Cuti.

Jumaat lepas lancar saja saya memandu ke Felda Keratong 6, dekat Muadzam. Perjalanan agak mencabar. Kena lalu Bukit Putus yang penuh dengan selekoh tajam. Tambah pula hujan renyai2 sepanjang jalan. Alhamdulillah, hampir 4 jam memandu baru sampai.

Sebenarnya saya rasa saya homesick. Sebab tu saya sanggup memandu ke sana. Berjumpa dengan makcik dan pakcik serta sepupu yang paling rapat. Adik saya Fathehah pun ada di sana. Tunggu habis cuti, dia belajar di UiTM Segamat. Reda sikit rasa rindu pada family. Tak puas rasanya balik bercuti raya Cina hari tu. Huhu.

Hari ni bertolak balik dan terus ke Ampang, rumah makcik yang satu lagi. Berehat di sana. Malam baru pulang ke sini. Nasib esok cuti lagi. Sempat saya kidnap si Nurul, sepupu saya tidur di sini. Ini pertama kali dia berjauhan dengan baba dan uminya. Hehe. Berjaya saya.🙂

Esok perlu hantar si Nurul lagi. Abang pirate nak berlepas ke India awal pagi esok. Nolee pula kurang sihat. Minggu depan mahu bercuti pula. Wah. Semoga semuanya okay belaka.

Okay. Selamat Hari Wilayah. Semoga Wilayah terus maju dan berpadu.🙂

Selamat bekerja pada hari Isnin kepada kawan2 yang tak bercuti.🙂

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

6 thoughts on “Cuti.”

  1. demang…cuti la. dan akan bercuti lagi start 4.2 sampai 9.2…sila jeles yeh.🙂

    buzzy, saya pun cuti. hii. selamat bercuti!🙂
    memang susah kalau homesick, nasib baik ada makcik kat ampang tu. kawan2 pun banyak menolong. dah dewasa pun masih nak homesick. hihi.😛

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s