Rasa macam O.G

* O.G = orang gila.

Serius, 2 minggu ni kerja-kerja yang dibuat adalah berdasarkan apa yang ada di depan mata. First come first serve ke, tak jugak. Kadang2 terpaksa tinggalkan kerja hakiki untuk menyiapkan kerja ko-kurikulum sahaja.

Ada 2 majlis dalam 2 minggu. Macam orang gila. Jumaat lepas baru finalised nama untuk program sedangkan memo sudah diedar. Nasib baik memo dalaman jer. Heh. Entah apa2…Majlis dinner yang sepatutnya grand continental tu terus jadi macam majlis biasa-biasa jer. Entahlah. Banyak betul perkara yang tidak disangka datang bertimpa-timpa menguji semangat, hati dan perasaan dan juga kesabaran.

Minggu ni dan minggu lepas rasanya saya sudah jadi garang sikit dengan saya punya assistants. Dah tak boleh lepak sangat. Boss saya pulak selalu tak sihat. Kasihan.

Saya pulak terkejar-kejar dengan tugas saya. Itu lah, bila ada function, kebanyakkan staf yang lain pun tidak akan lekat di opis sebab terpaksa jugak kejar2 buat hal lain [ko-q]. So, bila saya nak carik something, dan orang yang dicari takde, terus saya hilang mood dan terus kerja jadi terbengkalai. Yelah, kerja saya bukan semata-mata saya jer, saya kena berurusan dengan unit-unit lain jugak. Teruk kan.

Semalam pulak lagi cam giler, tetiba saya dapat surat untuk ke mesyuarat di the building, mesyuarat start kul 9 tapi saya dapat surat pukul 9.30 pagi, best tak? bukan di sekitar the red bricks atau di majestic atau di gateless tapi di KL. Saya sampai di tempat meeting pukul 10 lebih, luckily orang tengah break minum pagi. So, saya boleh masuk dan act macam biasa, dan biasalah, dapat hak istimewa seat di sebelah Mr. Chairman. Heh.

Hari ini pun saya sikit lagi nak jadi giler. Tapi nasib baik ada orang belanja lunch. Terima kasih en.mukhrim telah menaja saya, ila, hani, azy dan aizat…hehe. tahniah sebab dapat APC!

Semoga function nanti berjalan lancar.

Semoga maklumbalas yang saya nak itu dapat dikumpul sebelum pukul 10 pagi esok.

wahai jabatan-jabatan yang baik hati,
marilah bekerjasama dengan ikhlas sekali dengan cik aishah ni
maaf dipohon, disusun jari,
segala kesulitan adalah amat dikesali.

p.s : Have fun working friends. jangan jadi gila!😉

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

6 thoughts on “Rasa macam O.G”

  1. kesiannya echah… buat slow2… prioritize apa yang kena siapkan dulu…

    echah jangan jadi gila ye… hehhee…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s