Hari yang tidak berapa cerah…

Mungkin minggu pertama Januari ini memang untuk aku. Boleh aku kata begitu. Muram dan mendung. Memang aku gembira dapat lepak dan bermalas-malasan dengan kawan2 yang memahami dan menyayangi aku. Tapi ada satu perkara bodoh yang meletihkan aku. Salah aku juga sebab benarkan benda remeh temeh macam tu mempengaruhi hidup aku.

Kenyataan itu melukakan. Aku harus mengakuinya. Macam mimpi ngeri yang jadi kenyataan. Aku tidak pernah ada klu pun untuk menghadapinya, kalau-kalau ia terjadi. Ia terjadi, akhirnya. Di depan mata aku. Mimpi-mimpi indah aku terbang dan terhempas. Realiti terlalu kuat, aku tak sanggup menghadapinya. Jadi benarlah, kenyataan memang pahit. Aku mahu menangis tapi aku tertawa. Apa yang berlaku, adalah tidak adil dan teruk untuk aku yang lemah ini.

Semestinya, kesalahan itu berpunca dari aku juga. Aku meletakkan harapan pada sesuatu yang aku sendiri pun tidak pasti. Macam aku melibatkan diri dalam pelaburan atau perjudian yang aku tidak punya panduan. Aku mungkin menang, aku mungkin kalah. Aku mungkin berjaya, aku mungkin gagal. Nampaknya, aku sangat hampir kepada kegagalan. Beberapa inci saja memisahkan aku dengan garis kegagalan.

Tapi gagal tak semestinya bermakna aku terus jatuh. Tidak. Aku harus kuatkan hati dan bangun semula dengan segenap tenaga yang ada. Kerana apa? Kerana aku tahu, it’s gotta be more to life.

Bukan hal yang menjatuhkan aku itu saja yang membuatku bangkit selama ini. Banyak lagi hal lain yang menggembirakan aku. Kan? Yang lebih memberi aku semangat dan kehidupan.

Kenapalah aku jadi lemah dan mudah rebah sebab satu benda yang tidaklah penting sangat pun. Tidak penting tapi aku begitu senang membiarkan ia mempengaruhi sebahagian besar kehidupan aku.

Maaflah, aku dah harukan hari Isnin yang memang sedia biru dengan luahan perasaan aku. Harap2 perasaan sedih, bengang dan letih ini akan hilang. Doakan aku.

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

14 thoughts on “Hari yang tidak berapa cerah…”

  1. sis..hari yang tidak berapa cerah akan cerah jgk akhirnya..jadi..sabarlah byk2…i know u can face it…
    life is so short, so make it to the fullest…

    p/s: aku tak tido lagi..tunggu papa balik dan bwk makanan utk aku hahahaaa

  2. mama thanks. for always being around. it was good to talk to you. always. walau kadang2 kau tend to bagi aku lawak2 yang buat aku nak marah. haha.

    insyaAllah. hari2 aku akan kembali cerah nanti.
    semoga papa bawak balik makanan yang best2 untuk kau.πŸ™‚

    1. en_me, echah tak merajuk. kalau merajuk pun, ni tengah pujuk diri sendiri la ni.

      bro…maleh la nak cite. memalukan.

      btw, sabtu lepas aku kena tahan polis sebab memandu laju. hoho.

  3. kat pantai timur mmg x bape nak cerah skrg..
    tp jgn biakan diri anda d selubungi misteri~~
    esok2 cerah ar tu..cheer upπŸ˜‰

  4. ieja…pantai timur katanya kena gelombang kedua…tapi takpe…nanti cerah balik.
    thanks for dropping by…

    demang, penang memang cerah aje…hihi…
    i m trying to make it easy..πŸ™‚ thanks.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s