Hari Pemergian 2.

Malam Jumaat tu, mata saya susah betul nak lelap. Bila saya ke katil, melepak dan bersedia untuk tidur, saya lalu teringat kepada arwah nenek. [masa tu belum arwah lagi]. Sepatutnya saya balik kampung Jumaat petang, selepas office hour, dengan adik2. Tapi sebelum saya lelap tu, saya sempat berdoa, seolah saya rasa dah tak sempat jumpa nenek lagi.

Ya Allah, kalau nenek harus pergi, biarlah dia pergi dengan tenang, dan kalau nenek akan kembali bertahan, biarlah dia kembali seperti biasa.  Sesungguhnya, kami redha dengan ketentuanMu.

Belum lama saya pejam mata, saya terima sms dari ayah, mengatakan nenek telah tiada.

Syukur, saya sempat sampai di kampung sebelum jenazah nenek dikebumikan. Sempat melihat arwah dimandikan, sempat menciumnya buat kali terakhir.

Kata makcik, ibu saya paling tabah, dan adik bongsu, si Baby paling teruk menangis.

Al-Fatihah.

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

21 thoughts on “Hari Pemergian 2.”

  1. takziah utk ko echah…aku paling rapat ngan arwah nenek aku, in fact lebih rapat dgn nenek dr mak…so masa dia meninggal, akulah org yang paling teruk menangis…sampai skang pun, kalau teringat dia, aku mesti menangis…macam tak sangka dia dah meninggal…wpun dah lima tahun berlalu, rase mcm semalam je…tp hidup perlu diteruskan…kan???

  2. nana : hahaha.. betul betul betul! (demam ipin belum kebah)

    buzzy : best lah! eksyen yer. tapi kalau nak jalan2 mmg tak berapa nak best pun! huhuhu.. makan2 boleh!🙂

  3. shida, thanks, and am so sorry tak dapat tolong carikan dvds tu. susah la sikit kalau pergi hari kerja.🙂

    demang, saya stay kat wisma pelaut, kat depan padang kota tu. tak gi tanah besar.😉

    buzzy, thanks sebab sudi entertain diri ini semasa di penang.

    kak nana, kenyataan itu saya sokong. tempat jatuh lagikan dikenang ini kan pula tempat bermain, tidur dsb.

    rizuan, thanks. dah okay dah.🙂

    liyana, thanks🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s