Jiji…

huhu...
huhu…

Pagi tadi, saya gerak lambat ke pejabat. Malas nak gerak awal. Takut terperangkap dalam kesesakan. Sebenarnya jalan tak sesak pun, cuti kan. Takpelah. Boleh bermalas-malas di rumah dulu.

Baru nak panaskan enjin kereta, tetiba tengok kat cermin. Ada orang tinggalkan pesan. Yang membuatkan saya senyum pagi pagi buta. Haha. Mood untuk pagi ini terus elok saja. Tentu encik pirate punya kerja, kan?

Oh. Masa cuti balik kampung hari tu, sempat ke rumah nenek. Jalan ke rumahnya dah diturap dengan batu kerikil. Sebab hujan. Kan. Jalannya lebih kurang jalan 4×4 jelajah Gua Musang pun ada. Huhu. Tapi jiji berjaya menghadapinya dengan mantap sekali. Yeah yeah!

jalan kecil, hutan kecil kiri kanan. redup dan tenang.
jalan kecil, hutan kecil kiri kanan. redup dan tenang.

Hari Selasa lepas [27 Jan] saya hantar adik saya, Firdaus tu ke rumah sewanya di Subang.  Perjalanan balik adalah melalui Kota Damansara dan LDP terus ke Seri Kembangan. Dari Subang ke Kota Damansara, ada satu roadblock. Saya tak kisah pun. Tapi sebab saya tak biasa jalan tu dan terlaju sikit, saya pun kena soal la jugak kat roadblock tu. Masa tu dah dekat pukul 2 pagi. Dari Kelantan masa tu. Jam di Raub sampai Genting Sempah. Normal lah kan? Tapi saya tak suka betul cara polis tu. Benci.

Polis : Nak ke mana laju ni?

Saya : Balik rumah.

Polis : Ke takut uptown tutup? [masa tu saya, adik lelaki saya, faiz dan kawan dia, saya drive]

Saya : Mana ada.

Polis tu pandang sinis. Lepas tu dia lepaskan kami.

Saya tak suka betul bila polis tu buat generalisasi.  Faiz yang belajar di Melaka tu dengan innocent sekali tanya, Uptown tu apa Long? Sedih tak. Saya dahlah penat masa tu drive dekat 7 jam straight. [Dia bukan tahu pun tu.] Dia ingat kita nak berjoli je ke? Bosan betul. Saya pun tak tahu kawasan tu dekat dengan Uptown. Betul saya pernah pergi tapi serius, tak pernah saya drive ke sana sendiri. Kalau tak kawan yang bawa, tak sampai saya ke situ. Saya benci lah cara polis tu. Bengap. Geram pun ada.

p.s : Saya tak bawa laju pun. Below 80km/j masa tu. Dah la baru lepas traffic light, takkan nak pecut. Bongok. Geram ni!

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

18 thoughts on “Jiji…”

  1. ada orang nak serkap jarang, tak kena waktu, mood dan suasana sepatutnya menyebabkan kita naik darah.

    kalau nak serkap jarang pun, berpada2 la.

    kak nana pun geram jugak kalau ianya berlaku pada kak nana.

  2. kak nana, betul tu. tak suka betul serkap jarang. dah la tak kena masa. kul 1 pagi. kalau 11 malam ke, 12 malam ke buleh tahan lagi. tak nampak mungkin muka penat echah.

    buzzy, tu dah geram sangat tu yang kuar perkataan tu tu. hihi.

    kak nana [lagi] haha. betul tu.

    demang, rasanya lah kan. nak ikut cakap la lek lok kan?

    kak nana [lagi?] huhu.🙂

  3. ida pernah kena tahan time roadblock kat highway. masa tu baru je slowdown from 160kph tapi ralit berborak, terlaju lebih dari 110kph jugak.

    Polis: awak nak pergi mana ni, laju sangat ni?

    Ida: sori cik, saya tak perasan laju, ralit sangat borak

    Polis: laju ni.

    Ida: laju sangat ke cik? berapa laju?

    Polis: lebih sikit, 124.

    Ida: oo. minta maaf la.. saya betul2 tak perasan.

    Polis: baru lagi ke? (sambil memandang jari-jemari ida yang penuh berinai. ye la, time musim kahwin kan)

    Ida: ha’ah.. (baru pakai inai, bukan baru kahwin, cik!)

    Polis: takperlah. awak boleh pegi. simpan lesen tu baik-baik.

    Ida: timer kasih!

    hihihi..

    moral of the story: balik kampung pakai inai merah2 sikit yer. ada accessories utk escape kena saman😉

  4. Setahu Kak Nana, Echah kan memang suka inai.
    Tak tahu lah polis tu jenis rabun warna ke tak.
    Kalau rabun, mungkin sia-sia lah inai Echah tu nanti.

  5. sani…haha…sekali sekala…haha…

    paris, itulah. tetiba aku pun nak buat generalisasi kepada polis2 semua. inilah yang dikatakan sebab nila setitik rosak susu sebelanga..

    gerek…umah saya tak dekat pun ngan uptown..rumah adik tu yang dekat subang. rumah saya di seri kembangan…novel tu nanti2lah…masih berminat lagi…

    en.har, tak larat la nak balas2. senyap jer la. dia suluh2 nampak sticker tempat kerja tu dia senyap sikit. benci la.
    😛

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s