Apa eh?

*jiji in the house. dah lama tak enterframe…

Saya pun tak tahu nak tulis apa…

Saya akan mula bercuti pada hari Isnin depan. Hari Sabtu nanti saya akan bergerak balik.  Dan buat pertama kali, insyaAllah… saya akan pulang berhari raya Aidilfitri dengan JIJI…hehe. Ini raya pertama saya dengan JIJI. (mengalahkan boy friend pulak jiji ni).

Recap balik…sejak beberapa tahun saya stay di perantauan ni, last sekali saya balik raya naik bas ialah pada tahun 2002. Selepas tu, dari 2003 hingga 2005, saya balik dengan makcik dan pakcik saya yang tinggal di Ampang.

Tahun 2006, adik saya yang kedua tu, berjaya memiliki sebuah kereta cute, Satria so kami konvoi dengan pakcik dan makcik balik Kelantan. Masa tu, adik saya yang ketiga pun ada belajar di UPM, so kereta adik saya tu penuh dengan kerabat kami jugak lah. Tahun tu kami berbuka puasa dalam kereta. Masa tu jarak dari jalan ke rumah kami tak sampai pun 15km, tapi jammed punya pasal, kami pun ikut sama stuck di jalan raya.

Tahun 2007, saya pulang berhari raya dengan housemate. Kami gerak awal giler, subuh-subuh lagi.  Alhamduillah, pukul 5 lebih saya dah pun sampai di rumah. It took us almost 12 hours but, I was glad I could make it before iftar.

Tahun ni, harap2 kami sempat melepasi masa jammed, dan sempat sampai sebelum waktu berbuka. InsyaAllah.

Kepada kawan2 lain yang akan memandu pulang ke kampung, tak kiralah di utara, timur, barat ke selatan ke…berhati2 di jalan raya, okay! Anda mampu mengubahnya! Chaiyo!

p.s : en.zul dah gerak balik kampung ari ni. So unfair!😛

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

22 thoughts on “Apa eh?”

  1. saya akan memandu boeing 747-300 untuk raya kali ini.. saya balik raya pada malam raya.. ini yang baru dikatakan BALIK KAMPUNG BERAYA!!

  2. kak nana…fair enough! mak ngan ayah ada kat sini…kan..

    pirates, hati2 bawak boieng yang besar tu…banyak nyawa dalam tanggungjawab mu…

    zuriaf, terima kasih. selamat memandu ikan awak tu..

    ye, buzzy, selamat memandu…jangan lupa 8 langkah keselamatan jalan raya tu…

    fadh, selamat hari raya! bab open house tu, tak tau lagi…tapi bab dvd tu, anytime, tapi biar aku cek dulu, entah2 da tutup…haha

    en_me, iya…jiji memang mancongkam! :p

    medcham, akan aku ingat nasihatmu itu…mu balik kelate bilo? ke tak balik?

    kak nana…duit raya echah ekslusif untuk yang memerlukan sahaja…okay…😛

    kak nana yang sepatutnya bagi kat echah.🙂

  3. kak nana dah jimat 3-4 ratus tu sebab tak payah bayar duit minyak nak balik kampung…tau!😛

    takpela…kalau lepas cuti raya ni, kalau echah ada lebih duit raya echah bagi dekat kak nana eh😉

  4. ntah nana…

    ko bukan keluar duit minyak pun. patut ko yg kena bagi kitorg duit raya sebab ko dah kaya jual mercun.

    KASTAM sila tangkap nana. hahaha..kalau aku report leh dapat duit saguhati nana.

  5. fadh: kau sebenarnya kecewa sbb aku tak tinggalkan stok untuk kau kan???

    tu lah, sape suh sombong2 dgn aku?

    fadh, tahun depan, ckp la awal2 sket. haha.

  6. wa…cantik betul gmbr jiji ni…kilat giler….comel…
    aku balik kg (yg dekat tu) esok tengahari lps selesai urusan laundry dan kemas umah sket…
    aha…aku tau…wafiy la org yg memerlukan duit rayamu itu…tapi spt yg kau janjikan..lepas raya la yeah….
    btw….take care while bercuti dan driving balik kg…jauh tu….kalau penat rehat jap kat petronas…dpt coffee free..
    selamat hari raya…maaf zahir batin…love yu…

  7. selamat raya, chah. tiap kali dengar tag line “anda mampu mengubahnya”, terus ingat echah😉

    moga jiji tak terperangkap dalam jem macam TATi semalam..

  8. semua, selamat hari raya…

    shida, jiji tak terperangkap…tapi terlibat jugak. 12 jam on the road ari ahad tu…ketar kaki bila sampai rumah. huhu😛

    nasib ari isnin (semalam) echah cuti..buleh rilek sikit.

  9. ida belum sampai umah lagi dah ketar kaki. masa kuar kete nak isi minyak kat petronas temerloh tu, kaki rasa dah senget sebelah dah. kebas!

    memang memori pokok pisang sunggoh la!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s