Girls [Half Day] Out

oren, aishah, paris and fish.
oren, aishah, paris and fish.

Hari ini diisi seawal pagi dengan jogging di padang permainan di Lestari Putra ini. Ada 2-3 orang yang turut beriadah sama. Melepaskan gian mahu berbuaian. Untuk hari ini, aku tidak kisah langsung bahawa buaian itu untuk kanak-kanak sahaja. Rasa bebas pula membiarkan diri bergerak ikut ayunan buai. Kadang laju, kadang perlahan. Kadang tinggi, kadang rendah, terseset kasut sukan di simen.

Keluar dengan girlfriends selepas itu. Mahu buat sesi manjakan diri. Fish sudah book sesi untuk facial di Penjara Kajang. Aku turut saja. Menarik juga. Hampir separuh hari di situ. Ramai pula hari ini pelanggan. Nasib fish dah book awal2 untuk kami. Rehat lagi. Aku lelap sahaja sepanjang sesi itu. Sekejap-sekejap dengar oren tergelak2. Geli mungkin bila orang massage mukanya. Haha. Macam-macam.

Makan tengahari kami di mini cafe penjara. Papriknya, menarik. Sedap.

Balik rumah diorang, aku tidur sampai petang. Huh.

Betul-betul manjakan diri hari ini. Sekarang, nak tunggu siaran langsung AJL. Maaf nana, aku tidak join mu ke Stadium Putra. Aku tak larat dan aku tidak suka crowded. Haha. Mungkin aku dah tua. [6 bulan darimu]

 Petang Sabtu dihabiskan dengan menelusuri Jalan Petaling. Beli dua-tiga barang yang fake. HAHA.

p.s : Pohon Al Fatihah dari kawan2. Untuk atuk saudara aku yang meninggal pagi tadi.

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

22 thoughts on “Girls [Half Day] Out”

  1. medcham, thanks.
    aku pun disedarkan oleh fish pasal ni. ada dua spa. satu di luar dan satu di dalam. dalam pagar penjara tu. dan orang yang akan merapikan muka ialah banduan2 yang telah dilatih dan terpilih sahaja. tapi untuk perempuan saja. lelaki adalah, gunting rambut bulehlah. 😉

    oren, kan aimi dah cakap, gunalah Olay. haha.

  2. pergilah. pertama kali aku memandu ke kawasan itu. masih kagum dengan kebolehan diri. haha.
    masih ada banyak perkara yang boleh menggembirakan hati aku.😉

  3. saya pun pi buat facial last saturday. mmg hari kecantikan sedunia kot hari tu… hehehe…

    patut laa rembat sampai 2 barang fake. pi ngan girlfrens mmg camtu. kalo bleh nak rembat suma, ye dak? hhehehe…

  4. en_me, en_me ada berdekatan situ ke sabtu lepas? haha

    saya buat facial ari ahad…hihi…pergi ngn oren jer kat p.s tu…hehe…

    gerek, tulah…tapi kawan saya tu kerjanya berurusan ngan pihak penjara, jadi sebelum masuk paper lagi kami dah tahu pasal spa tu. semalam ramai lah orang datang sebab ari sabtu tu dah keluar artikel pasal spa tu…

    ieja, awak duk di LEP jugak ke? pesal tak bagitau…kalau tau dah lama ajak. bosan la jog sorang2…

  5. saya pun pernah buat facial! hahaha.. kedai macha mane ntah. nak gunting rambut jer, terjebak pulak kena racun dengan macha tu. tapi ok laaa.. rasa segar je. rupa nya dia ada buat promo, buat facial harga promo then free head massage dengan cuci rambut. hurmmm..

  6. facial di penjara kajang (untuk yang berkulit licin macam saya – harharhar gelak bangga) hanya rm30, manakala yang kurang licin rm40 (mahal sikit sebab kena extra barang untuk lebih licin) .. kesimpulannya, gunakanlah Olay hihihi…

  7. wah…demang…mantap lah. tapi macam mana boleh termakan racun macha nih. haha.😛

    paris…yeah, gunakanlah olay…

    ieja…oh…dekat ajerlah…nanti la…kalau nak jog di hari minggu i ajak u. haha.😛

    1. spa Q tu pun shoot kat penjara kajang. i dengar kakak warden penjara tu bersembang. dan dia bagitau kami juga. episod 57 katanya. akan ada seseorang pelakon yang akan masuk penjara tu. hoho. buat suspen je!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s