AyUmi memprovokasi chacha melalui en zul..
    sabar ye chaa ye, AyUmi mmg camtu..

    bagus en zul, bagus tektik anda.. hahahah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s