Dan lain lain

Handphone pouch (from AyUmi for my birthday), Romlah and the envelope with Lat's stamps and the envelopes that are going to go to the friends..
Handphone pouch (from AyUmi for my birthday), Romlah and the envelope with Lat's stamps and the envelopes that are going to go to the friends..

Pertama, semalam, saya menerima gelang gelang yang berwarna merah dan ungu yang istimewa itu.

Kedua, saya menerima romlah. Romlah yang dibeli secara online. Pengaruh dari AyUmi. Tak, AyUmi tak mempengaruhi sangat pun, tapi entri AyUmi membuat saya rasa teruja mahu cuba membaca romlah ni.

Ketiga, saya suka setem yang saya dapat dari kiriman soljah ni. Masa saya mengetahui pasal setem Lat ni, saya cuma berharap yang saya akan dapat memiliki setem tu, meskipun yang secondhand.ย  Tapi, tahu tahulah kan, sekarang ni, surat-surat jarang benar menjadi pilihan. Selain emel, sejak bekerja ni, surat2 lebih banyak yang pakai franking machine. Tak pun pos berbayar.

Keempat, untuk pengetahuan Buzzy, saya dah beli wallet baru. Ingat tak peristiwa memotong buckle wallet saya dengan gunting masa saya pergi Penang hari tu, sebab wallet tu tak dapat dibuka secara biasa? Hehe. Baru hari ni saya jumpa wallet yang saya berkenan.

Kelima, tadi saya makan aiskrim Baskin Robbin yang sedap tu.

Keenam, InsyaAllah, malam ni saya akan memandu pulang ke Kampung Bukit Sireh. Doakan keselamatan saya dan rakan2 lain yang akan turut serta dalam acara pemanduan beramai-ramai ke Kelantan.ย 

Ketujuh, tahniah terdahulu untuk Fahmi yang akan atau pun sudah selamat dalam acara penamatan zaman bujangnya. Insya Allah esok kami hadir ke kenduri mu. Di Kuala Krai, daerah kepulangan saya.

Kelapan, selamat menyambut Aidil Adha kepada kawan-kawan. Semoga menyambutnya dengan penuh kesyukuran dan keikhlasan. Mohon maaf andai ada salah dan silap.

Kesembilan. Untuk kawan2 yang tahu keistimewaan masing-masing, ada sesuatu dari saya untuk kamu semua.

Kesepuluh, salam.๐Ÿ™‚

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

13 thoughts on “Dan lain lain”

  1. oren, thanks. nanti aku dah abis baca, aku pass kat kau.๐Ÿ™‚ kau pun, hati2 memandu nanti…

    Kak nana, tuntut, jangan tak tuntut…hihi…

    shahsulong, hati2 di jalan raya…semoga selamat sampai…

    demang, thanks. encik pun, selamat berhari raya jugak.

  2. buzzy, tukar, tapi tak beli baru…echah guna wallet lama…yang masih elok lagi…

    AyUmi…romlah…okay la. kelakar pun ada…

    en_me, thanks. echah dah selamat kembali ke opis…

    gerektua…terima kasih atas pesanan anda…

    khai…besday cikchah bulan 7 hari tu ler….kau lupa…anyway, thanks lah.
    ๐Ÿ˜›

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s