Memilih?

Kisah I

Saya : Kau rasa dia tu hensem ke?
Kawan : Hmmm. Okay jer.
Saya : Takdelah hensem sangat kan?
Kawan : Hmmm…okaylah. (Kawan ni kalau dia kata begitu, hmmm tu…maksudnya, takdelah hensem mana pun)
Saya : Itu yang aku pelik kalau orang kata aku ni memilih yang hensem-hensem.
Kawan : Tulah. Samalah….

Kisah II.

Saya : Dia tu junior tau.
Kawan : Oh ye?
Saya : Ye. Tapi aku tak kisah pun nak kawan dengan dia.
Kawan : Okaylah.
Saya : Tapi aku benci kalau orang kata bila dah kerja macam ni orang kata aku memilih yang best saja.
Kawan : Perlu kan memilih.
Saya : Betul. Takkan kita nak main tangkap je. Semata-mata sebab masa dan umur.
Kawan : It’s the person, not the time.
Saya : Tulah. Kalau aku tak suka, kaya pun aku tetap tak suka.
Kawan : Ah. Betul!

Kisah III.

Kawan : Alamak! Mamat kaya ni called.
Saya : Angkat je, kalau tak nak, bagi aku. [Masa ni tahap kantoi sebab kawan saya tu tengah me’loudspeaker’kan phone beliau.]
Beberapa minit kemudian. Kawan saya dah siap berurusan.
Saya : Kau tak cakap pun aku kirim salam ke apa.
Kawan : Politician lah.
Saya : Aku tak kisah. [Baca : Aku tak memilih]

Dimaklumkan bahawa saya bukanlah memilih sampaikan sekarang ni saya tidak ada boyfriend. Benci betul kalau orang kata saya memilih SANGAT. Memilih itu bukankah perlu. Perlukan pemikiran. Walau sekecil mana pun tindakan yang kita nak ambil, haruskan berfikir? Inikan pulak hal kehidupan. Takkan nak main-main. Kan?

p.s : Kawan, thanks. Kau tahu siapa kau.

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

20 thoughts on “Memilih?”

  1. suka jawapan ni~

    Kawan : It’s the person, not the time.

    sangat betul.

    org suka2 je ckp kita memilih lah apa lah. xkan nak selamba badak je terima. hoho… carik nahas…

  2. memilih? itu tohmah (ke betul?!) orang pada wanita berkerjaya. seolah-olah salah pulak bila hati mengambil masa utk menerima pilihan yg ada.

    saya rasa semua orang memilih. bagi yang boleh terima semua pilihan, itu memang pilihan dia, cuma dia tak set bar tinggi je. mana-mana pun boleh. asal hidup dan tak mati, on saja.

    saya rasa saya memang memilih.

    miskin? kaya? muda? tua? bujang? dude? no hal.

    bar saya tak tinggi. cuma lain sikit dari orang lain. asal hati saya suka, ok je.

    persoalannya: macam mana nak buat hati saya suka ya?

    hihihi..

  3. oren. jawapan kau masa tu memang sesuai untuk masa tu la.haha

    buzzy, yeah. betul. saya pun suka. sebab tu ada di blog ni.

    AyUmi…haha tau tau tau…

    shahsulong…memilih tu perlu kan?πŸ™‚

  4. ok.saya cukup meluat kalo org ckp.

    “apasal tak nak cuba dgn org tuh.ok jer. jgn la memilih sgt.bkn slalu jodoh sampai” ..diorang tgk ok saya plak kene ok ngan org tuh. pelikkan dunia nih? yg akan duduk serumah ngan org yg konon ok tu saya gak bkn depa pon. betul ke pon jodoh?

    instinct saya tak perlu amik kira ker? bknkah gerak rasa tu petunjuk dr allah gak? eh emo plak..hohohohoho

    sesama la kite berdoa agar kite sume berjodoh..aminnnnπŸ™‚

  5. ecah.
    ye, org kerap kali berkata kita pemilih. walaupun hakikatnya, kita tak lah seperti itu.

    sedang kita dikerumuni pelbagai jenis manusia pelik dan tak pelik, baik dan tak baik, mampu kah kita nak pilih satu-satu?

    Jodoh tu, bukan nya kita jumpa seseorang dan terus orang itu boleh dinilai sebagai bakai calon pasangan kita atau tak.

    sabar2lah dgn kata-kata orang dan banyak2 lah ingat pada Tuhan dan berdoa supaya kita dipertemukan jodoh yang baik dan sesungguhnya Allah mendengar apa yang kita inginkan.

    Sekian.

    p.s; Kak Nana juga di label sebagai seseorang yang sgt pemilih.

  6. emm tapi kalau terlalu memilih, sampai bila pun tak ke mana. kalau even the teeniest bit of flaws pun would hold you back, sampai bila pun tak kan ada yang terpilih.

    hanya pandangan saya..

  7. cik zam. betul tu. takpelah. bak kata orang, kalau dah jodoh, tak ke mana…amiiin…

    kak nana…ye. lain orang lain la cara dia. ada orang kenal tak sampai 2 minggu pun bleh bertunang. ada yang kawan lama2 pun last2 kawin ngan orang lain. macam2. semua tu ketentuan Tuhan.

    faruq, kalau yang sampai macam tu. tak leh nak buat apa la kan. tak memilih pun tak boleh. memilih sangat pun tak boleh.

    tapi kenapa walau tak memilih sangat tapi still tak de yang terpilih. wow. komplikated.

  8. tapi yg selalu buat saya marah ialah bila orang tu tak kenal kita pun, tapi dah awal2 lagi cop kita memilih = demand.

    apakah?!!

  9. kalau orang yang tak kenal tu. nak buat macam mana. first impression pun kita dah fail la gamaknya kalau dia terus serbu kita dengan kenyataan bersifat sebegitu.

    kalau memang tak kenal, biar kan je. sibuk jer.
    kalau kenal tapi saja buat cenggitu. rasa nak sepak jer. wah. garang la plak aku.

  10. itula namanya judgmental. emm but then again, some people are too judgmental to the point that they can be described as ‘choosy’ or ‘terlalu memilih’. get to know someone more before accepting or dismissing him/her.

  11. demang, i couldnt agree more. hidup kita kan… pilihan di tangan kita la kan. lagi pun semua dah dewasa dan waras. tapi kadang2 nak pilih baju ke kasut ke, still nak kan pandangan dan pendapat kawan2…tapi still pilihan akhir, di tangan kita…

    kantoi…betul…soal kehidupan kita kan..kenalah pikir dan pilih betul2…

    hmmm…akhir tahun pun ada batuk special eh?πŸ™‚

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s