Edensor : Mimpi, Cinta dan Semangat.

Puas hati bila berjaya aku habiskan 3 buah buku dari tetralogi Laskar Pelangi, dari Andrea Hirata itu. Sampai housemate pun kata, “erm. tak habis2 lagi?”

laskarp

Laskar Pelangi buku pertama dari siri ini, berjaya membuatkan aku senyum, sengih, tergelak, terhibur, sakit, sedih…sesuai dengan isi yang diceritakan dalam buku itu. Cuma mungkin tempoh pengenalan. Aku beli buku dalam Bahasa Indonesia. Keempat-empat buku itu aku beli di Bandung. (Pada masa kawan-kawan lain borong kain baju, aku mengheret mereka ke kedai buku.  Mereka itu ialah oren dan majid saja. HUHU).  Jadi, pembacaan Laskar Pelangi agak mengambil masa. Ada satu quote di cover buku itu, katanya (lebih kurang);

“tidak ada sesiapa yang membaca Laskar Pelangi, tidak terkesan akan kisahnya”

Mungkin benar apa yang diulasnya. Menyentuh dan menginsafkan.  Kehidupan yang bukan tidak sulit, halangan yang bukan ringan, namun dengan semangat yang lebih besar dari badan mereka, Laskar Pelangi berjaya menempuhi hidup.  Laskar Pelangi, gelaran untuk Ikal dan kawan2 di Sekolah rendah mereka.  Mungkin pencapaian hidup tidak seindah yang diimpi, tapi mereka berjaya dan berdiri. Tidak rebah dengan tekanan hidup di persekitaran.

Buku Kedua dari tetralogi Laskar Pelangi.
Buku Kedua dari tetralogi Laskar Pelangi.

Buku kedua, Sang Pemimpi, lebih ringan, dan lebih nipis. Pada waktu aku baca buku ini, Bahasa Indonesia tidak lagi rasa payah, malah menyenangkan dan menghiburkan di bahagian-bahagian tertentu. Hati terdetik, apa ayat ini kalau dalam Bahasa Melayu? 

Sang Pemimpi memang menarik. Tidak rugi rasanya membacanya. Terlalu banyak inspirasi yang diperolehi. Mimpi dan semangat. Kagum. Kadang-kadang, tertanya, is this for real? Ringkas dan bersahaja. Peristiwa sepanjang sekolah menengah Ikal dan Arai. Penuh dengan helah dan cerita yang mungkin kena pada diri kita.

Cinta.
Cinta.

Edensor, banyak disebut dalam Sang Pemimpi. Ia adalah tempat idaman, deskripsinya sentiasa di minda Ikal. Itu yang menyemangatinya. Aku suka kisah pengembaraan mereka. You guys should read them. Aku tidak reti dan malas nak ulas lagi. Bacalah.

Aku sedang berusaha untuk memulakan Maryamah Karpov.🙂 Buku keempat.

Sungguh, aku masih lagi kurang faham beberapa perkataan dalam buku buku ini. Tapi, still aku masih enjoy!🙂 Happy weekend.  Aku balik kampung. Doakan keselamatan aku pergi dan balik yeah!

 

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

11 thoughts on “Edensor : Mimpi, Cinta dan Semangat.”

  1. irises : thanks! dah selamat dah!
    saya beli maryamah karpov di bandung!🙂

    iwan : yeah. lain kali jumpa lagi. kau hutang aku. kan? heheh.

    hookiuyt : thanks. u should read these books too…

    temauan : hehe. best kan! aku tengah baca maryamah karpov sekarang.🙂

    buzzy… thanks..🙂 masa tu kan baru balik dari bandung…sekarang ni dah abis 3 dan sedang membaca buku ke4….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s