Samalah kita!

Selasa lepas, selepas exam, TM dan Jujurina dan saya dan en.zul pergi berderak. Suatu ketika selepas membeli jajan di tijivi dan sementara menantikan tayangan felem, kami duduk di kerusi yang berdekatan. Sebuah mesin yang menarik seakan-akan memanggil Jujurina dan TM untuk beramah mesra.

“Ada 20 sen?” tanya Jujurina.

“Pergilah tukar. Kat kaunter konpop di tijivi.” balas en.zul

Maka TM dan Jujurina pun berlari-lari anak menuju ke kaunter konpop. Serius betul mereka. Saya ingat sekadar lawak petang selepas periksa sahaja.

Jujurina dan TM membahagi-bahagi 20 sen kepada saya dan en.zul. Mujur kami duduk di kerusi. Kalau duduk di lantai harus lah terasa persamaan dengan peminta sedekah. en.zul menolak ajakan Jujurina untuk sama2 mengaplikasikan mesin itu.

Jujurina dan TM meneruskan tujuan mereka. Oh yeah. Menimbang berat badan. Berat badan mereka dirahsiakan, of course.

Giliran saya, hmmm the heaviest me in the history of mine…okay dirahsiakan jugak lah. Takde apa pun. Berat saya 56 kg! Yak a au!

“Sama lah berat kita!” kata en.zul.

Blah!

p.s : berat kami tidak sama.

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

20 thoughts on “Samalah kita!”

  1. ouchhh!! encik zul yg cakap berat dia sama ngan berat echah? iskk… satu penghinaan utk perempuan kalu sama berat ngan lelaki… hahaha… x kisah la berat ke ringan ke, jajni happy~😉

  2. hahaha.. dah agak dah alat timbang berat masa memula baca td. erm, dah 2 tahun saya tak timbang berat.. ntah brp la berat skang ni.huhu

  3. cacah suka jawab komen secara pukal. haha.

    tata cayang…nanti cacah entertain tag itu. buat masa ni, takde idea lagi…

    bug bug, heh. dia memang macam itu. tapi TM tu sangat kurus. berat dia beza lima kg je dari saya. macam mana tu? dia lelaki yang berat agak2 sama dengan perempuan. itu bukan penghinaan kan? lain bug-bug yang kurus….huhu

    AyUmi…sweet eh? huhu. Dia memang sweet. Heheh *galak*

    ixora..you smart girl! pandainnya…

  4. faruq…haha tau takpe….

    mamawafiy? tidak ada pelawaan untuk makan pizza pun semalam? kau tipu aku…

    faruq? aku tidak pernah tidak makan seyh. aku baru je lunch double deluxe anw disertai dengan root beer float dan kentang goreng. tidak makankah itu?
    😛

  5. kan ke masa kau makan sushi, aku makan brownies, faruq dan madihah makan nasi (panjang giler explanation)..aku ada beli pizza adn i offered u..tapi pizza murah la

  6. itu bukan semalam..itu kelmarin. kau punya ingatan? sudah? hahaha… semalam aku lunch makan nasi dengan ayam kampung di perantau. hehe.

  7. “Mujur kami duduk di kerusi. Kalau duduk di lantai harus lah terasa persamaan dengan peminta sedekah.”

    ~luculah ko ni echah. pandai berkecindan dengan kemujuran

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s