Boring

Boring betul. HAHA. [Lambat lagi 5.30 pm]

Hujan lebat menyebabkan keadaan dalam opis yang sedia sejuk bertambah sejuk hinggakan nak pegang stapler [besi] tu pun jadi malas. Teruk.

my laptop, the door to my [twinsharing] office and azy's office is ahead.

 

Bilik aku tidak ada tingkap, tapi depan bilik aku, bilik Azy tu ada tingkap. Jadi, secara tidak langsung aku dapat melihat rintik-rintik atau ribut-ribut hujan. Which now, is pouring towards the window. Tambah sejuk lagi. Kalau tak nampak air hujan, kurang sikit rasa sejuk tu. Mungkin.

Ahad lepas ada terima berita buruk dari Bos. Pasal keluarga dia. Sedih. Isteri dia yang sepatutnya melahirkan pada Mei ini telah selamat bersalin, [awal bulan] tapi unfortunately, their supposedly twin, triplet [kembar tiga], tidak dapat diselamatkan. Aku tidak tahu cerita sebenarnya, apa yang terjadi. Sempat menjenguk beliau di rumah, semalam. Pergi dengan kawan-kawan sepejabat.  Melayan anak-anak dia yang kakak itu bercerita. Sedih. Takziah buat bos dan Al-Fatihah untuk roh baby.

Kawan yang puas bertahan di tempat lama, akhirnya berlari-lari juga ke tempat baru. Aku tak tahu itu bertuah atau tidak. Harapnya dia pandang situasi ini separuh penuh pada gelasnya, bukan separuh kosong ya dear. Walau terpaksa parking di taman bunga, anggaplah itu cabaran [ke?].  Lumrah la tu. Aku pun sejak bertukar ke emotie ni, masih lagi mengamalkan parking kalau cepat aku dapat. Kalau tak, aku blok kereta orang lain [biasanya kawan yang dikenali] secara berhemah. Bukan membabi tula [membabi buta+membuta tuli]. HAHA. Nak hidup beb.

Kawan yang lama baru telefon tadi. Dah lama betul tak jumpa. Mungkin dah 4 tahun. [4 tawun la!] Katanya ada hal di Palace of Justice. Mahu betulkan apa-apa entah. He’s with Maxis. Katanya semalam dah datang, tunjuk ajar kepada PA. Hari ini boss si PA tu minta dia datang dan tunjuk ajar terus kepada boss sendiri, sebab the PA tak berupaya nak sampaikan ilmu yang kawan lama aku tu minta dia sampaikan kepada boss. HAIH. Dia [my old friend] tu berleter, katanya “Dam* la that stupi* PA…” so I said to him, “of course she can be that, otherwise she’ll be something better” He agreed. Mungkin dia bosan. Perlu datang pada lewat hari macam ni. From KL. Customer is always right dear. Sabar.

Okayla. Dah 5.30pm.  Tetiba baru aku sedar, banyak lagi kerja aku rupanya. Haruslah aku stay dan sambung kerja. Aku baca di blog kawan lagi tadi. Kalau kita suka kerja tu, kita tak akan rasa macam bekerja pun walaupun pada masa kita bekerja.  Tak berapa praktikal. HEHE.

Apa-apalah.

Thank you for reading.

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

14 thoughts on “Boring”

    1. ye la. bilik kau besar. cantik. ada sofa. boleh baring2. bilik aku ni kecik jer. kongsi pulak tu. tapi takpelah. ok jer.😛
      kat bilik kau kalau sejuk sangat boleh la bukak tingkap kan?

  1. ambil notepad

    ambil pen

    mula tulis

    perkataan baru hari ini :

    membabi tula = membabi buta + membuta tuli

    noted.

    terima kasih🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s