Masih lagi di sini

8.05 pm.

Masih lagi di pejabat. Setelah huru hara sedikit tadi, alhamdulillah kerja dah hampir siap. Nasib my turn for the meeting is at 4 pm tomorrow. Esok ada meeting 5 serangkai beb. Dengan segala JKP, Islam Hadhari dsb. Anyway, walaupun meeting aku at 4 pm, semua benda alah nak kena masuk dalam folder hari ni juga. My staff dua orang tu awal-awal dah balik beb. Terpaksalah aku bersila lendik di karpet, menyusun semua benda.

Entahlah, bukan sekali ni baru nak meeting, tapi tetap tak nak siap awal-awal. Memang macam tu agaknya. Esok nak meeting, malam ni mesti stay back di office.

My bos kecik pula baru semalam masuk office setelah cuti 4 hari. Masuk-masuk dia dan I kena jadi panel interview PTK Kakitangan Sokongan pulak. Dah makan 1 hari. Tinggallah hari ini untuk finalize semua benda untuk meeting esok. Sekali, petang tadi after lunch dia accident pula. So, terkontang kanting jugak aku finalize kan semua benda sendiri. Nak buat macam mana. Perasan bos la sekejap aku. Dia masuk tadi sekejap aku ingat nak bincang-bincang la sikit. Sekali aku tengok bilik dia dah gelap, tak sempat beb. Dah lah tadi aku berkejar-kejar kat BPM nak perint kaler.

Carta Gantt nak kena perint kaler la kan. Entahla kat BKP ni, takde perinter kaler. Birokrasi betul.

Alamak, milah (my officemate and housemate sekaligus) dah ngamuk nak balik. I nak kena gi jenguk bilik fotosetat tu. Kesian pulak. Ada lagi orang belum balik. Yang dah balik pun ada nak datang office balik.

Hmm. Satu lagi, pasal permohonan kerja SPS tu, berlambak kat office. Esok tarikh tutupnya. Ramai betul orang nak kerja gamen sekarang ni kan. Alhamdulillah la, aku masih lagi ada kerja.

Okaylah. Chau.😛

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

11 thoughts on “Masih lagi di sini”

  1. meeting banyak2 bila masa nak buat kerja? x efektif sungguh. dalam meeting straight to the point aje lah nak kena buat apa kena setel apa. haihhh~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s