Jiji…

Saya memandu berhati-hati di Lebuhraya Sg. Besi yang terkenal dengan kesesakan lalu lintas, terutama di petang Jumaat minggu cuti sekolah seperti minggu lepas. Di belakang Jiji, sebuah lori yang besar dan dipandu seorang pemandu berhemah.

Oren di sebelah kadang-kadang memberi info berguna dan kadang-kadang tidak berapa berguna tapi menghiburkan. Banyak pendapat Oren, saya sangkal hingga membawa kepada pergaduhan. Yang saja-saja saya cari. Haha. Sorry sis.

Tiba-tiba, kedengaran bunyi yang tidak menyenangkan dari persekitaran Jiji. Lebih tepat, di belakang.

“Bam!”

“Kereta aku kena langgar eh?”

“Echah, kat sebelah kau…” jawab Oren terhadap pertanyaan saya.

Mamat di sebelah, bermotosikal memberi isyarat “pergi tepi jalan kak” kepada saya.

Setelah diperiksa dan disoal siasat dengan cool sekali, mamat itu, bernama *edy (bukan nama sebenar) telah memohon maaf dan berjanji akan membayar nilai pembaikian jiji.

Apapun, jiji tidak tenat sangat. Masih boleh gerak.

Saya sudah pun membaiki jiji hari Sabtu lepas. Di Ampang. Berpeluang lepak dengan Kak Nana.

Hmmm…

p.s : Sepupu saya yang darjah 1 tu suka cakap “Along ni…suka kelentong”

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

16 thoughts on “Jiji…”

  1. sori echah, aku tak dpt beri amaran awal. (lagipun, kes tu berlaku bukan side co-driver kan. huahuahuah–> x nak la bersalah la tu…)

  2. Echah..
    really have with u, last Saturday…
    best nya ngurut..terasa hilang segala problem…

    anyway, sorry sbb tak anta Echah balik..

    Hmmmm..(apakah??)

  3. owh. soda sehat kah jijie?
    takper, take it as experienced. MyKellis pon 3 kali eksiden kat pelbagai side… apepepun dia tetap banyak berjasa!

  4. Ehehe sy tau apa perasaan bila kena langgar. tapi alhamdulillah mamat yg langgar saya sgt baik, akak ok ke kak? hehehe

  5. experienced too many accident. teruk and tak teruk semua ada. hehehe.. but bukan saya yang drive. huhuhu. anyway, glad that you were okay. poor jiji. huhuhu…

  6. mama, echah ngn kak nana duk berehat di carrefour jer..kan ada promosi kerusi urut segala tu..duduk je kat situ haha

    teh, jiji sudah sihat walafiat,sekarang sedang aman berehat di rumah.

    t.a.t.a, tau tak pe..haha budak tu pun baik jugak. nasib dia nak jugka berenti kan, kalau dia langgar dan terus lari, lagilah…

    AyUmi, thanks. jiji’s getting better. I’ll be extra careful next time.

    bug bug, hopefully…

    KNizam, this is actually the 4th one. Haha. But all the small-small lah…
    😀

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s