Jiji II

Sudah lama rasanya saya tidak bercerita pasal Jiji… Hmm…banyak sungguh perkara yang berlaku sepanjang 7 bulan Jiji menjadi milik saya.

Pintu…

Ingat cerita ni? Haha. Seminggu sebelum kejadian tu berlaku, Jiji sebenarnya terlebih dahulu menguncikan pintu secara autolock semasa kunci nya berada di dalam kereta. Masa tu saya baru lepas training, on 16 or 17th May, di Petronas II Precint 9. Resultnya, pintu depan belah driver tidak dapat dibuka dari luar kerana pemegang handlenya patah. Seminggu jugak Jiji berehat di rumah. Saya jadi malas nak memandu. Huhu. Tapi sekarang handlenya dah ditukar dan pintunya sudah kembali seperti biasa.

Minggu terakhir bulan Mei, satu lagi kejadian telah menimpa Jiji…Macam yang saya cerita di sini

Kecederaan Jiji untuk kali ini walau bagaimanapun tidak teruk mana. Pakcik dan adik saya telah berusaha mengetuk-ngetuk Jiji dan bentuk Jiji juga sudah kembali seperti sedia kala. Pakcik saya juga telah mengingatkan saya tentang keadaan tayar Jiji yang telah mula menunjukkan simptom2 hendak expired dan kemungkinan pecah tayar akan berlaku sekiranya saya mengamalkan pemanduan jarak jauh yang terlampau, contohnya memandu balik ke Kelantan.

Nampak kan benjolan kat atas huruf L tu?

Jiji ditukar tayar…

Setelah mengambil langkah berjaga-jaga, akhirnya saya telah menukar juga sebiji tayar Jiji setelah bengkak di permukaan tayar itu terlalu menonjol sehingga mekanik itu berkata, “tayar ini sudah tidak boleh pakai”. Saya telah menukar tayar Jiji pada minggu kedua bulan Jun. *kching…[bunyi duit keluar wallet..]

Pada minggu ini, saya telah menghantar Jiji untuk diservis kali ke3 sempena kilometer ke10,000 beliau dan juga setelah beliau menunjukkan protes dengan mengeluarkan bunyi alarm tanpa dipinta. Semasa saya sedag berTOT di Wisma Tani pada Isnin lepas, satu annoucement telah keudara berbunyi…

“Pemilik kereta Gen2 3916, alarm kereta anda berbunyi…”

Saya pun dengan penuh cover memboloskan diri ke parking dan apabila sampai pakcik guard telah memberitahu bahawa alarm kereta saya berbunyi sekejap sekejap. Hmmm…Saya terus mengambil langkah drastik dan apabila diservis Jiji menunjukkan tingkah laku yang baik sehingga mekanik kata Jiji okay jer. Saya kata okaylah. Kalau bunyi2 keluar lagi, saya datang lagi.

Memang Jiji berbunyi lagi. Semalam saya pun membawa Jiji ke Proton Servis di Kajang Utama itu lagi. Alhamdulillah…keadaan Jiji sudah kembali okay.

Saya harap Jiji akan terus beraksi cemerlang pada masa hadapan.

p.s : I m not gonna change la Jiji. I love you very much.๐Ÿ˜›

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

22 thoughts on “Jiji II”

  1. jiji mengalami hidup yang sukar… oh! sungguh kasihan sama jiji… semoga jiji lebih bernasib baik lepas ini…๐Ÿ˜‰

    *kchingโ€ฆ[bunyi duit keluar wallet..]

    bayar pakai syiling ke? hehehhe…

  2. ecah..kalo byr pakai syiling..tak cukup syiling, bleh tukar dgn kak nana…

  3. alahai jiji manja nya kau yea….kelakar je bila alarm jiji bunyi masa ko lepak dgn aku..serba tak kena..semua pintu kena hempuk hahahaaaa…..bagus la simptom alarm berbunyi dah berlalu….

    kching tu mungkin bukan bunyi syiling tapi bunyi mesin kira kat kedai servis hahaha (ada ke mesin kira mcm kat pasaraya tu kat kedai servis?)

  4. haha.. nasib baik jiji dah ok.. ingatkan nak bawak pi jupe pawang kampung sebelah dah..
    yerlah tak tau penyakit aper.. ngan mekanik ok jer.. bawak balik.. meraung2.. sian ecah.. hihi
    Jiji dah jd gudgirl

  5. oren…hehe…aku tau kau suka dengan Jiji…

    nAna, lain kali datang la lagi…

    niza..ah ah…tak reti buat bunyi swipe kad kredit la..

    faruqy, memang aku sayang jiji…harta tau…[tapi lum isytihar..]

    kak nana…simpan…kita buat bayar tol nanti…

    mama…aku rasa adalah…hehe๐Ÿ˜‰

    AyUmi, kau baca ala2 irama iklan mcd yang “i’m not going anywhere” tu…lagi best..hehe

    kak nana…cakap banyak pulak…bila nak bagi kami jumpe juju ni…

    nolee…tulah…nasib baik lah jiji dah behave..hehe๐Ÿ™‚

  6. faruqy: ecah tak isi borang pengisytiharan harta lagi kot……kira kalau SUB dia nak gempak dia pun bleh la ni…hahahhahaa jahat giler aku

  7. Echah:
    Bukan ke Ecah dah jumpa JUJU?
    Ayumi pun dah sudah..

    Niza dan Tata je belum..

  8. faruq..heheh…aku akan isytihar melalui sistem hermis

    niza…couldn’t agree more…๐Ÿ˜‰

    zahack, boleh saja….lagi pun bukan dah pernah buat ke sebelum ni…

    mama…thanks explain kat faruq…

    kak nana…a ah…echah luper…hehe….๐Ÿ˜‰

  9. since last month till this month, cik teteh banyak berhabisan untuk MyKellis. ni pas balik dari alor star ni ada lagi nak kene ganti… maklumla, MyKellis dah 3 tahun… cemacam dia mintak yang baru…pandai demand dia skang…

    nak bagi dia makan pun dah naik skang kan???

  10. Ganti tayar sebelah aje ke? Setakat saya dok tolong husband gi tukar tayar ni, normally mekanik advise suruh tukar dua-dua, baru balance, lebih selamat. Takpe la habis duit sikit, untuk keselamatan… especially untuk minah rempit seperti saya, yang memandu Gen2 pada kelajuan 150 km sejam. Yang peliknya, your Gen2 baru 10000 km dah banyak pe-el… Err… your Gen2 tu perempuan ke lelaki? Kahkahkah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s