Buku Rekod Along…

Balik raya ari tu, adik saya yang ke3, Ainun, yang baru dapat kerja yang best telah membeli katil baru untuk kegunaan kami. Adik beradik perempuan. So, bilik tu perlu dikemas-kemas. Mak saya mintak semua barang2 lama tu dipindahkan. Dibuang atau diberikan kepada orang lain yang mungkin memerlukan.

Masa mengemas-ngemas tu, saya jumpa buku rekod saya. Yang masa sekolah rendah punya. Sekarang ni masih dikenali dengan nama buku rekod, cuma rupanya dah lain, kan?

Saya suka bersembang dengan adik saya yang paling bongsu ni. Baby namanya. Nama sebenar, Naim. Sepupu sepupu dia panggil dia Abang Bi. Okaylah tu. Kan.

Saya : Bi, tengok ni. Kira A yang Along dapat.
Bi : Kira semua? Wah banyaknya…..

Tapi, Baby ambik jugak. Kira-kira. Sekali dia berhenti. Dia tengah tengok nombor yang saya dapat.

Baby : Pandainya Along. Darjah 2 nombor 2. Darjah 4…. (dia berhenti sekejap.)
Saya ingatkan dia nak cakap, darjah 2 nombor dua, darjah 4 nombor 4…tapi dia sambung…
Baby : Darjah 4, nombor 1! Wah.

Dia belek belek lagi. Sekali dia tengok nama Ustazah yang mengajar saya masa darjah 4 tu. Namanya Ustazah Saloma. Sekarang, Ustazah Saloma tu dah kahwin dengan pakcik saya. Dan mengajar di CBN 2, KL ni. Baby tengok saya. Macam tak percaya je mukanya.

Baby : Along dulu sekolah kat mana?
Saya : Sekolah kat bawah tu lah. (Sekolah rendah saya memang depan rumah je, turun bukit sikit)
Baby : Tapi Cik Ma kan mengajar di KL. Dia ngajar Along?
Saya : Ye. Dulu Cik Ma ngajar sini.
Baby : Ooooo

Bila dah petang-petang, dah hampir siap mengemas, saya tak nampak dah buku rekod tu. Tanya mak saya. Mak saya jawab;

Bi ambik. Dia nak simpan, nak jadikan idola. Hehe.

Oh. Baby baby.

Minggu lepas Baby ada called. Katanya.

Along, Bi dapat jadi pengawas!

Semalam dia called lagi.

Along, Bi dapat masuk kelas 3 Wawasan. (kelas bijak sikit)

Bulan puasa ari tu dia sms. Lepas sahur.

Baby : Along, tahu kenapa ma tak bagi Bi puasa?
Saya : Kenapa?
Baby : Bi bengkak tonser.
Saya : Tonsil la, bukan tonser.
Baby : Takpelah.

Baby memang kelakar. Kenapa kak nana pun bercerita pasal adik dia? Saya terpengaruh dengan post buzzy jugak sebenarnya.๐Ÿ™‚

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

14 thoughts on “Buku Rekod Along…”

  1. HAHAHA.
    sekarang kan dah nak cuti sekolah.
    adik-adik kak nana mesti AKAN PAU kak nana.

    sebab tu la, mahu kutuk diorg dulu.

  2. alahaii… sweetnya si Naim ni…๐Ÿ˜‰ oklah tu… dia ada keinginan utk belajar jadi pandai…๐Ÿ˜‰ lelaki kan mcm susah skit nak belajar…

  3. siye ko baby…nnti dia besar tukarlaa namo panggilan tu…ilang macho kekg,muko ensem doh…
    plus…gewam dio nk pangge dio gapo kalu adik badik pangge b doh….hehehehehe
    Selamat Hari Jumaat chah!

  4. kak nana…tulah…dah nak cuti sekolah dah pun nextweek…

    buzzy…naim tu memang sweet…manja tak payah cakap la…

    sufi, takpe, di sekolah saim2 dia panggil dia Naim…huhu…

    AyUmi…aku ni baru sekali pindah. itu yang masih ada lagi benda2 nostalgia gitu…

    izad amza…seronok memang…beronok ronok pun ada…

    wah…lanun…akan kupastikan aku jadi idola anak kau sekali. haha. boleh ke?๐Ÿ™‚

  5. Kak Nana pun ada
    tapi, dia tulis buku laporan kemajuan dan prestasi.

    sama kan?

    kita bukan jauh pun beza umur.
    tapi, kak nana rasa, penggunaan terma tu mcm orang dulu2 pulak.

    Dan, kak nana masih ada kad 001.
    cita-cita dulu, dalam kad 001 tu,

    1. Peguam
    2. Guru
    3. Polis.

    oh, apekah?

  6. lanun, baiklah…tengs!

    kak nana…tak jauh beza pun umur kita. we are young, we are free. hehe. adakah buku rekod kak nana tu berwarna coklat? kalau ye, sama la tu…

    kad 001? echah tiada kad itu. tapi cita2 masa tu nak jadi doktor atau guru atau kerja opis. haha. dapat pun kerja opis.๐Ÿ˜›

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s