Pulsa?

Urusan jual beli pertama di Jakarta
Urusan jual beli pertama di Jakarta

Pulsa ialah kredit. Kredit untuk telefon prabayar. Ya, saya pakai nombor XL di sana. Murah sangat berbanding kalau roaming pakai maxis. Sorry ya maxis. Lagipun XL tu anak beranak syarikat TM. Kata pilih barangan buatan Malaysia.

Hal pembelian XL adalah didorong oleh pernyataan bahawa iaย pra bayar paling populer di Indonesia menurut kata orang2 di Jakarta hari itu. So, saya pun belilah. Betul. Sinyalnya nyambung terus! Tapi simkad saya buat hal. Hari ketiga baru dapat guna. Itupun setelah membuat laporan di XL Centre di Jalan Dago rasanya. Boleh berjalan kaki dari Hotel Karmila tempat kami menginap.

Hal pembelian XL menyebabkan saya lupa di mana saya campakkan simkad maxis saya. Bertuah betul echah! Jadi, semalam sesampai di Malaysia, tak dapatlah saya terus nyambung maxis. Nasib baik malam tadi pergi JJ ngan Nolee, Azah dan adik Azah, baru tahu ada maxis Centre di sana. Terus mohon simkad baru.

Hmmm.

Saya suka Bandung. Orang-orang di sana peramah dan kaya dengan senyuman. Saya juga suka stay di Jalan Dago. Ada hiburan yang murah. Lagu2 live dari anak-anak muda berbekal background music gitar kapok. Bagus. Mereka yakin. Ada yang betul memerlukan sumbangan dari orang2 awam, ada yang sekadar mahu uji kebolehan diri sendiri. Jadi, mendapat sumbangan itu sekadar membuktikan bahawa suara mereka ada.

Lagu paling menarik ialah Seribu Aja. Saya dengar pada malam minggu. Dinyanyikan ramai2 oleh anak-anak muda dalam lingkungan bawah 20an. Dinyanyikan kepada pemandu kereta besar yang tersekat dalam macep [jamm] yang hanya beri seribu rupiah. Seribu rupiah itu lebih kurang 30 sen. Jadi adalah tidak padan sumbangan seribu rupiah itu jika dipadankan dengan kereta besar menjalar itu. Kan? Saya tergelak. Ada lebih kurang 2-3 kumpulan menyanyikan lagu yang sama, di sepanjang Jalan Dago itu.

Bagaimana menyanyikannya? Ulang saja seribu aja, seribu aja, seribu aja, seribu aja. Gaya seperti menyanyi lagu happy masa kecil dulu. Entahlah. Apa nama lagunya…nanti kalau ingat saya update. Okay?

p.s: kawan2 gelar masa ini sebagai masih demam bandung. haha.

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

20 thoughts on “Pulsa?”

  1. haha. kalau gi bandung lagi, agaknya makin kurang sihat. demam mengenangkan poket yang akan kempis….huhu…
    ๐Ÿ™‚ maybe nak ke sana lagi. tapi bukan dalam masa terdekat. hopefully.๐Ÿ˜‰

  2. callister, yeah!

    nolee…boleh ajer…asal ada ongkosnya…cukup..

    kak nana…eleh…jangkit terus sampai kak nana sekali…

    khai…kenapa patutla bagi seribu ajer?

    buzzy….tunggu ye…kalau ada saya postkan…๐Ÿ™‚

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s