Speechless.

Sekarang ini aku selalu saja speechless. Bukanlah tidak boleh bercakap. Tapi, bila ada perasaan mahu berblog, idea selalu saja stuck. Entahlah kenapa. Tapi masih. mahu juga tulis something dalam blog.  Bila aku suarakan pada Nolee, simple sahaja kesimpulan dia : Writer’s block. Nice.

Sedang menonton Kasut Tumit Tinggi di Prima. Hmm. Aku ingatkan ala-ala Lipstick Jungle, lah. Tapi jauh. Kecewa sedikit. Pelakon tidak kurang hebat, ada Norish Karman (Spa Q), Nanu dan Amy Mastura. Pernah menang award rasanya ketiga-tiga ni. Tapi mengecewakan. First episode sepatutnya jadi penggalak untuk penonton menunggu mahu tahu kesinambungan cerita kan. Tapi rasanya aku tak teruja langsung mahu terus menonton. [Read : Update blog lagi best.] Haha.

 Mengantuk ni. Dah 3 gelas kopi malam ni. Tapi, sudah tidak ada kesan. Teruk kan. Aku peminum kopi tegar. Jap, Norish Karman is talking about kopi. Kopi katanya, boleh membuatkan kita jadi berani. Berani nak tanya soalan yang kita tak pernah tanyakan pada sesiapa pun. Itu helah semata-mata, mahu cungkil pasal anak lelaki dia, namanya Amir melalui his bestfriend.

Tapi betulkah? Kopi buat kita jadi lebih berani. No wonder kalau melepak minum kopi aku jadi galak. Haha. Galak pun dengan budak-budak ni saja. The usual gang. Yang memahami dan membuat sikap layaan jer…biar apa pun yang kita cakap, diorang terima. Apa pun salah kita, silap kita, kadang-kadang tanpa silu diorang akan betulkan. Tegur dan nasihatkan. Oh, aku suka sekali bersama mereka. Kepala pun jadi ringan. Hati makin senang.

Malam Sabtu nanti, insyaAllah, aku akan gerak balik ke kampung. Doakan kami selamat pergi dan balik. Kawan-kawan yang lain, pun sama, berhati-hati di jalan raya. Eh. Anda mampu mengubahnya.

dsc00931

 mini yee sang di sushi king tadi, dinner with azy.

p.s : Thanks kawan2. Aku sayang korang.

p.s.s: Aku ke pejabat dan kursus hari ini dengan pakaian oren. Tidur di rumah dia malam tadi. Dan ramai pula orang puji baju tu. Haha.🙂

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

10 thoughts on “Speechless.”

  1. kalau dilihat dari entry yang panjang berjela ni takdela writer’s block mana.
    oh ye, pagi ini call dan sms keluar dah barred. haha. petang semalam echah dah bayar lah.😛

  2. demang….yee sang ni dia ada berbagai rasa. sebab bahan2 dia pun pelbagai. yang pasti ada sos kehaliaan yang sedap. rasa dia masam masam manis. sedap lah.🙂
    anyway, thanks.

    selamat bercuti juga kepada semua!🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s