504 : Melepek.

Semalam pagi adalah antara pagi pagi yang indah yang melibatkan pemanduan yang jauh, lagu dari Peterpan dan nasi lemak yang boleh ditoleransi. Juga teman yang memahami.

Alhamdulillah pagi pertama tahun ini berlangsung dengan baik malah amat tenang sekali.

Tengahari, saya memandu lagi. Menuju ke Kerinchi. Ini pertama kali saya memandu seorang diri ke sana. Lucky, sampai dengan selamat. Jalan jalan adalah familiar, thanks to DPA yang memberi peluang untuk saya dan kawan-kawan menjelajah kawasan di sekitar PJ, Kerichi dsb.

Melepek. Atau melepak. Di rumah kawan. Bersembang.

Terlelap sekejap. Kata Nas saya bercakap dalam tidur tengahari semalam. Bila saya bangun, terus Linda tanya

kau tak cukup tidur eh?

Hmm. Saya angguk sahaja. Tidur pukul 3 pagi lebih. Bangun pukul 8 lebih. 5 jam saja.

Petang, dengan Nas ke Subang. Jenguk adik saya. Bagi tilam, kipas dan almari zip.  Baru habis praktikal, baru pindah rumah bujang dan baru dapat kerja. 

Malam, kembali ke V.A. Keluar semula selepas Maghrib ke Bangsar. Jumpa lagi kawan lama. Semua nampaknya dah bagus bagus.

Cuma Linda, mahu jadi pitidi katanya tahun ini. Aku doakan kau berjaya la.

Semalam adalah hari yang hebat untuk saya. Harap semua orang pun begitu.

🙂

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

6 thoughts on “504 : Melepek.”

  1. buzzy, memang best. walaupun bersembang bodo2 sambil terlelap lelap…

    landak…sekarang dah terlebih rehat smpai rasa malas dah ni nak kerja… tak sanggup menghadapi 5 hari bekerja…

    demang…very2 quality indeed…hehe

    kantoi/bukan2…kereta mainan adik saya tu…

    salam abang long…singgah la selalu…🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s