Melaka…

Isnin, 18.5.2009

Gerak ke Melaka, dengan CC dan Suria(assistant baru), selepas office hour. Sampai hotel dengan jayanya. Kecuali parking, langgar tembok sikit.  Tapi jiji baik baik aja. Takde kesan calar balar yang ketara. HUHU.

Selasa, 19.5.2009

Kelas dari pagi sampai petang.  Tapi sebelum start kelas tu dah ada orang DOR ajak tengok wayang.  So petang tu kami gi tengok wayang. Angels and Demon, di Dataran Pahlawan.  Lepas tu pusing-pusing bandaraya Melaka.  Pusing-pusing dengan sesungguhnya…Melaka memang cantik pada waktu malam. Lepak sekejap di Eye on Malaysia, tapi tak naik pun sebab sampai situ dah pukul 11 malam.  Dapat tengok je benda tu pusing-pusing.  Lawa. 

Rabu, 20.5.2009.

Kelas dari pagi sampai petang.  Petang tu plan dengan orang DOR nak pergi Kota A Famosa dan lawat jugak kubu-kubu dan runtuhan gereja St. Paul tu.  Berangan ala-ala scene Angels and Demon pun ada jugak.   Lepas tu kami naik bot kat Sungai Melaka.  River Cruise.  Memang best.  Tambah2 lagi Suria dan Osmund tu tak pernah sampai Melaka.  Sangat menarik! Tak bosan pun.  Kami naik tu dalam pukul 8 malam.  Satu bot kami berempat jer.  Saya, Suria, Imran DOR dan Osmund DOR.  Bot tu kami yang punya. HAHA.

Lepas dah meronda-ronda dengan bot tu, kami ke Umbai, Medan Ikan Bakar Pernu.  Makan nasi lemak dengan ikan bakar yang best dan segar.  FUH.  Sedap sangat.  Dah kenyang, kami jalan-jalan cari makanan ringan nak bawak balik ke opis. 

Khamis, 21.5.2009

Kelas sampai tengah hari saja sebab petang tu cuma penutup dan penyampaian sijil saja.  Awalnya, En. Din dari IPL yang nak datang buat penutup, sekali dia tak dapat datang.  HMMM.  So, sayalah yang jadi tukang tutup majlis dan tukang sampaikan sijil. HUHU.  Acara memalukan diri sendiri sekejap sebab tak sedia pun nak bagi ucapan penutup yang baik baik.  Tapi takpela, sempoi sempoi sudahla. Lepas bagi sijil dan ambil gambar kursus, semua pun setel lah. 

Sampai kat rumah pukul 10 malam tadi, selepas acara melepak di Dataran Pahlawan.

Terima kasih kepada semua para Urus setia (IPL), penceramah (Jaypieyeah), dan peserta semua. 🙂

Terima kasih juga, Grand Continental Melaka bagi saya souvenir kain pasang.🙂

p.s : Sebenarnya, thanks so much to Imran sebab, kalau dia tak initiate plan jalan2 ni, I guess I will spend most of the spare time, doing what I do best, sleeping. HUHU.

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

20 thoughts on “Melaka…”

    1. demang…dapat pusing2 dengan tak sesat tu dah kira kemujuran. kota laksamana? nanti la kami cuba…🙂

      lagipun, kat hotel dah ada asam pedas…hehe

  1. hehehe awat tak try makan asam pedas kat pasar borong Melaka ..apa ntah nama tmpt dia ntah tak ingat dah … perghhh asam pedas dia sodap wa cakap lu … kena gi pepagi arrr sebelum matahari terbit …hihihihihi

    1. pergi. tapi waktu malam, so takde apa2 dapat dilihat. tapi, kat situ sangat cantik. lampu merah dilatari dinding merah.

      [mengingatkan pada cerita hantu cina]

    1. memang sedap, tata…jom tata, kita gi melaka pulak!
      tapi i have to put away those sambal…pedas giler. tapi nasi lemak ngn sambal kicap pencicah ikan bakar tu pun dah marvelles!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s