Tentang Segalanya

Aku suka tengok blog orang lain yang ditulis dengan kemas, ringkas dan cantik. Macam ini dan ini. Tapi aku minta maaf lah, kalau blog aku, memang akan jadi panjang. Kadang-kadang detail. Aku cuba juga nak ringkaskan. Biar senang orang baca. Tapi. Hmm. Aku tak reti lah. Instead of nak memendekkan cerita, jadinya tergantung penuh tanda tanya.

Tak puas hati aku.πŸ™‚

Sekarang ni pun bahasa dah jadi agak kasar. Aku guna ganti diri aku. Tak betah dengan saya. So not me. Either aku atau echah. So, aku is better, I think. Mesra. Mesre. Kata Bob AF2.

Tadi ada taklimat Laporan Ujian Psikologi yang diambil secara online pada tahun lepas. Baru dapat keputusannya.

Macam ni lebih kurang.

  • Tret A – Ketenangan Sederhana
  • B- Keceriaan Sederhana
  • C- Hubungan Interpersonal-Aktif Sosial- Sederhana
  • D- Luahan Perasaan – Sederhana
  • E- Bersimpati – Tinggi – baik hati, memahami, menyayangi, prihatin terhadap keperluan dan perasaan orang lain, mengambil berat.Β  [Perlu mengelak dari dipergunakan]
  • F- Berfikiran Rasional – Sederhana
  • G- Asertif- Tinggi -keyakinan tinggi, suka persaingan, tegas dan teliti dalam kehidupan. Berciri-ciri kepimpinan, ego sangat t inggi, kemahiran mempengaruhi pemikian orang lain. [Part ini aku kurang setuju, apa kata kawan-kawan?]
  • H- Persengketaan – Sederhana – Suka mengkritik, menyindir, mudah marah, kurang sabar, kurang munasabah dan suka cari kesalahan. [Owh. Aku sangat jahatnya!] Tapi penceramah kata, masih boleh diperbaiki. Mungkin okay.πŸ˜‰
  • I- Bersikap spontan- Sederhana – Kawalan diri rendah, kurang sistematik. [Mungkin.]
  • J- Kebolehpercayaan menjawab- Tinggi-Telah menjawab [soal selidik ini] dengan penuh keyakinan dan sejujur mungkin. Hau.

Laporan ini adalah sulit. Sulit di peringkat mana. Oleh kerana ia milik aku, aku kongsi saja dengan kawan-kawan semua.πŸ™‚

That’s all. Selamat hari Jumaat. Selamat hujung minggu.πŸ™‚

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

20 thoughts on “Tentang Segalanya”

  1. chah,

    your blog is you. and it’s yours. be yourself and let not others’ preference dictate your style.

    ida suka yr blog seadanya. whatever it is, i take it as a gift from you to us, your readers.

    keep on blogging, yaπŸ™‚

    and yes, i got the highest level possible for H. go figure!

    1. ida, thanks for lik[ing] my blog. hehe.πŸ˜›
      i will keep on blogging. InsyaAllah.

      u’ve got highest for H? huhu.
      Highest persengketaan or toleransi?

    1. faruqy….komen kau di atas, macam tepat jer dengan avatar kau. huhu. jangan marah! tadi kenapa tak stay after taklimat? i reserved your seat at VIP table tau!

  2. oh, ‘ini’ tu salah satu rupanya blog kak nana.
    terima kasih.

    kak nana suka baca blog echah, sbb echah jujur dalam menulis.

    terutamanya di ‘shahzere’.

    1. ida, betul kita tahu kita respect hak orang, tapi kan. tak semestinya orang faham apa yang kita maksudkan. mungkin pada kita itu dah baik, tapi mungkin pada orang lain benda itu dah dikira tak berapa baik.

      bahaya tu persengketaan tinggi. hehe. jadilah sederhana, macam echah. yak a au!πŸ™‚

    1. bagus la demang, buat kesimpulan sendiri. ikut pemahaman masing-masing la kan.
      hmm. thanks. i take is a compliment.πŸ™‚

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s