Drama

Sedang menonton Grey’s yang sangat sedih malam ini.

Meredith yang merelakan Derek keluar dengan perempuan lain depan mata dia. Kata-kata yang sama dari Meredith, turut keluar dari mulut aku dua tiga minggu ini. “I m okay”. Itu kata-kata keramat memujuk hati sendiri. At the end of the day, sebenarnya Meredith tidak mahu mengakui ketakutan dalam dirinya. Yang dia sebenarnya tidak pernah mahu melepaskan Derek pergi. Kata-kata itu hanya di bibirnya. Dalam hati, jauh sekali dari ok. Letih. Sedang Derek mengakui, hatinya masih pada Meredith. Derek pun bengong sebab tindakan dia keluar dengan perempuan lain, di samping menyakitkan hati Meredith, sudah tentu akan melukakan hati Rose [perempuan baru] bila nanti dia kembali kepada Meredith.

Juga kisah Christina, yang pernah menjadi tangan kepada Preston Burke semasa tangan Burke terketar-ketar selepas insiden tembakan. Tapi sekarang bila Burke dah meninggalkan Christina, dan menang anugerah Avery Harper [or Harper Avery], semua orang menyanjung Burke tanpa mengetahui, yang tanpa Christina, tak mungkin Burke mendapat kembali keyakinan akan kebolehannya dalam menjalankan surgeri. Tapi itulah, Burke adalah contoh lelaki yang mudah lupa. Lupa pertolongan dan kesetiaan dan sokongan perempuan yang mungkin pernah memudahkan hidup dan menyenangkan hatinya.

Izzie yang semakin matang dalam hidup dan karier. Bersungguh-sungguh tidak mahu mencampur adukkan hal peribadi dan kerja. Geram juga. Terus terang sahaja kepada Alex [oh Alex.] yang si Jane Doe itu tidak pregnant pun. Itu hanya helah untuk memastikan Alex terus dengannya. Simpati kepada Lexie.

Dan Hanh dan Torres. Juga Sloan. Sloan sedih sepanjang episod ini. Kekecewaan O’Malley terhadap tugasan dari Cif. Dan Cif yang sudah berbaik semula dengan Adele.

Meredith, sedarlah. Derek itu berdiri dan ada di depanmu.

Semalam, Prison Break. Suka hati bila melihat Scofield bertemu kembali Sara. Aduh. Itu satu drama yang stress. Harapnya musim ini dapatlah aku menahan kantuk. Kenapalah lewat sangat siarannya. Huhu.

Juga The Hills. Spencer itu seorang jerk. Tolonglah Heidi dan Spencer. Berapa persahabatan lagi yang mahu diruntuhkan semata untuk menjaga hati kamu berdua. Kesian Lauren. Spencer, grow up. Stephanie sudah cukup dewasa untuk memilih kawannya. Heh.

Dan drama pagi tadi. X harap W tidak tegur dia langsung. He’s not making things easier. X akhirnya menyedari, mungkin bagi W perkara terjadi antara dia adalah nothing. Sedang X sudah berhabis air mata mengenangkan persahabatan yang kian rapuh. Meletihkan.

p.s : Ini untuk nota diri sendiri. Sesiapa yang tidak ikut siri-siri ini, baca sajalah. Eh.

 p.s 2 : Happy birthday dear. My wish for you, still the same.

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

12 thoughts on “Drama”

  1. saya dah lama giler laa tak tgk Grey’s Anatomy. huhu… tp, apa yang Grey alami tu… hmmm… mulut je ckp OK, hati… tak ok langsung, ye dak? hehehe…

    be strong on drama diri sendiri nie ye Echah…😉

  2. GA semalam memang menyengat la. especially bila Christina breaks down in front of the hospital panel pasal Burke.

    “Cristina:
    It is not difficult sir… it is simple. Burke is not here. He’s gone and he’s the better for it. He’s winning the Harper Avery award and being celebrated all over the world. That is not difficult.

    He’s out there and I’m here where everything is the same. I still live in his apartment, I walk the same halls of this hospital, I wear the same scrubs. It is not difficult. This is where I chose to be.

    But sir, when his hand was shaking, I performed the surgeries, I kept his secrets, I nursed his pride… you know it and I know it, he knows it. He knows it and yet nowhere in that newspaper article does my name appear. I am the unseen hand to his brilliance.

    And yet while everything is the same it is very, very different. Now I’m lucky if I get to hold a clamp. Hahn treats me like…

    I was his hand and now I’m a ghost. That is not difficult… it’s unbearable. Everybody is proud of him… but I’m not…

    I do not wish him well.”

    memang rasa kesian sangat masa dia cakap camtu…

    chah, anyone interested to get GA season 3 tak? RM24 je for 6 disc

  3. niza…drama diri sendiri tu terserah kepada kita la kan..macam mana nak hadapi dan teruskan…drama dalam tv dah tersedia semua skrip dan sebagainya… harap2 apa yang keluar dari mulut saya ni, adalah dari hati juga….

    demang, rugilah kalau macam tu. gunakan astro anda ke tahap maksima!

    ida…grey’s masih lagi no. 1…saya pun suka part Dr.Sloan kena sekeh ngan Dr. Bailey. Haha. Sudah terhantuk baru terngadah. Betul ke?

  4. dah lame x tgk GA..sbbnye umah xde astro..dok harap kat NTV7…satu2 nye cite siri yg sanggup tido lewat sbb nak tgk…nak beli cd GA dr shahsulong tu cacah..aduhhh~~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s